,

Begini Cara Berdoa Dengan Betul, Mommy

admin Avatar

London 019

 

Hafiy naik kelas di sekolahnya (sebenarnya taska tapi sebut sekolah lebih mudah) minggu lepas. Kata cikgunya, budak2 ni bila dah naik ke kelas atas, akan berubah jadi matang. Saya pun iya kan sajalah maklum saja saya tak pernah tengok Hafiy matang bagaimana 🙂

Ternyata Hafiy lebih banyak akal. Dia tahu yang dia dalam proses putus susu, jadi di dalam keramaian malah di depan Abiy pun dia tidak lagi meminta susu. Namun ada satu perkara yang sentiasa bermain di bibirnya, “Mommy, jom masuk bilik” kerana dia mahu memeluk ‘itu’ 🙂

Satu hari ketika di kampung, Hafiy beriya mengajak saya masuk ke bilik. Kemudian Abiy menyahut panggilannya dan berkata “Jom kita masuk bilik”. Kemudian Hafiy membalas “Abiy ajelah masuk, Hafiy nak duduk dengan Mommy”. Kelakar pula di hati saya.

Di dalam bilik kami berempat, Hafiy mengajak Abiy keluar. “Abiy, jom kita tengok TV”. Sebaik saja Abiy keluar, Hafiy terus melompat masuk ke dalam bilik dan menutup pintu. Saya dan Abiy sama-sama tergelak dengan tipu helah yang sangat bijak pada fikiran budak 2 tahun 8 bulan itu 🙂

Dia juga sudah bersedia untuk berkongsi tentang sekolahnya. Jika sebelum ni jangan ditanya, memang di tak akan berkata apa-apa tentang sekolahnya. Siapa kawannya, kelas apa, nama cikgu apa… Sekarang ni baru saya tahu (dah tahu tapi baru tahu dari mulut dia sendiri), cikgu kelas masa Kelas Putih dulu Ibu Zaza, Kemudian di Kelas Kuning, Mama Ita, sekarang ni Kelas Hijau, Kak Ya.

Tatkala saya sedang berdoa usai solat Isyak, Hafiy menghampiri dan mencuit saya “Mommy, no (bukan) macam tu. Doa macam ni” katanya sambil menadah kedua-dua tangannya. Ketika itu saya menadah tangan dengan merapatkan hujung jari-jari saya ke dahi. Wah saya sangat terkejut dan terharu, saya memang mengharap anak-anak saya boleh tegur saya atau Abiy, tapi bukan dalam usia macam ni. Saya target umur 6 tahun ke… Ini sudah ACD!

Tiba2 rasa bersalah pula menjenguk ke dalam jiwa. Sejak awal minggu ni kami tak buat apa-apa di rumah. Dua tiga hari ni berulang alik ke Klinik Dr Altaf, hampir jam 8 malam baru tiba di rumah. Disebabkan Hafiy disyaki elergi kepada makanan laut, saya tidak memasak kerana apa yang ada di dalam peti ais semuanya makanan laut (wah, alasan ini memang agak kukuh).

Malam2 pula saya hidangkan mereka dengan nasyid You Tube. Sampai Hafiy dah boleh hafal lagu ‘Cara Hidup’.

Tapi cinta saya terhadap tempat jagaan anak-anak saya semakin bertambah. Mereka telah membantu saya membentuk anak-anak ni, walaupun ada saja pengaruh rakan yang tak berapa elok seperti jelir2 lidah pada kita, tapi saya anggap itu perkembangan biasa anak-anak. Cuma saya sentiasa tegaskan itu bukanlah perbuatan yang baik.

Bagi ibu bekerja, penjaga anak-anak adalah elemen yang paling penting, kerana bersama merekalah anak-anak kita ditinggalkan seharian. Jadi kena tapis betul2. Cerewet tak apa, asalkan jangan menyesal di belakang hari. Bersyukur saya ditemukan dengan Zam yang banyak membantu saya.

admin Avatar

6 responses to “Begini Cara Berdoa Dengan Betul, Mommy”

  1. isabelle Avatar

    pandai betul dia buat trick…
    anak..anakkkk…
    .-= isabelle´s last blog ..Dry, dry skin =-.

  2. zaila / Mari Kelih Store Avatar

    aku setuju, anak-anak aku pon banyak belajar semasa diorang di taska..even aku rasa kalau aku berhenti pon aku xakan dapat didik mereka sebaik teacher & cikgu diorang didik. All i did was jerit terpekik marah diorang aje (this is happen when i really get tired) so i just don’t mind to pay such a lot of money just to make sure that they enjoy stay in their school;)
    Haziq pon, kalu aku betulkan sebutan / apa-apa perkataan yang dia salah sebut..boleh dia cakap “taak bukan, cikgu Sham ajar macam ni” so that’s it..no one can beat Cikgu Sham^_^
    .-= zaila / Mari Kelih Store´s last blog ..Kisah Langsir Rumahku =-.

  3. eliss Avatar

    panjang sungguh akal dia nak buat helah nak nenen hafiy ni 🙂 eliss pun risau nak bercerai susu ngan nuha ni.skang makin kuat mengendeng nyer.nuha pun sekarang terpengaruh dengan kwn yang suka jelir lidah, dah puas larang…
    .-= eliss´s last blog ..Pulau Pangkor Day 2 =-.

  4. reitak Avatar

    taska dia tu katne? I presume TTDI area? but which one? sounds menarik a…
    .-= reitak´s last blog ..Mummy!…..not =-.

  5. z@m Avatar

    no prob. just thot i share wat i know.

    btw, everyday skolah ada solat. tau?
    .-= z@m´s last blog ..BusyBee =-.

  6. AshAnas Avatar

    seronoknya kak lyna dpt pengasuh dan taska yang sangat2 bagus… shira sedih sgt sbb nursery lama anas terlalu ramai budak n xde satu pun aktiviti utk meransang minda dia… tukar ke nursery baru plak, budak lbh sikit, de mcm2 aktiviti utk dia… tp br2 ni lebam2 kena cubit la plak…
    anas klu nampak je pagar nursery dia, menangis2 n pegang/peluk kami kuat2 mcm tanak ditinggalkan kat sana…
    .-= AshAnas´s last blog ..Weekend(s) di utara Malaysia… =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge