Sesiapa yang datang Prince Court Medical Centre kalau taraf hidup biasa2 macam saya (yang rasa makanan kat KLCC pun dah mahal gila), sila lah datang dengan perut penuh. Janganlah berharap nak isi perut dengan nasi goreng di kafe Prince Court atau anda akan sakit jantung.
Saya teringin bagel Coffee Bean. Bagel ni roti bentuknya macam donat tapi lebih tumpat dan pejal. Rasanya memang sedap (rasa roti je pun) walaupun saya tak tahu nak makan macamana haha. Dasar kampung! Last2 makan aje janji kenyang.
Apa yang menarik di Prince Court ni adalah bila kita dimasukkan ke wad. Wadnya ada Deluxe Room & Suite, hotel kau! Nursenya OK dan tak kisah. Yang penting tak ada visiting hours. Boleh je datang bila2 masa. Makanan dalam wad memang the best in town! Cuba tanya mereka2 yang biasa masuk wad di private hospital lain, pasti akan puji food di PCMC memang sedap!
Cuma kalau anak yang admit, parents kena cari makanan lain lah. Kalau kami ni ke Desa Pandan la pekena char kue teow. Kg Baru pun dekat juga. Nak beli yang kafe punya… Uhuhuhu. Tapi kalau nak room service boleh juga.
Teh tarik di Teh Tarik Corner kat ground floor pun tebaeeek in town! Memang sedap tak hingat! Terbayang2 aje rasanya yang lemak berkrim disukai kami 🙂 Pagi2 selalunya angkat lasagna dan teh tarik di Teh Tarik Corner lah.
Entah apa2 aku ni buat review makanan kat Prince Court pulak. Google dah review kah blog saya? Tolonglah unblock semula ya?
Leave a Reply