Sejak masuk bekerja minggu lalu kehidupan saya menjadi bertambah-tambahlah sibuknya. Lebih teruk lagi bila saya ditimpa ruam satu badan yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa memberhentikan pengambilan alfalfa – kerana pakar kulit mengesyaki saya elergik pada sejenis herba (daun lagundi), maka saya dinasihatkan berhenti mengambil semua jenis herba termasuk alfalfa.
Sejak saya memberhentikan alfalfa, kesan sinus ke atas saya semakin teruk jadinya. Rasa selesema sepanjang masa, sakit di dahi tak usah cakap.. badan pula memang sangat-sangat lesu dan tak larat. Untungnya saya tidak demam.
Sekarang saya kembali mengambil alfalfa, perlahan-lahan saya menjadi semakin baik. Namun masih lagi terasa… harapnya masih belum severe lagi.
Jadi, disebabkan perkara di atas.. sepanjang masa saya kembali ke pejabat ni.. keadaannya agak teruk dan sangat memenatkan. Setiap hari rasa tidak sihat. Malam-malam saya tidur lebih awal. Oleh itu blog pun memang tak ber-update lah 🙂 Dan memang, kembali bekerja ni sangat-sangat memenatkan otak saya. Siang di pejabat, dan di rumah saya cuma ada tak sampai sejam untuk concentrate pada bisnes… kadang2 skip sebab rasa tak berapa fit.
Sementelah, rasanya jadual yang padat bertambah padat, dan ada yang tak sempat nak dibuat. Antaranya update blog 😀
Dalam keadaan yang macam gini saya teringat keluhan seorang teman tentang kesibukan yang dialami oleh ibu-ibu bekerja seperti kami. Waktu siang di pejabat, waktu malam pula amat singkat. Singkat masanya untuk bersama dengan anak-anak. Saya mengakuinya. Bila bertemu dengan anak-anak, rasa mahu menggomol mereka, terutama si kecil Danny. Danny anak yang paling singkat menerima perhatian saya, sebelum dihantar ke jagaan pengasuh. Hafiy saya hantar selepas usianya 4 bulan, dan selepas itu mempunyai maid di rumah. Fahry pula 10 bulan di bawah ketiak saya siang malam. Danny, lepas saja habis tempoh 60 hari, terus dihantar ke taska.
Jadi bagaimanakah caranya ibu seperti kami nak menjadi ibu yang baik? Tambahan pula seperti saya yang juga seorang WAHM.
Saya tak pasti bagaimana tanggapan ‘ibu yang baik’ pada orang lain. Mungkin mahu menjadi ibu yang sempurna, membekalkan apa saja yang anak-anak mahu, malah tidak sekalipun mahu anak berasa kecewa. Namun saya percaya seperkara… Apabila diamanahkan sesuatu kepada kita, Allah memberi perkara yang kita sanggup untuk menanggungnya. Oleh itu dikurniakan anak-anak itu untuk kita, kerana Dia tahu kita adalah insan yang paling sesuai untuk mengasuh jundi-Nya itu. So part kita adalah melakukan yang sebaik-sebaiknya untuk anak itu.
Saya, bukan ibu yang sempurna. Begitu juga anak-anak saya.. mereka berhak untuk berasa kecewa, marah, kesal, merajuk dan sebagainya. Dari situ membina kematangan mereka, dan skill untuk mengawal dan menguruskan perasaan. Walau bagaimanapun ia haruslah di bawah seliaan ibu bapa.
Saya teringat zaman kecil saya. Saya cukup tidak suka dengan mak saya. Mak saya sangat garang, dan saya yang paling banyak kena pukul. Dan mak saya berubah setelah adik-adik lelaki saya membesar, tidak lagi memukul mereka.
Tapi dari rotan mak itu yang manjadikan diri saya hari ini. Mungkin kerana saya selalu rebel dalam diam dan ingin menjadi yang terbaik walaupun saya tak mampu. Kerana mak saya dulu sering membanding-bandingkan saya dengan orang lain. “Si Tipah Dangdut ni pandai masak, Along ni apa pun tak tahu”. “Si Senah ni solehah betul, duduk di rumah je, Along asyik merayap sana sini, ape nak jadi”. Well, memang bengang lah. Kalau nak kutuk boleh, tapi compare dengan orang lain, jangan~ Jadi saya rasa tercabar dan nak tunjuk pada Mak yang saya lebih baik dari Tipah Dangdut dah Si Senah tu.
Tapi hari ni saya bolehlah jugak masak, cuma malas je, HeHe. Setakat masak lunch dinner tu OK la.. kalau nak baking2 bagai tu.. aimsoriiiii! Tunggu saya pregnant lagi, sebab masa pregnant baru saya suka masak2 kuih-muih ni 😀 Dan disebabkan saya suka merayap dulu, saya involve dalam banyak aktiviti. Hehe, saya bukan merayap ke tempat2 gitu-gitu… Cuma suka pegi jumpa kawan-kawan (kawan pompuan lah. Saya mana la ada boifren) dan pegi town lepak kedai buku.
Nak cakapnya, masa tu saya tak puas hati dengan mak saya. Saya rasa beliau garang gila. Saya rasa saya takmo jadi macam mak saya.
Tapi hari ni saya nak sangat jadi macam mak saya. Mak saya supermom yang sangat hebat pada saya. Beliau bekerja, balik rumah kerjakan kebun… kecik je tapi keliling rumah penuh dengan pokok2 herba.. malam2 jahit baju. Masa kecil2 dulu baju kurung saya semua ada sembat. Sekarang je dah takde sebab matanya dah makin tak nampak. Lepas tu bangun pagi2 sediakan breakfast dan bekal saya pegi sekolah. Kami tak pernah makan luar.. jarang sangat lah, kecuali ada celebration. Paling saya kagum, petang ni tengok mak bawa balik kain, esok pagi dah siap sepasang baju. Mak saya kalau lipat baju kemas sangat. Macam dah diseterika-seterika je.
Nak jadi ibu yang terlalu baik dan sempurna di mata anak-anak ni… kalau nak kata mustahil tu tak lah, tapi agak subjektif. Kadang2 kita sebagai mak tegur anak, dia kata kita membebel. Kita pula kata kita tegur sebab kita sayang. Sama-sama talk in different language. Walaupun memang ada mak yang macam tu.. sekepala dengan anak. Ini memang best. Itu la yang saya selalu harap mak saya jadi, LOL.
Ukur baju di badan sendiri orang kata. Buat yang terbaik, lillahi taala. Allah pasti tunjukkan jalan dan kebenarannya. Walaupun hanya setelah anak kita nanti menjadi ibu bapa 😀
photo: Theo Widjanto
Terima kasih Mak sebab dah susah-payah lahirkan dan besarkan Along 29 tahun nan lalu. Hehe, mood birthday namanya. — birthday saya minggu depan.
Leave a Reply