Bagaimana Membina Rumahtangga Yang Beraura Positif

admin Avatar

Mempunyai rumahtangga yang bahagia adalah impian setiap pasangan. Malah setiap orang yang belum kahwin pun berangan mempunyai pasangan hidup yang paling ideal dalam dunia. Apa lagi rumahtangga yang sentiasa dilimpahi kegembiraan dan kasih sayang tergedik2 macam lagu Hindustan. Lagi best bila pasangan dapat beri apa saja yang kita hendak.

Namun hakikatnya kehidupan berumahtangga tak seindah cerita Cinderella ataupun Bawang Putih Bawang Merah. Mereka itu semua hidup ‘happily ever after’ dan ‘bahagia selama-lamanya’. Kehidupan rumahtangga sebenar tak seindah kisah pari-pari…

rumahtangga

Pepatah Inggeris menyatakan,

Kita senyum bukan kerana kita gembira, sebaliknya kita gembira kerana kita senyum

Jadi rumahtangga itu harus dihiasi dengan senyuman untuk mengecap kegembiraan, bukan sebaliknya.

Pepatah Melayu pula menyatakan,

Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri

Bukan masalah kalau sesekali berselisih faham, kerana lumrah manusia dicipta dengan akal dan jiwa masing-masing. Namun yang menurut emosi itu yang sampai tak terkawal, lalu melampaui batas.

Untuk menikmati sebuah rumahtangga yang bahagia dan beraura positif, kita harus mengenal faktor2 yang membawa aura postif serta aura negatif. Aura positif wujud apabila pasangan suami isteri mencari kesepakatan dalam perbezaan, mencari penyelesaian dalam kekusutan. Bukan saling salah menyalahkan, mengeluh, memberontak.. itu hanya mengaktifkan aura negatif dalam rumahtangga.

Aura positif ini bukan sahaja membantu menyelesaikan masalah dalaman rumahtangga, malah masyarakat sekeliling, dan mungkin negara!

Contohnya kita dapat lihat dari pasangan suami isteri Ustaz Wan Akasyah dan Ustazah Siti Nor Bahiyah. Mereka bukan saja mempunyai rumahtangga yang ceria dan bahagia, malah menyemarakkan keceriaan dan kebahagian berkeluarga kepada seluruh masyarakat Malaysia.

ustazah siti bahiyah

SOURCE

Jadi, bagaimana membina rumahtangga yang beraura positif?

  1. Menjadi suami isteri yang proaktif. Kalau nampak ada salah di pihak pasangan, bawak2lah tegur sebelum sesuatu yang tak elok terjadi. Fikir sesuatu yang lebih terkedepan bagi mengelakkan perkara yang tak diingini.
  2. Perancangan bersama. Jangan pula suami rancang A, isteri rancang B, pada masa yang sama. Kemudian dah tak boleh ‘match’. Bincang sama-sama tentang perancangan yang melibatkan seisi keluarga.
  3. Visi dan misi sekeluarga. Keluarga adalah sebuah institusi penting yang memerlukan misi dan visi tersendiri. Misi dan visi ni tentunya bukan semata2 nak menambah anak atau memiliki 11 orang anak.
  4. Tetapkan keutamaan. Dahulukan perkara yang lebih penting. Tahu tanggungjawab masing2 dan berusaha untuk menepati tanggungjawab itu.
  5. Selesaikan masalah secara menang-menang (win-win). Kadang2 susah nak aplikasi benda ni, lebih2 lagi apabila satu pihak lagi adalah keras kepala dan mahu ikut cakap dia saja. Tapi sebolehnya cuba cari penyelesaian yang memberi faedah kepada semua pihak.
  6. Cuma memahami untuk difahami. Kadang2 kita mengharapkan suami/isteri memahami diri dan kehendak kita, tanpa kita berusaha untuk memahami dia. Sama-sama saling cuba memahami antara satu sama lain. Cuba fahmi pasangan, sebelum mengharapkan dia memahami kita.
  7. Sinergi. Sinergi bukan sekadar bertoleransi, tolak ansur… Lebih dari itu. Sinergi ini seperti hubungan suami isteri yang melahirkan anak-anak… iaitu menghasilkan lebih banyak faedah daripada hanya benda2 sumber itu saja. Contoh sinergi suami isteri adalah seperti pasangan Coach Sha dan Coach Ridz… You can feel the vibe by only looking at them!
  8. Doa. Doa ni bukan saja tertakluk kepada perbuatan menadah tangan di tikar sembahyang… ia juga merangkumi tanggapan terhadap pasangan dan harapan terhadap pasangan. Berbaik sangka (tapi cemburu kena ada!), sentiasa mendorongnya untuk berjaya… termasuk dalam doa2 untuk kesejahteraan pasangan kita.  (*diadaptasi dan diubahsuai dari 7 habits of a highly effective people & 7 habits of a highly effective family)

Kalau rasa rumahtangga suram saja, bawak-bawaklah senyum. Kalau rasa asyik bermasalah saja, cuba-cuba berhenti mengeluh.

Apabila rumahtangga kita beraura yang positif, setiap tindakan kita di luar akan menunjukkan kesan positif juga, terutama anak-anak. Contoh paling mudah, bila anak dihukum oleh cikgu sekolah (atas kesalahan setimpal). Ibu bapa pula yang meluru ke sekolah, marah2 cikgu dan mungkin nak buat laporan polis, tanpa terlebih dahulu bincang dengan cikgu tu kenapa denda anak dia. Bila aura negatif beredaran dalam rumahtangga, kita lebih mudah menunding jari kepada orang lain dan mencari2 kesalahan orang, daripada mencari penyelesaian.

Rumahtangga yang beraura positif pastinya lebih tenang untuk didiami, walaupun rumah tak sebesar mana. Aura negatif, walaupun duk banglo tapi rasa seriau macam dalam gua saja.

Melihat kepada anak-anak… oh semestinya saya tidak mahu menghidangkan aura negatif buat mereka. Walaupun anak-anak saya suka melekat 24 jam, kalau tak pukul 12 tgh malam atau 1 pagi tak tidur,… itu bukan alasan untuk kita berasa nak marah atau bengang dengan mereka. Itulah cabaran saya sebagai ibu bekerja di pejabat dan di rumah. Mengajar saya lebih menghargai masa yang singkat.

admin Avatar

3 responses to “Bagaimana Membina Rumahtangga Yang Beraura Positif”

  1. Abuya Hayat Avatar

    Salam Mommy Lyna,
    Saya nak tambah sikit kat pepatah inggeris tue…

    Kita senyum bukan kerana kita gembira,
    sebaliknya kita gembira kerana kita senyum,
    Bersyukur dengan apa yang kita ada,
    Kerana nafas kita terhenti, belum.

  2. Mommy Of Q's Avatar

    wahhhh..adalah Lyna dan Zainul akan muncul di kaca TV tidak lama lagi seperti Ustazah Bahiyah dan suaminya? va va va .. aku tak sabar nak tgk ko buat “cakar” apa pulak pasni .. hahahahhaa

  3. mekar Avatar

    Artikel yang lengkap dan padat. Apa nak komen lagi ya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge