lately Mami dah kurang bagi perhatian pada Hafiy. sedihnya.. (hehehe) even weekend pun Mami spend time tidooo sepanjang hari, especially hari2 Mami berpuasa memang tak larat sangat. sampai Abi komen Hafiy asyik dengan Bibik aje. mandi dengan Bibik, makan dengan Bibik, main dengan Bibik…. oh Mami sangat2 tidak larat. sorry yer sayang…
bila main dengan Bibik, Bibik kata Hafiy suka jerit2 marah kalo Bibik usik barang Hafiy, buat2 nak makan makanan Hafiy… oh Hafiy dah makan banyak sekarang. hari2 makan nasik dah. kadang2 Mami masak spageti untuk Hafiy. Hafiy sangat suka! Bibik la excited nak menggemukkan Hafiy. maklumlah berat tak naik-naik. tp Mami tak kisah je, asalkan sihat dan ceria sudah.
disebabkan Mami tak larat nak melayan dan hari2 terjelepok je, tak dapat lah nak bersama2 ‘menyambung sel otak’ Hafiy. sambil BF pun Mami tido, tak larat sesangat. tp untuk terus menggalakkan Hafiy terus suka buku (Bibik kata Hafiy kalau main mainan, cepat je boring. kalau pegang buku baru lama sikit belek2), Mami lambakkan buku kat atas katil. pagi2 Hafiy bangun, boleh pegi belek buku. untuk mengelakkan buku itu dikoyak dan menjadi chewing gum, Mami bagi buku jenis yang wipe off tu. keras tapi tak macam board book. kira OKlah Hafiy tak boleh koyak2 dan chew. buku2 kertas lembut semua dah jadi mangsa koyakan dan kunyahan yang rakus.
sekarang ni Hafiy dalam ‘mode memusnahkan barang’. semua barang2 yang Mami/Bibik susun, satu-satu Hafiy sepah dan selerakkan. objek paling digemari ialah kotak bekas supplement Mami. punyelah struggle panjat kerusi nak capai.kalau time Mami OK, Mami layan Hafiy, masukkan semula, macamana nak susun, letak balik kat tempat asal. kalau time Mami penat, Mami biar je Hafiy tarik, jatuhkan & keluarkan semua isi kotak. selerakkan & jadikan botol2 tu sebagai rattle. layan~
tapi penat2 pun kadang2 Mami kena jugak gagahkan, cari Hafiy kalau tiba2 hilang dari pandangan. kadang2 Hafiy pegi main kat stoller & hi chair, main2 roda. suka sangat dengan roda. OK la kalau Hafiy main kat situ sebab Mami bole nampak. tapi kekadang Hafiy merangkak pegi dapur main dengan hos mesin basuh, kuali2, botol2 minyak tu. aduuh, nak tak nak, pening2 pun kene jugak bangun pegi amik Hafiy. bahaya main kat dapur, kot lah ada apa2 yang Mami tak perasan. nanti Abiy kena install gate kat pintu dapur karang ni.
Adik pun agak terabai jugak sekarang. Mami kurang bercakap, dan membaca dengan Adik. oh Mami sangat tidak laraaaat. kat ofis pun kalau turun-naik (even pakai lif), termengah2 jugak Mami dibuatnya (macamana nak hidup kat KL nanti?). minggu ni kita pegi check up Adik & ambik kad merah dia. Mami tengah fikir lagi nak check up kat mana bila kat KL nanti… Damansara Damai Medical Centre atau Prince Court Medical Centre see no evil hear no evil free download see spot run dvd download ? DDMC macam best sebab dekat rumah Tok Pa, time weekend bole pegi. PMC pulak dekat ofis Mami nanti & hospital tu macam canggih je. hehe. oh yang mana satu…pilihan kalbu~
Mami harap sickness ni cepatlah berakhir. Mami nak layan Hafiy dan Adik. kita boleh main2, baca buku & bercerita. sekarang Mami nak cakap2 pun tak larat. nak senyum pun tak larat! hahaha. cemana pun alhamdulillah sebab Mami selera makan (masakan sendiri sahaja). & tiba2 Mami boleh makan mangga muda yang masam tu. biasanya tak mampu nak telan kalau tak celup gula banyak2.
Leave a Reply