Saya jarang bercerita tentang ayah saya di blog. Bukan saya tak bangga dengan ayah saya, tapi saya ni tak suka nak cerita2 sangat tentang hal2 peribadi, termasuk keluarga saya di sini 🙂 Sampaikan beberapa teman blogger pernah bertanya tentang keluarga saya, sebab saya tak pernah bercerita tentang mereka 😀
Ayah saya ialah seorang kakitangan kerajaan yang bekerja di sebuah hospital di Kota Bharu. Dari kecil saya amat mengkagumi ayah saya, kerana dia benar2 hero saya. Ayah saya menjadi tempat rujuk saya dalam segala hal. Termasuklah menjadi cikgu Matematik dan Sains saya (ayah saya pernah menjadi guru). Saya rasa saya lah muridnya yang paling bengap. Sampaikan beliau fed-up nak mengajar, LOL. Tapi dari ajaran ayah saya yang bodoh tak berapa pandai subjek Matematik dan Sains, dapat skor A dalam PMR. Ayah saya jugaklah yang merayu2 pada pengetua Sekolah Naim agar saya diterima masuk ke situ, selepas saya gagal ke mana2 sekolah asrama dengan result 4A UPSR dulu (masa tu 4A lagi).
Ayah saya tak pernah mengeluh apa-apa di depan kami (belakang2 tu mak saya je yang tahu, LOL). Masa kampung kami kecoh dengan kes pecah rumah, ayah tidur dengan parang di bawah bantal. Sekarang pun rumah kami lengkap dengan tombak segala. Senapang pun ada. HeHe.
Semasa di sekolah, saya sangatlah suka tidur dalam kelas. Tak tau lah kenapa kan. Nak kata tido lewat sebab stay up belajar pun tak juga. Bangun awal sangat pun tak juga. Disebabkan itu, semasa peperiksaan besar macam PMR dan SPM, ayah saya bekalkan saya dengan Livita supaya tak tidur semasa exam. … tapi tidur juga 😀 Tidur dalam dewan periksa umpama tonik bagi saya. Buntu tak boleh jawab, tidur kejap, bangun2 terus dapat jawapan, LOL.
Dari kecil saya lebih rapat dengan ayah berbanding emak. Mungkin sebab emak saya garang (sama la aku sekarang garang dengan anak-anak). Ayah saya lupa pendekatannya lebih lembut dengan anak-anak. Itu yang kalau ayah saya tegur sikit, terus mengalir air mata saya. Ayah saya kalau ada apa tak kena dia akan beri nasihat, kalau mak saya pula alamat berkulat telinga kena bebel 😀 Tapi makin besar saya makin renggang dengan ayah. Maklumlah, remaja kan. Lagi2 bila masuk universiti, pertama kali meninggalkan kampung halaman. Jumpa kawan2 baru.. wah lupa mak ayah kau.
Tapi ayah saya terus menerus menjadi idola kepada anak-anak, terutama saya lah. Mungkin sebab saya paling nakal kot. Paling banyak kena piap masa kecil-kecil dulu (mak saya ler yang piap). Semasa saya mengerjakan umrah bersama ayah dan adik lelaki saya, Uda (baru je register sebagai nurse di Batu Pahat), ayah saya macam tak penat2 je buat tawaf dan saie. Kata makcik yang sebilik dengan saya, saya panggil Cik La, “Ayah Along tu penat sangat, dan tak larat sangat, tapi dia buat2 kuat supaya anak-anak dia pun kuat nak mengerjakan ibadah umrah ni”. Uhuhuhu, sungguhlah terharu.
Alhamdulillah, ayah saya dikurniakan kesihatan yang baik. Beliau pun ada kesedaran tentang menjaga kesihatan… ayah saya mengamalkan vitamin, macam2 lah dia makan dulu.. Agel, Shaklee, Herbalife.. tapi sekarang dia cuma ambil Vivix Shaklee. Saya ler yang sponsor (nak jugak cakap), 😀
Nampaknya saya sangatlah tak pandai nak bercerita tentang ayah (apebenda yang aku merapu entah) 😛 Semoga ayah saya terus sihat dan ceria. Tahun ni ayah saya dah 57 tahun. Doakan ayah saya panjang umur dalam keadaan sihat dan selamat. Ayah mentua saya dah tak ada… jadi hanya pada ayah saja anak-anak saya mendapat kasih seorang datuk 🙂
Selamat hari ayah!
Leave a Reply