Semalam pertama kali Hafiy outing dan balik ke rumah. Maklumlah rumah dengan asrama pun sejengkal je. Kalau kira2 jarak perjalanan tak sampai 1km, dalam 860meter je! Dah senior nanti maunya jalan kaki je balik rumah.
Mula2 nampak Hafiy, wahhh bercahaya sungguh wajahnya. Nampak lebih cerah, jernih dan tak serabut macam biasa. Rupa-rupanya Abiy dia pun perasan. Dia kata Hafiy nampak lain. Alhamdulillah, muka hafiz-hafiz katanya, hihihi.
Balik rumah dia terus cari handphone, contact kawan2 sekolah rendah. Kami memang suruh dia keep in touch dengan kawan2 sekolah rendah, jangan masing2 buat hal sendiri je bila dah tak sekolah sekali. Balik dari asrama mesti contact kawan2 tu. Bukan senang nak dapat kawan baik dari pelbagai latar belakang kaum dan agama.
Bila kami bincang tentang cuti CNY nak balik kampung, haaa dah mula dah. Hafiy nak duduk rumah je taknak ke mana2. Perangai budak asrama… asal cuti nak lepak rumah. Kami2 dulu pun macam tu lah. Balik dari asrama je nak duduk rumah. Rumah saudara mara pun tak mau pergi. Nak duduk rumah aje.
Balik asrama, selagi belum time selagi tu lah tak gerak2. Lagipun tak sampai 5 minit, agak2 lah jam berapa baru gerak.
Asrama Hafiy ni ada perkhidmatan dobi, tapi dia tak pernah hantar. Takut hilang, katanya. Dah ada pun yang hilang, kawan2 dia lah.
Hmmm macam tu lah. Nama pun asrama. Barang hilang tu biasa. Barang yg dijumpai tak bertuan, sampai ke sudah tiada yg mengaku pun biasa. Baju2 di ampaian dari awal tahun sampai cuti akhir tahun masih bersidai pun ada.
Yang penting anak2 ni kita kena bagi galakan, jangan dimanjakan. Dah besar, mesti pandai handle.
Hafiy pun pandai cuci baju sendiri… di rumah tak pernah pun dia buat.
Sebelum balik asrama, habis dikoreknya duit syiling. Untuk telefon Mami. Buat masa sekarang ni boleh kata hari-hari dia telefon. Tak apa lah, Mami pun rindu kat dia… dapat dengar suara pun jadi lah.
Kepada anak-anak dan ibu bapa yang anak masuk asrama… bertabah lah ye. Biasalah perasaan nak lari dari asrama tu… Mami ni pun pernah lari dari asrama juge ðŸ¤
Leave a Reply