Perlukah seorang anak kecil diajar membaca, menulis, mengira?
Adakah usia kecil sepatutnya dipenuhi dengan bermain?
Umur berapakah sepatutnya seorang anak sepatutnya tahu membaca?
Adalah antara persoalan dan dilema yang melanda ibu bapa hari ini. Persoalan tentang apakah cara terbaik untuk merangsang anak-anak.. Adakah benar anak yang sudah pandai semasa kecil (dari segi akademik) akan berasa bosan apabila bersekolah?
Saya sedikit bersetuju dengan pendapat di atas, sikit saja lah. Sebab saya pernah merasainya. Bukanlah advance manapun, maklumlah sekolah kampung… Darjah Satu baru belajar kenal huruf, baru belajar membaca… Saya dah tahu membaca sebelum masuk sekolah, memang bosan sebab asyik dapat 100% saja. Sesekali saya sengaja buat salah ejaan, salah kira, salah baca sebab nak kena denda dengan cikgu, HeHe.
Mungkinkah itu sebabnya budak2 sekarang suka buat benda pelik2? Dah dalam TV sokmo duk tunjuk adegan2 romantik suami isteri…
Berbalik kepada topik, ada banyak pendapat dan pandangan tentang pendidikan awal.
1. Tak perlu, kesian kecil2 kena paksa belajar.
2. Perlu, kerana waktu ini masa terbaik untuk mengajar apa jua kepada anak.
3. Tidak perlu akademik, sebaliknya didik tentang adab.
4. Didik tentang agama dahulu.
5. Dan sebagainya
Sebenarnya ia sangat simple dan mudah. Mendidik/mengajar anak sebenarnya adalah
Ibu bapa yang pandai melukis, pasti coraknya cantik dan menarik. Ibu bapa yang suka corak Inggeris pasti tak sama hasilnya dengan ibu bapa yang suka corak abstrak. Seperti kita melihat pelbagai fesyen pakaian, tidak ada fesyen yang silap (selagi memenuhi tuntutan syariat) walaupun semuanys berbeza.
Jadi apa ju definasi terhadap pendidikan awal adalah UNIK, bergantung kepada kesungguhan, kehendak, keperluan dan objektif ibu bapa masing2. Tak kisahlah nak rangsang/didik dengan cara apa pun, yang penting ialah pemantauan terhadap perkembangan anak-anak. Anak yang genius tanpa pemantauan yang sepatutnya mungkin boleh memberontak bila keterujaannyspa disekat, dan sebagainya.
Kerana itulah pentingnya pendidikan awal di rumah, keraa ibu bapa saja yang dapat memahami personaliti anak masing2.
Bagaimana nak rangsang, itu terpulang. Yang jelasnya, masa untuk merangsang anak2 (akademik, spiritual, sikap, etc) adalah satu komitmen.
Leave a Reply