Bila kena outstation, terutama ke tempat yang agak jauh, kadang2 melemahkan semangat ibu-ibu. Bapa2 dia tak risau kot, tapi kalau ibu-ibu ni macam2 lah yang merisaukan, terutama yang punya anak kecil yang masih menyusu badan.
Dulu saya sering outstation, maklumlah kerja macam ni. Tiap2 bulan boleh kata paling tidak sekali kena naik kapal terbang.
Namun, sejak punya Fahry saya dah tak ke mana-mana. Campur dengan cuti selama setahun menjaganya, lagila saya tak pernah berenggang dengan anak-anak.
Minggu lepas, saya ditugaskan ke Sarawak. Agak mengharukan kerana dah hampir 2 tahun tidak meninggalkan anak-anak, apa lagi Fahry, tak pernah lagi berjauhan dengan dia.
Fahry sudah tidak minum susu saya semasa di taska, jadi tak adalah kena risau tentang bekalan EBM (expressed breast milk = susu badan yang diperah). Mujur saya pergi cuma 2 hari 1 malam, jadi saya siapkan beg taska mereka untuk 2 hari, sediakan pakaian taska dan juga pakaian kerja suami.
2-3 hari sebelum outstation, saya siap2 berpesan kepada Hafiy yang saya akan keluar bekerja, jadi dia kena tidur dengan Abiy. Of course menangis-nangis mahu mengikut, tapi biasalah itu memang sikapnya budak-budak. Jadi saya biarkan saja.
Pada hari saya sepatutnya terbang, saya pesan siap2 pada suami, what to do, what to do….
Pertama kali travel tanpa anak-anak… wah sebenarnya adalah satu masa yang amat berharga buat saya. Saya berjaya habiskan 2 buah buku sepanjang perjalanan. Mana nak dapat peluang sebegini. Jika di rumah, untuk menghabiskan sebuah buku memerlukan berminggu-minggu, malah berbulan2. Mana tidaknya, masa untuk saya bersendirian dan melakukan aktiviti seumpamanya amatlah terhad, malah boleh dikatakan tiada langsung.
Jadi bila dapat habiskan 2 buah buku dalam satu perjalanan, oh ia adalah satu perkara yang amat menggembirakan.
Tiba di Miri saya terus mengambil teksi ke hotel. Sebuah bilik telah ditempah untuk saya, dan ia adalah sebuah suite! 4 tahun lepas saya dan suami pernah menginap di hotel yang sama, dan pada masa itu ada promosi untuk bilik2nya. Kami telah menginap di suite. Kali ini agak berlainan, kerana saya berseorangan.
Bilik tersebut amatlah luas untuk saya seorang, lengkap dengan dapur, mesin basuh pun ada, tempat jemur baju pun ada. Kalaulah anak2 saya ada, tentu lebih menyeronokkan.
Menghubungi suami untuk mengetahui perkembangan anak-anak di rumah, tertanya mereka semuanya OK sahaja. Malah saya rasa lebih baik dari biasa. Biasanya anak2 saya suka menangis, tapi dengan bapa mereka, mereka lebih ‘behave’. Malah Hafiy berkali2 mengingatkan adiknya bahawa “Mommy tak ada, Mommy pergi work”.
Di sana, saya tidak melepaskan peluang untuk menikmati nasi lalapan, rasanya most of Peninsularian yang tinggal di Sarawak takkan tak lepas peluang merasa nasi ni. Ia cumalah nasi dengan ayam atau ikan atau daging goreng bersama ulam2 yang dicelur (lalap) dan sambal belacan, tapi bagi mereka yang tinggal di Miri, Lalapan Muara adalah the best in town. Just nice semuanya, ayamnya, nasinya, sambalnya…
Disebakan anak-anak saya tiada, maka ia adalah peluang untuk menumpukan/fokus pada apa yang selama ni ‘tangkap muat aje’. Nak mandi pun rasa ‘lawas’ saja 😀 tanpa ketukan di pintu minta “Mommy, bukaaaa”.
Pada mulanya saya memang agak berat perasaannya untuk meninggalkan mereka, tapi rupa2nya ia adalah satu peluang untuk saya berehat, membaca, berfikir, membuat kerja2, dan ME time yang panjang. Syukurlah, thanks for the time given 😉
Bila nak terbang lagi ya?
Leave a Reply