Apa Nak Buat Bila Kena Outstation

admin Avatar

Bila kena outstation, terutama ke tempat yang agak jauh, kadang2 melemahkan semangat ibu-ibu. Bapa2 dia tak risau kot, tapi kalau ibu-ibu ni macam2 lah yang merisaukan, terutama yang punya anak kecil yang masih menyusu badan.

Dulu saya sering outstation, maklumlah kerja macam ni. Tiap2 bulan boleh kata paling tidak sekali kena naik kapal terbang.

Namun, sejak punya Fahry saya dah tak ke mana-mana. Campur dengan cuti selama setahun menjaganya, lagila saya tak pernah berenggang dengan anak-anak.

Minggu lepas, saya ditugaskan ke Sarawak. Agak mengharukan kerana dah hampir 2 tahun tidak meninggalkan anak-anak, apa lagi Fahry, tak pernah lagi berjauhan dengan dia.

Fahry sudah tidak minum susu saya semasa di taska, jadi tak adalah kena risau tentang bekalan EBM (expressed breast milk = susu badan yang diperah). Mujur saya pergi cuma 2 hari 1 malam, jadi saya siapkan beg taska mereka untuk 2 hari, sediakan pakaian taska dan juga pakaian kerja suami.

2-3 hari sebelum outstation, saya siap2 berpesan kepada Hafiy yang saya akan keluar bekerja, jadi dia kena tidur dengan Abiy. Of course menangis-nangis mahu mengikut, tapi biasalah itu memang sikapnya budak-budak. Jadi saya biarkan saja.

Pada hari saya sepatutnya terbang, saya pesan siap2 pada suami, what to do, what to do….

Pertama kali travel tanpa anak-anak… wah sebenarnya adalah satu masa yang amat berharga buat saya. Saya berjaya habiskan 2 buah buku sepanjang perjalanan. Mana nak dapat peluang sebegini. Jika di rumah, untuk menghabiskan sebuah buku memerlukan berminggu-minggu, malah berbulan2. Mana tidaknya, masa untuk saya bersendirian dan melakukan aktiviti seumpamanya amatlah terhad, malah boleh dikatakan tiada langsung.

Jadi bila dapat habiskan 2 buah buku dalam satu perjalanan, oh ia adalah satu perkara yang amat menggembirakan.

Tiba di Miri saya terus mengambil teksi ke hotel. Sebuah bilik telah ditempah untuk saya, dan ia adalah sebuah suite! 4 tahun lepas saya dan suami pernah menginap di hotel yang sama, dan pada masa itu ada promosi untuk bilik2nya. Kami telah menginap di suite. Kali ini agak berlainan, kerana saya berseorangan.

katil imperialsuiteovenmesin basuhwaktu solat miri

Bilik tersebut amatlah luas untuk saya seorang, lengkap dengan dapur, mesin basuh pun ada, tempat jemur baju pun ada. Kalaulah anak2 saya ada, tentu lebih menyeronokkan.

Menghubungi suami untuk mengetahui perkembangan anak-anak di rumah, tertanya mereka semuanya OK sahaja. Malah saya rasa lebih baik dari biasa. Biasanya anak2 saya suka menangis, tapi dengan bapa mereka, mereka lebih ‘behave’. Malah Hafiy berkali2 mengingatkan adiknya bahawa “Mommy tak ada, Mommy pergi work”.

Di sana, saya tidak melepaskan peluang untuk menikmati nasi lalapan, rasanya most of Peninsularian yang tinggal di Sarawak takkan tak lepas peluang merasa nasi ni. Ia cumalah nasi dengan ayam atau ikan atau daging goreng bersama ulam2 yang dicelur (lalap) dan sambal belacan, tapi bagi mereka yang tinggal di Miri, Lalapan Muara adalah the best in town. Just nice semuanya, ayamnya, nasinya, sambalnya…

lalapan muara

Disebakan anak-anak saya tiada, maka ia adalah peluang untuk menumpukan/fokus pada apa yang selama ni ‘tangkap muat aje’. Nak mandi pun rasa ‘lawas’ saja 😀 tanpa ketukan di pintu minta “Mommy, bukaaaa”.

Pada mulanya saya memang agak berat perasaannya untuk meninggalkan mereka, tapi rupa2nya ia adalah satu peluang untuk saya berehat, membaca, berfikir, membuat kerja2, dan ME time yang panjang. Syukurlah, thanks for the time given 😉

Bila nak terbang lagi ya?

admin Avatar

11 responses to “Apa Nak Buat Bila Kena Outstation”

  1. eliss Avatar

    lama jugak tak meninggalkan my nuha pergi outstation ni.boz, nak oustation ,bleh? hehehehe :p tapi bila fikir my nuha yang akan tinggal dirumah pengasuh kesian pulak sebab hari2 hubby balik lambat dan turun awal pagi pergi kerja.

  2. mila Avatar

    saya pun nak kena outstaion da ujung minggu ni….setahun lebih da tak berenggang dgn anak…seminggu pulak tu…tunggang langgang la menyiapkan rumah utk sminggu nye aktiviti.sedih juga..tapi bila mommy lyna kata its ME time..rasa legaa sket..hehe

  3. Tifa Avatar

    Memang sekali sekali kita kena spend time untuk diri sendiri . Sometime dapat pi outstation tu satu kebebasan walaupun rindu pada anak and suami .

  4. MamaLutfi Avatar

    Paling lama saya kena tgglkan anak dn suami about 2weeks n half..saat yg paling kritikal bg sy ms tu sbb still breastfeeding anak ms dia umur setahun. few days permulaan cukup menyeksakan..bengkak susu, rasa nk demam, paling sedih bla blk kursus tu bekalan susu dh jatuh merudum gara2 ‘kurang permintaan’ sudah.. tp bla second time kena pegi kursus lama2 smpai cecah 2weeks..dh boleh enjoy ‘me-time’ laa..sbb dh tak breasfeed lg ms tu..tp rindu anak dn suami tetap ade.. lama tu for 2weeks.

  5. Cinta Super Avatar
    Cinta Super

    indeed. walaupun terpaksa outstation, kita anggap shj ni hadiah kecil utk diri kita. mujur fahry da stop amik ebm. Allah bg lyna peluang n masa utk diri sendiri. i since berhenti kerja, jaga anak till now belum pernah ada ruang bersendirian macam ni. cuma, kalau hubby bawa blk kpg ke, keluar jalan ke itu pun dah macam ME time dah tu sbb tak payah fikir nak asapkan dapur dengan apa. ;p tp sejak anak dah besar sikit ni, baru dpt byk ME time utk kerja-kerja internet. itu pun dah syukurrrrrrrrrrrr ya Allah.

  6. lydzar Avatar

    rasanya takkan penah dpt peluang outstation keje kt kompeni ni, so mmg takkan ada la ME time mcm lyna ni

  7. gee Avatar
    gee

    saya every time outstation pun angkut anak and suami skali..hehe..mmg letih lah..suami lecturer so lebih flexible ambil cuti..tapi skang dia dah kerja lain utk ambil industrial experience takleh cuti2 mcm tu dah..huhu..tataulah camna next time saya kena outstation ni..menangis je kot teringat anak nak tido mlm macam mana coz dia mmg tido susu sambil baring..huhu

  8. z@m Avatar

    outstation dah jd part of parcel of my work. 1-2 days tu happy la. aman tenteram. masuk hr ke-3 esp when stressed out psl work, br la cam sedih jek. tp w/o fail, 1-2 mlm pertama, mmg sy kena call blk kl utk selawat tidurkan anak dara.

  9. zik Avatar

    subuh sana dah dekat pukul 5 tuh…

  10. salzahari Avatar
    salzahari

    dulu outstation 1st time lama,adalah slps Aliah umur setahun..alhamdulillah, so stok mmg ada la sepjg seminggu tu cumanya taklah ME time sgt sbb still every 3 hours bangun utk pump sampaikan freezer kat apt tu penuh susu i je! :p

    hopefully utk Amani ni, at least bg la lps 6 bln kalau nak kena outstation lama2… bkn pe,takut tak sempat produce byk stok!

  11. Nic Avatar
    Nic

    Lyna,,, juz how I feel tiap kali outstation. Tapi, actually rasa anak2 will be okay dgn ayah…lebih behave, and suprisingly rumah lebih kemas (hubby time kita takde lagi dia pandai uruskan rumahtangga).

    So, kita pun amik kesempatan utk tido dgn puas, makan dgn kenyang… etc.. sama mcm post lyna..
    dan alhamdulillah nic manage utk bawak EBM melalui 12 hr flight… nanti nic cerita dlm blog (ntah bilaa laaa)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge