Dua tiga hari ni saya ada membaca beberapa blog yang berbicars tentang follower. Entah apa isu yang timbul agaknya ya?
Saya, memang langsung tak dapat view widget Google Connect tu bila baca blog dengan telefon tangan. Teruk ke tak follow blog orang? Isk3x. Adakah sang follower benar2 follow blog tu atau cuma klik jadi follower je?
Saya rasa kalau nak baca update berdasarkan follow2 ni leceh sikitlah, sebab saya tak login dashboard Blogger.com. Saya rasa Dari situ yang kita boleh view update blog yang kita follow kan? So saya cuma bookmark je, or just jengah blog yang ada taruk link yang sentiasa updated tu.
Komuniti? Entah saya pun tak tahu tang mana komuniti Google Connect ni. Kut la macam Facebook ke Friendster ke, tapi takde pun. Eh, banyak pulak benda yang menggalakkan kita expose apa saja tentang diri sekarang ni kan. Facebook status, Twitter, sekarang Ada Google Buzz pulak. Balik2 tengok status “lapar….”, “busy…”, “tension…”, etc. Kenapa kita kena selalu update pasal perasaan kita?
Berbalik kepada follower, hebatke punya follower ramai2 ni? Adalah blog yang follower beribu2 tu memang bagus giler? Or hebat giler? Follower ni buat apa sebenarnya?
Oh ini serious sebab saya memang tak tahu.
Tapi… Saya nak ucapkan terima kasih kepada 400 followers blog saya. Tak pernah terbayang blog ni ada followers seramai ni. Muchas gracias!
Oh sebenarnya saya cuma nak tahu apa isu tentang follow2 blog yang tengah hangat ni? Ada orang paksa jadi follower ke?
Leave a Reply