Anak Susuan

admin Avatar

Menerima panggilan dari sahabat baik saya, Efie, pemilik Butik Ibu dan Anak Mom 2 Moms di Kota Bharu.. Efi menanyakan adalah stok susu saya banyak? dan menanyakan kesudian saya untuk menjadi ibu susuan kepada seorang bayi di Kelantan.

Kata saya, saya akan bincang dengan suami dulu (yang masa tu ada di depan saya saja). Saya bertanya kepada suami, adalah beliau mengizinkan saya untuk memberi susu badan saya kepada bayi tersebut (berusia 5 bulan). Suami saya tanpa ragu-ragu memberi izin. Memandangkan situasi yang dihadapi oleh keluarga mereka adalah mendesak untuk mendapatkan ibu susuan buat anak itu.

Suami saya, walaupun beliau tidaklah ‘extreme’ terhadap penyusuan ibu, namun sangat menyokong malah menggalakkan semua bayi diberi susu ibu. Malah beliau sependapat dengan Prof Yusof Qadrawi, bahawa susu ibu sangat penting dan sepatutnya diberi kepada mana-mana bayi yang dilahirkan, walaupun bukan dari ibunya sendiri.

Walaupun bayi tersebut masih belum menjadi anak susuan saya (insya-Allah moga dipermudahkan) dan saya belum lagi berhubung dengan ibu bapanya, namun hati saya terbuka untuk menjadikannya mahram saya dan anak-anak perempuan saya kelak.

Ada yang tidak bersetuju dengan pengambilan ‘anak susuan’ ini. Kebanyakannya kerana takut ‘anak-anak terkahwin sesama sendiri’.

Perkara ini kita boleh uruskan.. Masalah terkahwin sesama sendiri mungkin terjadi bila terputus hubungan. Adik-beradik kandung pun kalau putus hubungan, boleh saya terkahwin sesama sendiri (ya, saya pernah jumpa kes macam ni). Dengan teknologi sekarang ni, bukankah kita boleh menjaga hubungan tersebut?

Halimatus-Saadiah, ibu susuan Rasulullah SAW, bukan jiran Baginda atau ibu saudara atau sepupu sepapat Baginda… Halimah datang dari desa ke kota Mekah mencari anak susuan (pada masa itu ibu susu diberi upah menyusukan). Itu di zaman tiada telefon, tiada FaceBook dan sebagainya; tapi hari ni kita limitkan ibu-anak susuan di sekitar adik beradik saja kerana bimbang masalah ini.

Ada juga yang bimbangkan ter-ambil susu dari ibu yang buruk akhlaknya – sebagaimana teladan dari bapa Syaikh Abdul Qadir Jilani. Kisah syaikh itu kita kena telitikan lagi.. on top of that, benda ini juga boleh diuruskan. Sebelum mengambil anak susuan/ibu susuan kepada anak, kita berhak untuk menyelidik dan memilih.

Sangat sedih bila ibu-ibu susuan ni dikatakan ‘bertukar-tukar susu dengan bebas’… Ibu-ibu ini adalah manusia, dan manusia ada akal dan hatinya. Pasti ada penilaian yang dibuat, sedangkan orang bukan Islam juga particular “non-smoker, non-alcoholic” dan sebagainya, adakah ibu Muslim sanggup nak pass-pass susu macam pass baton?

Mungkin juga kerana amalan wet nursing belum meluas lagi, jadi ramai yang tak tahu. Ada ibu yang takut untuk menyusukan anak susuan kerana – tak mahu menambah tanggungjawab, bahagikan harta, etc. Anak susuan itu hanya menghalalkan hubungan mahram, tak lebih dari itu. Tiada hak ke atas penjagaan, apa lagi harta kita. Hak penjagaan, tanggungjawab mengasuh tetap berada di tangan ibu bapa kandungnya, bukan ibu bapa susuan.

Tanggungjawab susuan ialah menjaga hubungan, agar jangan putus – bagi mengelakkan kebimbangan2 di atas.

Apa-apa pun, semua ni adalah pilihan masing-masing.

admin Avatar

13 responses to “Anak Susuan”

  1. juju Avatar
    juju

    ye ke jadi ibu susuan.. bukan ke kalau direct feeding 3 kali kenyang je jadi anak susuan? u nak direct feed ke nak bagi stok susu?

  2. sidratul muntaha Avatar

    untung ko..
    rezeki yang terhijab dari ALlah yang tak terduga..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Ameen

  3. lydzar Avatar

    wahh..bertambah lagi sorang anak ye ‘mak’

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hahaha bole train nih

  4. aini Avatar

    oooo.. inilah ‘anak’ yang disebut-sebut tu ya.. Alhamdulillah.. moga dipermudahkan segalanya..

    Saya dulu pernah risau bila susu dah tinggal ngam2.. dah usha kakak ipar yang susunya meriah utk jadikan ibu susuan anak saya.. tapi tengok2 sekarang ni dia dulu berenti nyusu.. Rezeki masing2 🙂

  5. mamaNoriz Avatar

    sya menyusu kan 2 ank sedara sya beberapa kali jugak, so i guess sya dah ada 2 ank susuan la kan…

    syukur susu byk smapi ank sndiri dah cukup kenyang so kenyang kan sekali anak sedara…

  6. IliHazz Avatar
    IliHazz

    Hy Lyna.. 🙂

    Saya pun ada nak susuan…:)

    1. unknown Avatar
      unknown

      Nk jadi anak susuan awak bleh x??

  7. Maz Avatar
    Maz

    menyusu hingga 5 kali kenyang…not necessarily secara berturut2 tapi baby mesti at least 5 kali kenyang samada from mother’s breast or from bottle etc. then jadilah baby itu anak susuan kita 😉

  8. baby Avatar

    wah bagusnya..mampu jadi ibu susuan.. ila ne menyusukan anak pun tak cukup 8 2 tahun..mmmmmmmmm

  9. madoct Avatar

    Kite pun ader…anak sedara, akibat terkandas dlm salji…(jangan bayangkan dlm hutan salji tapi dlm cottage yg accessible dgn kenderaan la).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge