Pada hari ini maka secara rasminya saya telah menjadi seorang ibu susuan kepada seorang bayi lelaki yang berada di tanah kelahiran saya. Teruja!
Teringat bagaimana 2 minggu lalu, suami saya tanpa teragak-agak memberi kebenaran untuk saya memberi susu saya (yang tak banyak pun!) kepada bayi yang kami tak pernah kenal.
Kata suami saya “Susu ibu adalah susu terbaik untuk mana-mana bayi. Walaupun bukan dari ibunya, setiap bayi berhak mendapat susu ibu”.
Saya tidak berkongsi hal ini dengan semua orang secara peribadi. Ini kerana tidak semua orang boleh menerima konsep ‘ibu dan anak susuan’. Dipendekkan cerita, tak perlulah kita berdebat tentang hal ni. Yang sana kata A yang sini kata Z.
Saya ni bukan meriah sangat susu sampai tak muat freezer. Walaupun mulanya berkira-kira nak beli deep freezer, tapi memikirkan ‘kalau banyak sangat sampai tak muat lepas tu expired..’ maka saya berpada-pada saja mengepam. LOL. Bole tak macam tu?
Maka bila tiba masanya, saya cuma mampu bekalkan 57 bekas bersamaan 228 oz susu sahaja. Itu pun cuma tinggal sedikit untuk Danny. Tak apa, sebab saya ada bersama Danny. Bila-bila masa saya boleh increasekan sesi mengepam, dan boleh buat power pumping, dan macam-macam cara lagi nak banyakkan susu. Tapi bagi anak susuan saya, tidak ada cara lain untuk dia minum melainkan susu dari ibu lain. Sedih dan sebak sangat waktu pertama kali bercakap dengan bapanya. Bayangkan, sikit saja dia minum susu formula, berbelas hari di hospital.
Baru-baru ini, isu hangat tentang susuan ini diperkatakan, sejak sebuah akhbar terkemuka membuat liputan tentang ‘susu ibu boleh didapati secara meluas di pasaran dan internet’, or whatever it was wrote and interpreted, saya membaca beritanya tapi tak faham apa yang cuba disampaikan, LOL. Adakah nak beritahu bahawa “berhati-hatilah memilih ibu susuan”, atau apa. Saya rasa ibu bapa yang memilih untuk memberikan anak mereka susu ibu (dari ibu susuan), bukanlah bodoh sampai main belasah saja ambil susu dari sesiapa, atau bertukar-tukar susu badan seperti yang digembar-gemburkan. Memang, saya pernah berseloroh dengan kawan-kawan “Nanti aku ambik susu kau jelah.. susu kau banyak kan”, tapi bukan bermakna saya dengan suka-suka hatinya bebas mengambil susu sesiapa saja untuk anak saya. Ya lah, ramai yang utarakan tentang akhlak ibu susuan – dari teladan bapa Syaikh Abdul Qadir Jilani yang menjolok tekak anaknya yang diberi susu oleh jiran yang dikhuatiri buruk akhlaknya.
Dan, bila dah jadi susuan tu, haruslah ibu bapa kedua-dua belah pihak berusaha untuk mengeratkan silaturrahim. Ramai yang hanya sanggup jadi ibu susuan kepada anak saudara kerana takutkan komitmen ini. Saya tak kata siapa betul siapa salah, tapi perbandingan antara bapa Syaikh Abdul Qadir, beliau menolak jirannya untuk menjadi ibu susuan anaknya, sebaliknya ibu susuan Rasulullah SAW adalah seorang wanita desa yang sudah tentu jauh lokasinya dari kota Makkah. Adakah di zaman itu sudah ada telefon, atau FaceBook, atau Twitter yang membolehkan hubungan Halimah dengan keluarga anak susuannya tidak putus? Bukan Rasulullah SAW sahaja, malah menjadi adat penduduk Mekah mengupah wanita desa menjadi ibu susu buat anak2 mereka.
Juga menjadi perhatian ialah tentang kegiatan berkaitan dengan susu ibu di negara lain, Barat khususnya, yang menjual susu ibu dan menjadikannya aiskrim dan sebagainya.
Kerana itulah kita kena sokong usaha memartabatkan susu dan konsep ibu susuan yang diterajui oleh orang Islam! Orang Barat dan bukan Islam, ‘mungkin’ tiada masalah untuk menjadikan susu ibu sebagai aiskrim atau menjualnya di pasar terbuka, tapi tidak bagi orang Islam. Jadi kenapa nak hentam usaha yang dilakukan oleh orang Islam demi susu ibu ini?
OK, berbalik kepada kisah anak susuan saya… kebetulan namanya hampir sama dengan anak-anak saya 🙂 Welcome to the family! Kini saya ada 4 anak lelaki!
Leave a Reply