Menerima panggilan dari sahabat baik saya, Efie, pemilik Butik Ibu dan Anak Mom 2 Moms di Kota Bharu.. Efi menanyakan adalah stok susu saya banyak? dan menanyakan kesudian saya untuk menjadi ibu susuan kepada seorang bayi di Kelantan.
Kata saya, saya akan bincang dengan suami dulu (yang masa tu ada di depan saya saja). Saya bertanya kepada suami, adalah beliau mengizinkan saya untuk memberi susu badan saya kepada bayi tersebut (berusia 5 bulan). Suami saya tanpa ragu-ragu memberi izin. Memandangkan situasi yang dihadapi oleh keluarga mereka adalah mendesak untuk mendapatkan ibu susuan buat anak itu.
Suami saya, walaupun beliau tidaklah ‘extreme’ terhadap penyusuan ibu, namun sangat menyokong malah menggalakkan semua bayi diberi susu ibu. Malah beliau sependapat dengan Prof Yusof Qadrawi, bahawa susu ibu sangat penting dan sepatutnya diberi kepada mana-mana bayi yang dilahirkan, walaupun bukan dari ibunya sendiri.
Walaupun bayi tersebut masih belum menjadi anak susuan saya (insya-Allah moga dipermudahkan) dan saya belum lagi berhubung dengan ibu bapanya, namun hati saya terbuka untuk menjadikannya mahram saya dan anak-anak perempuan saya kelak.
Ada yang tidak bersetuju dengan pengambilan ‘anak susuan’ ini. Kebanyakannya kerana takut ‘anak-anak terkahwin sesama sendiri’.
Perkara ini kita boleh uruskan.. Masalah terkahwin sesama sendiri mungkin terjadi bila terputus hubungan. Adik-beradik kandung pun kalau putus hubungan, boleh saya terkahwin sesama sendiri (ya, saya pernah jumpa kes macam ni). Dengan teknologi sekarang ni, bukankah kita boleh menjaga hubungan tersebut?
Halimatus-Saadiah, ibu susuan Rasulullah SAW, bukan jiran Baginda atau ibu saudara atau sepupu sepapat Baginda… Halimah datang dari desa ke kota Mekah mencari anak susuan (pada masa itu ibu susu diberi upah menyusukan). Itu di zaman tiada telefon, tiada FaceBook dan sebagainya; tapi hari ni kita limitkan ibu-anak susuan di sekitar adik beradik saja kerana bimbang masalah ini.
Ada juga yang bimbangkan ter-ambil susu dari ibu yang buruk akhlaknya – sebagaimana teladan dari bapa Syaikh Abdul Qadir Jilani. Kisah syaikh itu kita kena telitikan lagi.. on top of that, benda ini juga boleh diuruskan. Sebelum mengambil anak susuan/ibu susuan kepada anak, kita berhak untuk menyelidik dan memilih.
Sangat sedih bila ibu-ibu susuan ni dikatakan ‘bertukar-tukar susu dengan bebas’… Ibu-ibu ini adalah manusia, dan manusia ada akal dan hatinya. Pasti ada penilaian yang dibuat, sedangkan orang bukan Islam juga particular “non-smoker, non-alcoholic” dan sebagainya, adakah ibu Muslim sanggup nak pass-pass susu macam pass baton?
Mungkin juga kerana amalan wet nursing belum meluas lagi, jadi ramai yang tak tahu. Ada ibu yang takut untuk menyusukan anak susuan kerana – tak mahu menambah tanggungjawab, bahagikan harta, etc. Anak susuan itu hanya menghalalkan hubungan mahram, tak lebih dari itu. Tiada hak ke atas penjagaan, apa lagi harta kita. Hak penjagaan, tanggungjawab mengasuh tetap berada di tangan ibu bapa kandungnya, bukan ibu bapa susuan.
Tanggungjawab susuan ialah menjaga hubungan, agar jangan putus – bagi mengelakkan kebimbangan2 di atas.
Apa-apa pun, semua ni adalah pilihan masing-masing.
Leave a Reply