“Ada berapa biji oren ni?”
“Ada berapa buah kereta kat sini?”
Itu adalah antara soalan yang selalu saya tanya Hafiy untuk praktikal matematiknya. Saya tak rasa telalu awal untuk prkenalkan dia dengan bilangan2, sebab dia perlu untuk aplikasi dalam hidup dia, dan untuk tolong saya. Kan senang kalau boleh cakap “Hafiy, ambilkan Mommy 2 biji lemon dalam peti sejuk, please”, Dan dia datang bawa 2 bij lemon.
Lagipun Hafiy dah 2 tahun setengah… Saya rasa dia agak ketinggalan (dalam skala saya), sebab saya busy sangat2. Kerja pejabat Dan kerja di rumah (termasuk house chores yang tak sudah2). Kenapa ya, tak habis2 housechores ni. Lol.
Hafiy baru pass ujian membilang dengan betul. Alhamdulillah.. Kalau tak dia duk ulang2 one two three four five six…. Walaupun bendanya ada 3 je! So sekarang dah boleh bilang sampai bilangan objek yang betul. Kalau dua, dia bilang sampai dua, kalau lima, dia bilang sampai lima. Biasanya 2 la favorite dia. Kalau Ada benda yang Ada 2 biji, cepat2 cari Mommy nak tunjuk “Mommy, ada dua!”.
Happynya Mommy bila anak2 dah upgrade one step forward.
Fahry masih no comment. Tapi obsession terhadap “car” memang tak sudah2.
Mengaji Hafiy masih confuse dengan huruf2 yang berbentuk serupa, macam wau dengan fa, ain dengan ghain, ta’ dengan tsa’, etc. Tapi takpe, slow2.
Saya, masih lagi mencari ruang untuk bertatih sebagai ibu. Sayangnya masa tu cuma ada 24 jam je. Saya harap kesibukan (yang sendiri caripasal) tak menjauhkan dari tanggungjawab saya untuk mendidik anak2. Walaupun saya takde sijil perguruan tapi saya masih sorang Mak, kan?
Ada banyak benda yang saya kesalkan, contohnya semasa menggosok pakaian kerja pada jam 12 tengah malam, Hafiy minta dibuatkan chicken. Saya katakan Mommy terpaksa siapkan iron baju sekarang juga, kalau tak nanti Mommy Akan tertidur dengan korang. Akhirnya anak saya nak tidur sebaik saja selesai gosok baju, tak sempat buat chicken.
Saya bukan macam Mak lain yang boleh tidur jam 10 malam dan bangun jam 4 pagi buat kerja rumah. Anak2 saya tidur pukul 1 pagi dan saya tak buat kerja2 rumah yang major selagi diorang tak tidur, kecuali kalau terpaksa macam gosok baju untuk pakai esok.
Tapi saya rasa Allah banyak mudahkan perjalanan saya. Kalau ikutkan saya memang tak sempat nak buat apa.. Dengan budak2 yang selalu nangis, yang asyik nak berkepittt je, yang taknak buat apa2 kalau Mommy tak ada… Tapi alhamdulillah, saya masih mampu mengejar impian walaupun sangat limited, macam pakai EBS je.
Saya harap walau sesibuk manapun saya, tarbiah anak2 tetap di bawah pegangan saya.
Leave a Reply