Cara Nak Buka Kedai

by admin on April 6, 2010 · 16 comments

Ramai yang tanya saya bagaimana nak buka kedai (setelah mengetahui tentang Bling Buubies (Bling Boutique) dan Scriptory Box). Yang menariknya, yang tak pernah berbisnes pun teruja untuk buka kedai dan mula berniaga.

Terus terang saya katakan, ini bukan langkah pertama. Orang lain saya tak tahu, mungkin ada yang siap2 sewa kedai beribu2 bila baru nak belajar tentang bisnes. Kalau saya orang Kaya mungkin saya pun tak ragu2 nak terus sewa kedai, etc.

Bling Boutique dan Scriptory Box adalah hasil usahasama saya bersama sekutu saya, Kay (thesohomom.com). Beliau dah lama berbisnes malah dah resign dari kerjaya dan buat bisnes full time dari rumah.

Saya sendiri dah hampir 3 tahun terlibat dalam perniagaan Internet (yang orang susah nak faham kalau tak berapa tahu ttg online bisnes). Jadi basic bisnes tu dah lama kami semai sebelum mengambil keputusan seterusnya untuk menyewa kedai.

Sebelum itu, macam2 analysis kena buat, untung rugi, lokasi, strategi perniagaan semua. Benda ni bukan macam buka klinik, orang yang datang cari…. Tapi kita yang kena Cari pelanggan. Lagi2 kalau bisnes yang dah banyak nama2 besar di dalamnya… Cemana tu nak kasi orang kenal Mommy Lyna di samping Wardina. Hahaha.

Memang penat. Fizikal, otak…. Nak manage sendiri ni memang pening. Lagi2 bila melibatkan kos. Kalau online bisnes, lain… Tak payah commit ribu2 setiap bulan. Ini, sewa kedai konfem, bil utiliti konfem… Kalau takde duit masuk, then how?

Sebab tu bagi saya untuk first step belajar selok belok perniagaan, cari tempat yang paling low cost dulu. Cuba ler online bisnes ke apa ke, jangan terus nak sewa kedai!

Share Button

{ 16 comments… read them below or add one }