Amalan Semasa Mengandung Beri Kesan Pada Anak?

admin Avatar

Semasa hamil, Puan Y mengamalkan Surah Yassin, hasilnya anak keduanya samat patuh, mendengar kata, mudah diasuh, soleh…

Suami Puan S telah membunuh seekor monyet semasa Puan S sedang hamil anak ketiga. Lalu lahirlah anak ketiganya dalam keadaan seperti monyet, berkepala jendul dan berlagak monyet. Anak itu dikatakan terkena kenan monyet.

Puan X amat tidak suka pada jirannya yang berbangsa Afrika, terutama sewaktu beliau mengandung. Sering dikata jirannya itu sebagai ‘Si Hitam’. Akhirnya anaknya lahir berkulit gelap seperti Negro.

Puan M mengamalkan minuman soya semasa mengandung. Anaknya lahir sangat putih kulitnya, berbanding puan M dan suaminya yang agak gelap.

Sebagai surirumah, Puan Z seringkali menyiang ikan, memotong pokok bunga dan pelbagai kerja rumah. Anaknya lahir dengan keadaan sumbing bibirnya.

Biasa dengan benda2 semacam di atas?

Benarkah amalan ibu semasa mengandung menberikan kesan kepada anak? Lalu anak jadi begini begini. Terutama bab yang buruk2. Benarkah adanya kenan?

Kenan (kecacatan) dalam masyarakat Melayu dikenali juga sebagai badi, berkait rapat dengan perkara2 yang dilakukan semasa mengandung yang bersangkutan dengan objek lain, contohnya kenan monyet, kenan Ultraman (lawak la ni) dan sebagainya. Kerana itu masyarakat Melayu ada banyak pantang-larang semasa mengandung, supaya si bayi tidak terkena kenan atau kecacatan ni.

Contoh pantang larang yang menjadi amalan semasa mengandung bagi orang dulu-dulu (sekarang pun ada kot):

  • Tak boleh potong binatang nanti anak lahir tak cukup anggota (terpotong2 macam binatang tu?).
  • Tak boleh bunuh binatang nanti anak bakal meninggal macam keadaan binatang tu mati.
  • Tak boleh keluar rumah waktu senja/malam nanti kena usik hantu.
  • Jangan biarkan anak2 lain melangkah perut nanti bayi lahir tak cukup bulan.
  • Jangan mandi waktu malam nanti bersalin tumpah darah.
  • Jangan duduk di tangga nanti bersalin susah.
  • Jangan siang ikan nanti anak sumbing.
  • Jangan tanam pokok pisang nanti anak lahir berkepala besar.

Untuk suami pun ada juga.

  • Jangan sembelih binatang nanti anak lahir cacat.
  • Jangan pukul binatang nanti anak akan terkena kenan binatang tersebut.

Berhati-hati dengan amalan pantang larang ni. Kerana mempercayai dengan yakin bahwa sesuatu boleh mendatangkan mudarat, selain Allah boleh membawa kepada syirik.

Mungkin ada yang benar2 terjadi, namun saya percaya itu cuma kebetulan. Perlakuan2 di atas memang biasa kita buat hari2. Macam saya masak di rumah, semasa mengandung ke tak ke.. saya akan siang ikan, potong ayam segala… alhamdulillah Hafiy lahir sempurna, tapi bila Fahry lahir dengan sedikit kelebihan, adakah sebab2 saya potong potong tu? Tentunya tidak. Kalaula andainya Fahry juga lahir sempurna pasti tak ada perkaitan pun dengan aktiviti potong memotong, bukan?

Orang dulu-dulu pun, kebanyakan orang lelaki suka memburu binatang. Atau paling tak pun makan ayam sembelih sendiri… tiba2 dapat anak cacat, barula dikaitkan dengan adegan2 membunuh, memotong binatang segala. Make sense kan?

Mana mungkin anak2 yang lahir sempurna ni, mak2 dia tak penah masak masa mengandung kan?

Lainlah kalau perkara tu memang pelik untuk dibuat, contohnya kalau bapa mendaki Gunung Everest semasa isteri mengandung, anak akan jadi bentuk bersegi2 macam Gunung Everest. Tak ada kan? Semua benda2 pantang larang tu adalah benda2 yang biasa… jadi memang tak hairanlah kalau ia terjadi & orang dulu2 kaitkan la dengan potong binatang la, pukul binatang la… Mentang2 kalau anak tu lahir kurang anggota, so terus la dia relate dengan “Ni la akibat kau potong ayam masa mengandung dulu tengok anak kau kudung”, padahal dia yang kerja sebagai pemotong ayam di pasar tak ada problem pun.

Amalan membaca al-Quran dan surah tertentu menjadikan anak soleh, bijak dan sebagainya? Saya percaya ini adalah perkara long term. Bila ibu bapa mengambil berat soal penerapan nilai agama dari dalam kandungan, dah pasti dia akan teruskan bila anak dah lahir dan membesar. Tak mungkin ibu tu cuma mengaji masa mengandung je tapi bila anak dah lahir dia buat tak tau je kan? Haruslah didikan yang diberi pun yang terbaik.

Mendidik anak-anak memang satu proses yang bukan overnight. Ia bermula sejak kita memilih pasangan lagi. Kerana itu perkahwinan itu adalah atas dasar memilih, bukan main taram aje sesapa yang datang ajak kahwin.

Permulaan yang baik, insya-Allah akan mempunyai pengakhiran yang baik juga.

admin Avatar

24 responses to “Amalan Semasa Mengandung Beri Kesan Pada Anak?”

  1. ida.z Avatar

    Yeap, org tua2 mmg byk pantang larang time mengandung..tp tu lah kalo time peknen takleh nak bersiang ikan ayam segala, cemana nak masak plak kan…

    Lagi satu I suka tgk CSI..tak kira time lah..skali tu time peknen kena sound dgn nenek IL..”ish jgn tgk la mende2 camni”..agak bengang la jugak time tu..agaknya dia geli n takut kot tgk2 citer tu..hehehe

    Yg penting, kena byk berdoa pada Allah Taala..mintak semua kejadian sempurna, kan?
    .-= ida.z´s last blog ..Monday Blues is Bad, but This is Madness!! =-.

  2. littlemama Avatar

    me suka tgk cerita crime scene investigation (CSI), Bones etc – segala yg berkaitan dgn penyiasatan kes murder segala ni.. tapi masa pregnant hubby tak bagi langsung tengok..hu..hu

    tapi part masak potong2 ayam/ikan boleh je.. kalo tak, tak makan la dia ha..ha *me lagi suka kalau dia kata tak boleh sebab leh jadi queen rilek memanjang*
    .-= littlemama´s last blog ..Little Artist Loves Crayola =-.

  3. tifa Avatar

    I rasa pantang larang ni semuanya bertujuan untuk berkelakuan baik . Cuma cara penyampaiannya saja yang tak berapa sesuai. Semua perkara perlu dilakukan secara istiqamah sampailah bayi dilahirkan dan dibesarkan.:)
    .-= tifa´s last blog ..Susu banyak ok ….. =-.

  4. Azza Avatar

    i takde nak percaya 100% tapi kadang benda yang tak elok memang kite tak patut buat pun mcm membunuh binatang ker semua tu.

    i paling benci bile ade org cakap dgn i anak i begitu begini sebab terkenan i buat itu ini masa pregnant. itukan kuasa Allah. dia siapa nak menentukan..
    .-= Azza´s last blog ..anakku =-.

  5. Nadiah Sidek Avatar

    sy pun rs kebetulan aje semua tu. tp mmg betul la, kalau duk percaya sgt, silap2 kita dh syirik tnpa kita sedari
    .-= Nadiah Sidek´s last blog ..Syok berjalan! =-.

  6. iefa Avatar

    btul2…pantang larang ni for me takde kaitan pon ngan baby yg lahir…tk de kenan2 tuh…cume nyer mungkin biler kite mengutuk org giler2 tibe2 anak tuh kuar cam negro tuh…itu mungkin pengajaran Allah bg…kite sesame manusia jgn menghina sesame manusia…

    for other jgn ptong itu ini…sebenarnyer lebey dr nanti ibu tuh tercedera…bkn nyer aper…jgn kuar darah byk tekejut pengsan laa aper laa…1 hal kene tahan wad yer x…

    for me dlm pegnen ni kite lebey kan berdoa ngaji dan mendekat kan diri dgn Allah 😉
    .-= iefa´s last blog ..Mangsa atau Menjadikan diri sebagai mangsa =-.

  7. nadnye Avatar

    seeloknya buat benda baik tapi biasa la banyak pantang larang nie nak suruh kita menjaga tata susila kita dan buat benda baik… tapi takde la sampai nak siang ikan pun tak boleh… tu dah kira syirik percaya bukan2..apa2 pun kehendak ALLAH, dia yang Maha Mencipta
    .-= nadnye´s last blog ..MedaiStore Lucky Draw..STICKY MODE =-.

  8. yatie Avatar

    salam perkenalan….. i am a preggy mum.. 7 months. pantang larang tuh banyak yang karut marut takde kaitan.. semua tuh amalan hindu and most of the pantang adalah untuk nak mengelakkan dari berlaku kemalangan.yang penting kite jgn percaya nanti jatuh bab syirik plak sbb semua tuh dari allah.

    anw, nice entry tho

    1. is Avatar
      is

      hai,

      just nak correction cket… yg di atas tue bknnye s’mua diamalkan oleh hindu… and pantang larang tu semuanya bergantung pada siapa yang percaya shj…zaman nie mana ada dah…

  9. isabelle Avatar

    org2 kita byk percaya mcm tu. kalo kita ckp khurafat pun, nak deny lagi (esp. org tua).
    anw, benda2 yg extreme mcm pukul haiwan tu eloklah elakkan. secara environmental ethicsnya pun mmg salah. tapi kalo dah tahap percaya yg bukan2…siang ikan pun x boleh… abis tu, x kesian ke abg keje kat pasar yg tlg siangkan ikan utk kita tu? bini dia x mengandung?

    entahapahapa je org melayu yg mengaku islam tapi khurafat…
    .-= isabelle´s last blog ..Motherly instinct, anyone? =-.

  10. mie Avatar

    salam.
    jauhlah amalan yg menjurus ke arah syirik. sy masa pregnant ameen byk betul siput babi kat belakang rumah, geli yg amat. tak tau nak buat mcm mana.cari2 buku jumpa petua, siput babi akan mati jika letak garam. dgn lafaz bismillah+doa -sb siput babi ni makhluk yg merosakkan – saya letak garam. alhamdulillah tak pape pun jd pada sy +ameen.

    sepanjang berada di Sabah ni,masih byk benda2 pantang ibu mengandung yg diberitahu pada saya.
    ibu mengandung kene bawa benda tajam dlm beg lah,kene bw limau nipislah, bahkan ada isteri disuruh menggantung paku di perut,sb nak lindungi anak dr gangguan.

    kita ada akal+ilmu. nilailah dgn panduan yg Allah bg.

  11. Mar Avatar

    Saya baca buku ” Penjagaan bayi dan ibu dalam pantang, Dr Amran Kasimin” – Kenan boleh dielakkan sekiranya ibu yang mengandung itu sentiasa ingat bahawa dirinya mengandung ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Mungkin boleh banyakkan istighfar jika ibu mengandung terkejut melihat sesuatu dan berdoa agar Allah selamatkan bayi dalam kandungan. Amalan mengaji, mendengar bacaan quran dan apa sahaja yang baik akan beri kesan yang baik pada bayi (untuk jangka masa panjang) dan begitu juga sebaliknya.
    .-= Mar´s last blog ..Dila – aku ada no hp du’a je. tak tahu la dia ada … =-.

  12. denaihati Avatar

    Wife suka sangat baca Al-Quran masa pregnant anak kedua hasilnya umur 7 tahun anak dah Qatam Al-Quran. Anak ke 4 wife suka makan Pizza la ni anak hari-hari minta Pizza ..tukang beli pun naik jemu tapi sabooo jee.
    .-= denaihati´s last blog ..Aku kena Santau =-.

  13. Mommy Lyna Avatar
    Mommy Lyna

    thanks for all the comments. perkongsian dari anda banyak bagi info pada saya & pembaca lain juga 🙂

  14. laila Avatar

    ms sy pregnant dulu.. MIL selalu pesan setiap kali lakukan ape2 mesti kena ingat yg kita tgh mengandung… jgn semberonoooo ajerk… yg saya faham dr pesanan tu.. kene sentiasa doa2 utk anak dan ingat Tuhan…
    ouhh.. ada satu lagi pantang larang yg saya dengar, kalau nak jalan jauh dengan baby kecik, kena bawak uncang berisi lada kering, bawang dll… katanya nk elakkan gangguan…
    sy pelik jugak.. kenapa tak bawak quran je letak dekat baby kan? kawan sy ni org jawa, katanya mak dia yg ajar…huhuhu
    .-= laila´s last blog ..Malam yang penuh rasa bersalah =-.

    1. norkamarulzaman Avatar
      norkamarulzaman

      cube minta kwn tu bagi penerangan jelas tentang cili kering tu leh

  15. Hanz Avatar

    hemm..seingat me, my MIL & hubby & my mom x kasi tengok gambar2 x elok2 masa preggie, so kira crita hantu, crita CSIs & seangkatannya kena ban. Tapi me curi2 tengok jugak CSI.Itu jelah..

    Bab2 pemakanan memang jaga..coz saintifik research pun dah mengiyakannyer..takkan nak disangkal pengaruhnya kan, kita usaha, ketentuan tu tetap pada Yang Esa..amalan lain baca2 ayat & play classical music tu plus ajar maths memang buat..I make myself constantly challenge mentally…
    .-= Hanz´s last blog ..Today is my BIRTHDAY =-.

  16. Iza Avatar
    Iza

    Salam..
    Kadang2 risau jgk bab2 pantang larang ni..saya sedang hamil 5 bln lbh dlm tempoh tu dah dua tiga ekor cicak sy bunuh..time2 pregnant ni byk je cicak kt umah hubby pulak geli dgn cicak asal nampak cicak.. panggil kita disuruh bunuh, kita nk halau je dia kata alang2 bunuh je..so buat je lah sambil tawakal jangan2 ada apa2 berlaku pada baby..bila mak tahu marah sakan mak..aduh mcm mana ni risau gak..

    1. diLA Avatar
      diLA

      Bunuh cicak takpe.. Kalo buat ari jumaat dah dapat pahala sunnah dah

  17. MIZA Avatar
    MIZA

    saya mengandung 19 minggu, saya teringin nak makan nenas.Apakah kesan jika saya memakan nenas ketika usia kandungan 19 minggu

  18. Mira Avatar
    Mira

    terima kasih kepada semua yang reply post n berkongsi semua ni.. saya sendiri ngah mengandung anak pertama… banyak cari dllm net… biasalah 1st byk benda nak kena tau… hehehe

  19. icha Avatar
    icha

    sis, nk tny… sy br 3-4 ni di sahkan mengandung…sulung plak. pastu adala seekor ulat gonggok masuk rumah, sy dahla geli… niat sy nk tolak dia keluar je…. sy pakai la kasut nk tolak slow2…skali termati! adoi…riso je sy sejak tu… sy pun amik ulat tu letak atas tanah dlm pasu….dah tu lepas dia mati br teringat sy ni mengandung! iyela, baru 3-4 ari d sahkan… kalu terbunuh x sengaja, xpeke…?

  20. Juliana Avatar

    I bow down humbly in the presence of such grensaets.

  21. […] Amalan Semasa Mengandung Beri Kesan Pada Anak? […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge