,

Aktiviti Keluarga Semasa Travel : Skyline Luge

admin Avatar

Kalau anda mahu mencari aktiviti yg menyeronokkan utk seisi keluarga bila berkunjung ke Singapura, New Zealand, Busan & Kanada, cuba lah permainan luge ni.

Luge adalah tobbogan beroda tiga yg tak menggunakan motor atau mesin, hanya dengan tarikan graviti saja dan handle-nya sebagai pengawal arah dan brek.


Lokasi terdekat dengan kita untuk mencuba permainan ini adalah di Pulau Sentosa, Singapura. Sentosa Luge ni paling sesuai untuk mencuba kerana jaraknya tak jauh, trek paling panjang dalam 680 meter saja.

Yang dalam gambar ni track di Queenstown, yang paling cantik bagi saya setakat ni. Kalau track Rotorua sangat panjang (almost 2km) dan lalu hutan pula tu. Sampai Hafiy stop & nangis. Stress tak sampai-sampai.

Untuk menaiki luge ni, kena lah beli tiket dulu. Boleh beli online di website mereka https://www.skylineluge.com, beli melalui ejen atau terus beli di kaunter…. mana-mana yang convenience for us la kan.

Untuk luge centre yg terletak di atas bukit, kita kena naik gondola (cable car) dulu, kemudian naik chairlift dan turun dengan luge. Di Pulau sentosa tak perlu naik gondola, terus naik luge dan kembali ke stesen dengan chairlift.


Charlift di Sentosa tidaklah menggayatkan sangat, rendah je. Tapi kalau di tempat lain agak geli tapak kaki juga kalau kita jenis gayat. Tapi jangan takut… the view is rather rewarding.

Luge boleh dinaiki berseorangan atau tandem kalau kita dengan anak kecil di bawah usia 6 tahun atau tinggi di bawah 110cm. Wanita hamil tidak boleh menaiki luge.

Luge dah jadi aktiviti wajib kami kalau ke tempat-tempat yang ada benda ni. Sekarang tunggu yang di Busan tu siap, more reasons to go to Busan over and over again 😂


– Posted using BlogPress from my iPhone

admin Avatar

3 responses to “Aktiviti Keluarga Semasa Travel : Skyline Luge”

  1. Qimie Avatar

    Ini extreme sport banyak beri cabaran. Bukan semua orang pun berani untuk main macam ni.

    1. admin Avatar

      Sebenarnya takde lah ekstrem sgt luge ni. Budak2 pun boleh ride.

  2. Alisia Avatar

    Aktiviti ini nampak banyak adventurous. Bukan semua kanak-kanak pun berani nak main I ingat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge