Hafiy adalah dahagakan kraf LOL.
Semalam beliau telah membukak pek cloth peg (penyepit baju) yang baru saya beli. Jadi saya ajar dia bagaimana nak kepitkan penyepit ni. OK nampaknya lepas ni ada pembantu untuk mengepit kain di penyidai (eh, saya sebenarnya tak perlu jemur2 kain dah!).
Hari ni beliau bising-bising supaya buat sesuatu dengan cloth pegs itu.
Lalu, berbekalkan sedikit kretiviti yang ada, kami telah membuat ini sementara menunggu Abiy balik dari masjid:
Bahan-bahannya cuma kertas keras, penyepit baju, gunting, marker pen dan pensil.
Lakarkan gambar binatang yang hendak dibuat. Lepas tu gunting dan lukiskan dengan marker pen.
C.A.T Cat
Elephant
SAya ni pandai melukis sebenarnya (ferahsannn!) tapi disebabkan dua budak tak sabar2 nak main cat & elephant, jadila mereka sekadar ada rupa. OK la tu, bukan masuk pertandingan melukis pun 😀
Seronok sekali membuat aktiviti sebegini bersama anak-anak. Mulanya saya ingat bila dah cukup semua art supplies barulah nak mula craft activities segala. Tapi sebab dah kreatif, apa aje pun bole jadi (boleh blah!).
** jom gi Parentkid Craft Day di Sarakids.
Leave a Reply