Bagi peniaga, pelanggan adalah punca utama kewujudan perniagaannya. Tanpa pelanggan siapalah peniaga. Tak jadi peniagalah gamaknya, mungkin exhibitor pula.
Pelanggan dan peniaga sememangnya mempunyai hubungan yang unik. Kenapa anda suka beli di kedai A? Kenapa tak beli di kedai Z? Kenapa suka makan di restoran E?
Bagi mereka yang baru-baru menjinakkan diri dalam bidang ini pasti akan mengalami sedikit kerumitan untuk menarik pelanggan. Malah adakalanya pelanggan yang pernah membeli/mendapatkan khidmat akhirnya beralih arah kepada peniaga lain. Bagaimana untuk menghadapi benda semacam ini?
Sesiapa yang pernah mengikuti halaqah/usroh semasa di sekolah/universiti pasti biasa dengan term-term seperti taaruf, tafahum, takaful, Ini adalah sebenarnya asas kepada networking, bukan semata-mata untuk gunapakai dalam kumpulan usroh tersebut saja. Bagaimana kita nak gunakan aplikasi halaqah ini dalam perniagaan?
1. Taaruf
Taaruf bermaksud kenal-mengenali. Sebagai peniaga mesti kenal dengan pelanggan kita. Bukan kena kenal dia anak siapa, apa hobi dia, suka makan apa… tak payah itu, tapi kalau tahu bagus juga. Kenal di sini maknanya tahu siapa pelanggan kita dan apa masalahnya. Jadi kita boleh tolong selesaikan masalah pelanggan tu.
Misalnya ada seseorang datang ke kedai kita. Dia tak cakap apa, kita pun tak cakap apa. Last-last keluar macam tu saja. Jadi di sini kita kena bertindak untuk ‘kenal’ dengan setiap prospek, agar kita tahu apa yang dia perlukan, dan kita dapat bantu dia. Misalnya orang yang masuk tadi tu tak cakap apa, kita lah tanya “Selamat datang cik, kat sini kami ada sediakan blablabla.. apa yang boleh saya bantu cik?”.
2. Tafahum
Maksudnya memahami. Bila kita dah berkenalan, kita dah tahu apa masalahnyna, senanglah kita nak faham dan bantu. Misalnya orang tadi bagitahu “Saya ni susu kurang, saya nak cari apa-apa yang boleh bantu banyakkan susu badan saya”. OK kita dah dapat masalah dia = susu kurang. Tapi untuk lebih memahami, kita kena lebih banyak berbual dan bertanya. Macamana boleh kurang? Adakah dia benar2 faham tentang konsep penyusuan? Bayi dah berapa bulan, dan sebagainya. Komunikasi dua hala akan membantu kita untuk memahami pelanggan kita.
3. Takaful
Takaful bermaksud saling membantu. Inilah ultimate goal selepas melalui tahap (1) dan (2). Kita bantu dia untuk selesaikan masalahnya, dan dia bantu kita untuk close sale pada hari itu. Semudah 1,2,3, kan. Bila kita kenal dan faham dia, kita dapat beri apa yang dia nak, dia pun seronok. Saya cukup tak suka dengan peniaga terutama ejen2 berkaitan dengan kewangan yang konon”nak bantu selesaikan masalah kewangan anda” sedangkan dia tak tahu pun apa masalah saya. Macam kita nak ajar sorang penjual kuih nak buat kuih, nak ke dia? Jadi sangat penting untuk kenal dan faham prospek kita sebelum beri “penyelesaian” la kononnya.
Sebelum itu, sebagai peniaga kita sebenarnya adalah jurucakap terhadap bisnes kita. Jadi syarat2 untuk menjadi jurucakap yang baik, agar kita dapat melepasi ketiga2 fasa di atas terdiri dari:
1. Cekap dan berpengetahuan
Kecekapan, kredibiliti adalah syarat utama untuk menarik kepercayaan pelanggan. Mana taknya, cuba kalau kita nak beli barang, bila tanya kepada penjualnya “Apa kebaikan produk ni?”, tapi jawabnya “Err… apa ya… hmmm… mungkin… ataupun…. ermm….”. Macamana? Ada rasa nak beli? Tak salah kalau kita belum mahir. Semua orang pun bermula dengan ‘tak mahir’. Tapi mesti bijak berkomunikasi agar pelanggan yakin. Walaupun tak tahu kita mungkin boleh cakap “Saya akan confirmkan, nanti saya akan hubungi encik semula”.
2. Tulus
Kalau barang tu mudah pecah, janganlah cakap tahan lasak. Kalau barang tu mudah cair, janganlah cakap tahan panas. Kalau satu set patut ada 20, janganlah tinggal 19 bila sampai kepada pelanggan. Mesti jaga amanah. Barulah bisnes berkat.
3. Penuhi personaliti
Bila berkomunikasi dengan pelanggan, gunakan bahasa atau cara yang mudah difahami. Kalau yang datang tu orang kampung, cakap gaya orang kampung, kalau yang datang tu orang bandar, cakap gaya orang bandar. Kalau yang datang tu orang Putih, cakaplah Inggeris.
4. Bersungguh-sungguh
Bila pelanggan datang, layanlah betul-betul. Kadang-kadang pelanggan boleh terpesona dengan layanan peniaga, nak beli satu benda jadi ‘terbeli’ 20 barang lagi. Kan best tu.
5. Law of Attraction
Saya sangat suka dengan satu quote ni “Be interesting to be interested”. Jadilah seseorang yang menarik supaya ramai yang tertarik. Tak perlu nak jadi seorang yang seksi ke.. komunikasi yang menarik, akhlak yang menarik, boleh menarik orang lain, terutama pelanggan. Bukan itu saaja, ia juga berkaitan dengan amalan rohani. Untuk dapatkan sesuatu yang baik dan bagus, lakukan amalan2 yang baik dan bagus juga.
Akhir kata, sebolehnya cuba wujudkan ‘husnu-dzon’ iaitu bersangka baik dengan pelanggan. Walaupun beliau banyak songeh, sekiranya kita ikhlas melayan, siapa tahu beliau akan jadi customer tetap yang bakal recommend produk kita kepada saudara mara dan kawan-kawannya kan 😉
Leave a Reply