Tajuk memang tak hengat!
Saya pernah ditanya (banyak kali) oleh orang-orang yang berbeza. OK, bukan ditanya lah, tapi di’tafsir’. Katanya saya orang yang tak ada masalah. Semua benda dalam hidup saya SMOOTH sahaja. Saya cuma mengiyakan ajelah, biarlah mereka terus menganggapnya begitu, semoga perjalanan hidup saya benar2 smooth 🙂 ameen.
Saya ni orang biaasa je.. orang kampung… biasalah orang kampung ni ada sifat2 pemalu, reserve, pendiam.. oh itu memang saya. Saya masa kecil jarang atau tak pernah berkomunikasi dengan makcik-makcik saya. Saya pernah tak ada cita-cita. Saya pernah juga dapat nombor belakang dalam kelas. Masa kecil dulu saya fikir saya akan end up seperti biasa saja.. macam mak ayah saya… pegi keje balik keje, jaga family, tua2 pencen… Tak pernah saya teragak saya nak kenal ramai orang, kenal orang2 yang hebat. Apa lagi duk kat depan PC di waktu2 macam ni dalam keadaan mengantuk.
Bukanlah luar biasa pun benda yang saya buat, belambak lagi orang lain buat. Tapi dalam kehidupan keluarga saya, mungkin belum pernah ada lagi orang gila macam saya.
Kadang2 saya rasa penat… penat sangat sebenarnya. Kadang rasa macam nak berhenti saje. Berhenti je tulis blog (ops tak boleh lagi sebab contest iPad belum tamat, LOL). Berhenti je buat side income (ops tak boleh, hutang piutang sape nak bayooo). Berhenti je kerja (satu benda yang paling best tentang berhenti kerja ialah tak payah bangun pagi2 untuk terperangkap dalam jem, HoHo). Tapi sampai hari ni saaat ni saya masih tersengguk-sengguk lagi, mana ada berhenti.
Motivasi saya, salah satunya ialah buku ini:
Buku ni saya baca 6 tahun yang lepas, selepas saya menamatkan pengajian di universiti. Saya pun dah tak ingat saya beli sendiri ke boyfriend saya ada orang yang kasik. Tapi, buku ini yang telah merubah perspektif saya terhadap kejayaan. Walaupun pada masa tu saya masih blur lagi. Maklumlah saya masa belajar bukan seorang nerd atau kaki study. Malas. Saya ingat saya boleh jadi seorang kerani ke apa2 yang buat kerja rutin (ehhh bukan itu memang keje ko ke?). Maklumle saya ni takde benda ponnn nak dimulakan!!!
Tapi Atuk Sam ni telah memberitahu bahawa kita semua boleh mula dari scratch. Ye, memang semua orang pun tahu tentang start from scratch, tapi sebelum tu tak amik tahu pun. Maklumlah… remaja… Walau macamanapun saya agak ‘puas hati’ dengan zaman remaja saya yang sungguh ‘banyak pengalaman’ itu (jaga hati sendiri).
Tadi saya ada kata yang saya ni orang kampung… reserve, pemalu, pediam semua… di sebalik semua tu, sebenarnya dari Darjah Dua saya dilantik jadi penolong ketua kelas, ketua kelas, pengawas, headgirl, ketua persatuan, student council dan sebagainya… saya memang pelik dengan diri sendiri, kenapa di sebalik sifat2 itu nak jugak cikgu pilih saya, sedangkan ramai lagi budak lain yang petah berkata-kata. Saya pernah down berminggu memikirkan hal itu. Tapi saya bukannya reti nakgi jumpa cikgu dan bagitau “Cikgu saya taknak la jawatan ni”.
Tertanya itu semua portfolio yang hebat untuk saya. Semasa di Tahun 2, saya ada berborak dengan seorang senior, saya masih ingat kata2 beliau “Ada orang belajar cara senang, ada belajar cara susah”. Jadi saya anggap semua benda yang berlaku di atas itu adalah training untuk saya. Bayangkan le masa darjah satu, saya nak bercakap dengan cikgu pun saya malu, dengan member sebelah pun malu beb. Tapi bila dah jadi ketua kelas, nak taknak saya la yang kena jerit “Semua bangun!”. Saya jugakla kena pegi bilik guru cari cikgu kalau dah 10 minit tak masuk2. Terketar2 masa first time ketuk pintu bilik guru.
Ha, ada lagi… cikgu saya suka betul suruh saya masuk pertandingan bercerita, pidato, nasyid lah, padahalnya saya terketar2 aje setiap kali naik stage.
Tapi bila tengok apa Sam Walton kata:
I learned early on that one of the secrets to leadership was the simplest thing of all: speak to people coming down the sidewalk before they speak to you.
Saya? Nak buat macam tu? Kirim salam. Allah plan is the best. Public speaking itulah yang telah menjadi training ground kepada saya. Walaupun bukanlah tahap toast master tapi sekurang-kurangnya saya takdela terkencing2 kalau suruh cakap di depan orang hari ni.
Semua benda yang berlaku di belakang tu adalah landasan untuk kita berdiri hari ni. Barang yang lepas jangan dikenang. Walaupun sejarah hidup tak berapa nak bagus (takdelah 100% tiptop asyik berjaya je) tapi ingat, rama-rama tu kan asalnya dari ulat bulu.
Saya tak tahu la kenapa 2-3 menjak ni saya suka benor flashback. Post-natal depression? LOL.
Bagus baca buku biografi ni. Lagi bagus kalau baca memoir, sebab benda yang ditulis oleh empunya badan sendiri lain ‘rasanya’ dari yang ditulis pihak ketiga. Saya tak adalah banyak sangat baca biografi tokoh2 ni.. beberapa ajelah. Tapi dalam banyak2 biografi mat saleh yang saya baca, buku Sam Walton : Made in America ni paling menarik. Mungkin sebab ceritanya tak terlalu teknikal, lebih banyak menjurus kepada kehidupan Atuk Sam sendiri jadi lebih dekat di hati gitu.
Biografi tentang pengasas akan memberi inspirasi dan motivasi dalam meneruskan apa yang kita sedang usahakan. Sebab mereka adalah pemula, mereka start dari tak ada apa-apa. Macam saya hari ni. Apa pun tak ada, cuma ada secebis cita-cita. Mungkin satu hari nanti saya boleh tulis memoir atau ada seorang penulis terkenal nak tulis biografi saya 😀
So, korang suka baca buku tentang siapa? Moh le share kot belum baca lagi boleh saya pegi cari.
Leave a Reply