Verse 1
(P) Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi..
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..
Chorus_1:
(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera,
(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
(L) Tapi Kanda mahu cahaya mata,
(P) Dinda belum bersedia,
(L) Kanda dah beria ria,
(P) Jadi yg mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,
Verse _2:
(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,
Chorus_2
(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,
(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,
(L) Ini semua demi masa depan keluarga,
(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?
(L) Kanda kerja malam,
(P) Dinda kerja siang,
(L) Jadi bila nak bertemu?
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,
Bridge:
(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?
Verse-3
(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!
Chorus_3
(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
(L) Kanda polar kutub Utara,
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,
coda*
(L) Walau kita sering dgn cara masing2,
(P)Kanda yg Perdana,
(L) Dinda yg Utama,
(P)Kanda sgalaNya..
(L) Dindalah Nyawa,
(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya
Sesiapa yang mengikuti episod 8 bulan, slot tajaan HSBC di TV3 pasti biasa kan dengan lagu ni. Lagu nyanyian Atilia dan Monologue ni memang santai dan… sabor ajelah aku, hahahaha. Rasanya kalau budak2 AF bawak lagu macam ni sah2 8 minggu kena fire dengan Afdlin Shauki Adlin Aman Ramlie.
Lagu Kanda Dinda ni bila tengok pada lirik dia, banyak mencerminkan kehidupan suami isteri zaman moden sekarang ni. Berkisar soal kerjaya dan keluarga. Ye lah sekarang ni kebanyakan wanita mempunyai kerjaya sendiri, sama ada di rumah atau di luar rumah. Tapi apa pun ia tetap memerlukan komitmen, terutama yang kerja di luar lah.
Sekarang zaman dah tak kenal jantina (kalau kita jantina kata diskriminasi pulak…). Perempuan pun ramai kerja jurutera, masuk keluar hutan. Ramai yang jadi tentera, ramai yang jadi juruterbang, malah sekarang ni tak boleh nak kata ‘dunia lelaki’ atau ‘dunia wanita’ coz kat mana2 pun ada je orang perempuan.
Kerjaya sekarang pula very demanding dan competitive. Kalau yang stail nak kerja rileks2, hujung bulan masuk, memang sampai 6-7 tahun lagi pun macma tu lah. Kalau yang nak maju, nak naik cepat, progresif, mesti kena agresif. Tak boleh tunggu kerja datang, kena cari kerja dan komited untuk memberikan added value pada kerja.
Tak hairan kalau zaman sekarang ni anak 4 dah kira ramai. Ramai yang cukup dengan sepasang je. Bukan kerana apa, tapi ramai wanita kahwin dah dekat2 umur 30 tahun, atau lebih. Lepas tu kalau mengandung melebihi umur 35 tahun, dah kena sound dengan misi, berisiko katanya… Jadi dalam masa 5 tahun berapa orang sangatlah boleh nak diproses… Nak breastfeed lagi 2 tahun, mengandung pulak bukan sehari dua, sembilan bulan…
Itu belum kira yang berkarier lagi.
Saya dan suami berkahwin semasa masing2 berumur 24 tahun, selepas setahun bekerja. Rasanya OK lah, tak terlalu muda dan tak terlalu tua. Hehe. Dah ada pengalaman bekerja dan hidup sendiri selama setahun. Bukan kata cara kami bagus tapi for people like us it meets the purpose lah.
Kerjaya saya, alhamdulillah tidaklah memerlukan komitmen untuk berada di pejabat sampai malam, atau out station berbulan2. Walaupun berada di pejabat sampai ke Subuh juga, tapi ianya home-based 🙂 family ada depan mata.
Suami isteri, kata kuncinya komunikasi, dan bukan sekadar toleransi sebaliknya sinergi. Toleransi maksudnya salah satu atau kedua2 pihak kena mengalah sikit untuk kepentingan salah seorang darinya. Tapi sinergi ialah dengan menggunakan kekuatan dari kedua2 pihak untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik atau added value.
Kami sering berborak, bercakap, tentang apa saja topik. Mengumpat pun boleh. Erk, ini keji. Dont do this at home.
Oh tapi lagu ni memang kelakar (tiba2 tukar topik). Tergelak2 saya mendengarnya. Rasanya lagu berkisar hidup suami isteri sangat sangatlah jarang kalau nak didengar. Biasa yang dendangkan lagu tentang suami isteri ni kalau tak Raihan, Hijjaz. Kalau tak Hijjaz, Rabbani. Band budak2 memang takkan nyanyi kot sebab diorang pun tak kahwin lagi 🙂
Tapi bila ada lagu2 untuk suami isteri ni memang bagus sangatlah. Tak adalah jiwang karat tak ingat, tapi banyak pesanan2 di dalamnya. Oh jadinya kalau lagu2 untuk orang belum nikah ni memang jiwang karat habis sampai karat pun boleh cair… kalau suami isteri lagu2 ala2 nak bertekak je hehe.
Leave a Reply