Bila sebut tentang fitnah kita dah terbayangla perkara2 tak betul yang diperkatakan orang sana sini. Dalam penulisan blog peribadi, perkara fitnah ni tak dapat dielakkan. Kenapa?
1. Reader tak kenal kita (kecuali kawan2 dan family).
2. So diorang cuma buat judgement dari apa yang diorang tengok/baca.
3. Manusia memang suka cari kesalahan dan kekurangan orang lain.
Bila saya tulis tentang lukisan dinding anak saya, ramai yang menghentam seolah2 saya menggalakkan vandalism, tak tahu didik anak, ajar anak rosakkan barang, mak yang tak baik dan sebagainya. Walaupun ada sebab di sebaliknya yang saya tak ceritakan, tapi orang mana ada masa nak korek semua tu. So apa jua alasan saya tetap mak yang buruk perangai kerana tak boleh nak ajar anak conteng di kertas.
Satu lagi semasa laptop saya disiram air. Tak pasal2 anak saya dipandang sebagai budak nakal yang suka rosakkan barang. Dan saya mestilah mak yang teruk giler sebab okay je dengan perbuatan anak saya tu.
Ahaks. Saya bukan kisah pandangan orang tapi itulah hakikat bila kita membuka cerita keluarga, kita nak catat perkara yang kita anggap lucu, ringan, tapi pihak lain memandangnya sebagai teruk sangat walaupun kita takde pun susahkan hidup sesiapa.
Ramai kawan saya berenti tulis blog atas sebab tak sanggup nak hadapi fitnah orang, lagi2 bila melibatkan suami dan anak2.
Kalau telinga tebal tu takpe, orang cakap ape buat dunno je, tapi kalau tak cukup tebal berlapik2lah bila tulis blog, atau nanti tak tahan dicop macam2.
Kalau boleh tak perlu ceria keletah anak2 yang notty2, kang tak pasal2 anak soleh kita disebut2 pula sebagai noty.
Tapi kot blog macam blog saya yg picisan ni takpe kot. Hehe.
Leave a Reply