Saya sedang membaca news feed di Facebook bila status Sis E-Car menulis tentang kematian penyanyi Achik Spin dalam sebuah kemalangan jalanraya di Highway Plus Lekas dekat Nilai, Negeri Sembilan semasa pulang dari rakaman Hits 1 di RTM. Pengumuman dibuat oleh Buletin Utama tadi.
Saya tak sempat bukak TV sebab busy dgn chores Dan anak2.
Mengikut sumber, Allahyarham Achik tumpang kawan dia, tiba2 kereta Estima tu terbabas Dan langgar signboard. Kereta terbakar… Arwah tersepit kat dalam dikeluarkan orang ramai. Tapi kawan arwah sempat keluar.
Teringat saya email gambar kemalangan sorang ibu mengandung yang bawa Wira yang dipenyek trailer (ke Lori?). Kuasa Allah ibu tu langsung tak ada cedera berdarah2 walaupun ketetanya penyek dan kalau tengok rupa ketetanya, memang tak patut hidup. Tapi kuasa Allah.. Saya masih kagum dgn kejadian tu.
Bila dah sampai ajal, takde tunda sesaat pun. Jatuh basikal pun boleh meninggal. Semuanya sebab musabab je.
Al Fatihah buat arwah Achik Dan takziah kepada isteri Dan anak2 beliau.
Dah bersediakah kita untuk mati?
*TQ Byzura for the correct info.





{ 12 comments… read them below or add one }
innalillah.
takziah buat keluarga arwah.
.-= itisrajah´s last blog ..first of all and last for this one. =-.
al-fatihah
belum. hmmph tak tau la bila nak bersedianya.
.-= knv´s last blog ..7 months =-.
salam takziah untuk keluarga arwah
al-fatihah
tahziah… terkejut juga dengar berita ni sebab seharian ada course…
.-= Wan Anie´s last blog ..Aiesyah Tercekik Gula-Gula =-.
hr ni buka blog lain pun ada tulis pasal kemalanngan Achik Spin ni. AL-Fatihah utk Allahyarham.
.-= temp. housewife´s last blog ..Malu (BM entry) =-.
Hi Mommy Lyna, ade pembetulan pasal accident tuh. Its happen kat Highway LEKAS bukan PLUS and Arwah sempat diselamatkan keluar dari kereta oleh org ramai. Arwah punye wife, Tasya is my fren. Sy sempat lawat jenazah sebelum dikebumikan hari ni
Tq By for the correction. I dh agak highway LEKAS cos byk accident kat situ compared to PLUS tp tak sempat update from any reliable sources
Kat LEKAS tu angin lintangnya kuat. saya rasa itu la kot punca diorang boleh eksiden. pastu tak banyak kereta, memasing bawak laju gila.
my husband pernah terserempak dengan pajero yang dah selamat langgar lembu kat lekas tu. pajero tak apa-apa, tapi lembu mati. huhu. macamana la lembu boleh melintas pulak kat highway ek?
salam..
highway lekas tu mmg LEKAS betul smpai ke semban, utk kita mmg suka lah sbbnya 30min je sampai dah umah mak.
tp cuma berani ikut situ time siang saja.kalau malam rela ikut PLUS highway.
sebbnya highway lekas tu gelap gulita and kiri kanan kebun org, ternakan org pun mmg byk kat kiri kanan highway tu.
bahaya.
.-= nannoor´s last blog ..Sunhat from Okinokiyo.com =-.
takziah…ajal maut tak dpt dijangka kan….saya juga tgk xcdent trailer dgn ibu ngandung tu….subhanallah
Al- Fatihah.. saya pon terkejut maser dengar berita nie kat Buletin Utama… artis yg meninggal sekarang nie muda².. dulu Yani Mentor.. hmmm… apa² pon mmg betul.. tu sumer sekadar Asbab kematian.. bila dah sampai maser.. yg dijanjikan tetap tiba.. tidak dapat ditunda atau dicepatkan walau sesaat… ~
.-= aiDiena´s last blog ..Salam JumPer KembaLi… =-.