9 Bulan Yang Indah

By | December 15, 2011

9 bulan yang indah saya jalani sebagai ibu beranak 3. Bermakna 9 bulan sudah saya menyusukan Danny. Membesarkan Danny tak banyak sangat cabarannya, maklumlah dia tak banyak nangis, senyum je banyak. Cuma sejak mengalami separation anxiety ni (biasa budak start 7 bulan akan mengalaminya) dia jadi cranky sikit.. nak dengan Mami saja.
danny mysuperkids

Dalam hal penyusuan, alhamdulillah. So far so good. Danny paling senang nak sesuaikan dengan botol susu. Botol kaca pun OK, botol plastik (BPA free ya) pun OK. Takde macam Hafiy dulu sampai ke segala jenis mak nenek botol dicuba.

Mungkin sebab anak dah 3, jadi saya relaks sikitlah. Stok susu tak banyak pun, relaks. 😀 Belum outstation lagi, takde la rasa desperate sangat uhuhuhu.

Dalam usia 9 bulan ni, Danny tengah nak belajar berjalan. Meniti-niti dan kadang2 cuba lepas tangan. Mungkin teruja tengok abang-abang yang asyik melompat saja kerjanya. Tempat paling dia suka, ‘meja kerja’ abang-abang dan set Hot Wheel.

superkids
Makanan kesukaan Danny ialah zucchini dan beetroot. Kalau Mommy buat milet campur sos zucchini, sekejap je habis semangkuk. Danny kat rumah tak makan bubur nasi, cuma di taska je. Kat rumah Mommy ‘express’, makan millet sebagai ganti bubur nasi. Cepat dimasak, sedap dimakan 🙂
beetroot

Aduh, sekejapnya masa berlalu. Danny dah pun pandai bergurau2 dengan Mami. Cuma masih menanti first word.. mana first word? Hehehe.

Category: Danny

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

2 thoughts on “9 Bulan Yang Indah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge