8 Fakta Rawak Tentang Hafiy

admin Avatar

Mami ni nak menjawab tag Auntie Nora. dah berkurun ni hehe. cerita pasal Hafiy la.

1. Hafiy kuar genap seminggu before edd, tepat jam 12.01am.
mami amik masa lama jugak nak terima hakikat ni pasal Mami nak Hafiy lahir 13hb. huhu. takpela, yg penting Hafiy sihat, bijak lagi hensem 🙂

download basic instinct 2 free hunchback the dvd


tak clear la….

sebab tu org cakap Hafiy suka berjaga malam, tido siang. hmm.. kadang2 la… tp bab2 tido ni Mami rasa Hafiy terbawak2 lagi perangai masa dalam perut Mami. ada sehari Hafiy tido 90% je, ada sehari Hafiy bangun 90%. (malam td Hafiy bgn dr kol 12 sampai dkt kol 5 baru tido). bawak2 la tido time malam nak oii…

2. Hafiy dah berak dalam perut Mami sebelum Hafiy keluar.
masa ketuban Mami pecah atas katil kat labor room tu, misi cakap air kaler kuning2 sket, light meconium, maknanya Hafiy dah berak dah. meconium tu taik Hafiy yg dah ada masa dalam perut Mami lagi. masa tu tau, Mami rasa kalo la Dr cakap nak c-sec, Mami nak setuju je.. tak tahan sakit!

kalo baby berak dalam perut ni, high risk kot2 baby tertelan taik sendiri. bole menyebabkan kerosakan otak. uuuuu~ pakcik Hafiy, Adam Danish tu pun dlu berak dalam perut, terus Mama dia kena emegency c-sec takut Adam termakan taik sendiri. alhamdulillah, dah besar pun mamat tu skg. alhamdulillah, Mami bole deliver Hafiy normally.

3. Tok Chik, Mak Tok & Nye bersama Mami dalam labor room.

Abiy takde, so Tok Chik ngan Mak Tok temankan Mami. Nye pun ada tp dia duk kat kerusi jauh sket dari katil. Tok Chik & Mak Tok yg pegang tgn Mami, kasik Mami gentle massage & tenangkan Mami masa tu. Mami dah tak piki dah Abiy takde ke apa ke, duk ingat sakit sangat, nak kasik Hafiy kuar je cepat2. soklan yg salu Mami tanye “lambat lagi ke ni?” huhuhu.

time Mami duk merungut2 sakit tu, Tok Chik la duk pesan2 kat Mami sabar la.. igt Allah, mengucap pe sumer. mulut Mami tak henti2 mengucap, baca doa Nabi Yunus, tahlil tahmid tasbih semua ada la.

4. Doktor sambut Hafiy dengan azan & suck Hafiy atas dada Mami.
bila kepala Hafiy kuar je, Dr. Awang terus azankan Hafiy. alhamdulillah, kalimah pertama anak Mami dengar di muka bumi ni. mula2 kuar Hafiy diam je. Mami tanye nruse, naper baby saya tak nangis? huhu. nurse wat xtau je. pastu nurse letak Hafiy atas dada Mami sambil derang suck air dalam idung & mulut Hafiy. pastu la baru Hafiy menunjukkan belang. satu level tu bingit ngan teriak Hafiy je.

mula2 Mami tengok rambut Hafiy, lebat 🙂 Hafiy biru sangat, oksigen lom sampai lagi ke seluruh anggota badan Hafiy. Mami letak jari Mami kat jari2 Hafiy, Hafiy genggam tangan Mami 🙂 melekat abis darah2 kat tangan Mami.

sayangnya xde gambar utk abadikan detik2 tu. Abiy takde, takde orang nak jadi jurugambarnye. huhu.

5. Tok Ayah azan & qamatkan Hafiy.
sian Abiy, terlepas chance nak azan & qamatkan anak sulung dia..

6. Hafiy angkat kepala masa umur 2 hari.
time tu Tok Ma tgh riba Hafiy. tiba2 Hafiy angkat kepala. Tok Ma kata budak zaman dulu seminggu dua, apa pun tak tau lagi. Hafiy budak zaman moden, bukan budak zaman dulu kan hehe.

skg ni Hafiy dah bole angkat dada kalo tummy time.

7. Hafiy diakikahkan masa umur 14 hari.


CW: Abiy, TokSu Manaf, Tok Bah, Pakcik Ih & Ayah Chik tengah menodai mengerjakan kambing akikah Hafiy.


Hafiy tido je masa kepala Hafiy dibalun oleh atok2.

Mami ngan Abiy memang nak selesaikan urusan akikah Hafiy cepat2. nak buat within the first 7 days, bulan puasa, hari ke-7, raya plak. so kitorang decide utk akikahkan Hafiy pada hari ke-14. tp cukur jambul & belah mulut Hafiy dah buat masa hari ke-6. Abiy, Tok Ayah & Mak Tok bawak Hafiy pegi masjid utk disetelkan oleh Pak Imam.

before akikah tu Abiy risau kot lauk tak habis, pasal 2 ekor kambing kan. Mami kata.. ‘ala Abiy ini kampung la. konfem habisnye… tah2 tak cukup’. hehe, betul pun cakap Mami, sampai kene topap ngan ayam pulak. biasala kat kampung kan.. belanja pun murah. masak sendiri kan. dengan kambings ngan kenduri Mami belanja dalam rm1,500.00 je.

kitorang akikah simple je kat Kelantan ni. orang2 laki buat keliling, selawat, bawak Hafiy keliling orang2 tu utk kasik derang sentuh kepala, org tua cakap kasik berkat kat baby. pastu makan.

8. Hafiy budak ditrain yg gain maximum weight.
Mami ada baca satu artikel, katanya baby yg ditrain minum masa lapar je akan mengalami pertumbuhan fizikal yg terbantut berbanding baby yang selalu dioffer susu. macam tak leh pakai la teori tu. Mami train Hafiy minum time lapar je, tapi naik 1.7kg utk 1st month. dari 3.3kg jadi 5kg.. terbantut lagi ke camtu? kalo tak terbantut xtaula besar mana anak Mami ni. hwa3x.

tp skg ni Mami ada jugak offer, kadang2 paksa minum (tp Hafiy xmo la kalo dah kenyang) pasal nak tembamkan Hafiy lagi. huhu. naper ek, Mami salu rasa Hafiy xnaik2 je beratnya. teruk la saiko Mami ni. jgn obese sudah anakku!

nak tag sapa ya? sapa2 je la yg rasa belum wat lagi & nak buat ek 🙂

admin Avatar

15 responses to “8 Fakta Rawak Tentang Hafiy”

  1. Aku Bukan Bidadari Avatar
    Aku Bukan Bidadari

    tahniah… 🙂

  2. wan Avatar
    wan

    alamak, kena tunggu keluar dulu, baru boleh jawab tag.

    😀

  3. fidieyaaa Avatar
    fidieyaaa

    hafiy, nantikan ku di Miri ya

  4. Ibu Emir Avatar
    Ibu Emir

    hari keempat dah akikah.. cepat nyer!! but its good and afdal.

  5. Ibu Emir Avatar
    Ibu Emir

    ok salah bace. empatbelas :p but still cepat

  6. PuteriSatu Avatar
    PuteriSatu

    SL – Aqilah belum qiqah pun…tunggu cik ngah dia kawin 23hb ni baru qiqahkan Aqilah…lambat ler sikit…

    alhamdulillah kira SL boleh bersalin normal..cam akak…dipotong huhuuu…tapi apapun itu satu pengalamankan..bersalin ni tengok rezeki2 jugak kan…semoga hafiy cepat besar ye sayang…

  7. kasutVincci Avatar
    kasutVincci

    akak belum akikah mek dina tu. Tunggu raya haji.;)
    Moga afi cepat besar dan tak meragam dah. Dina pun. Huhu

  8. mami hafiy Avatar
    mami hafiy

    tiara,
    nyeh nyeh nyeh. mekasih…

    wan,
    hahak bole2.
    jawab jgn x jawab nanti!

    mekngoh,
    nokgi miri ko? baguh2.

    ibu emir,
    kene wat segera sebab kang dah xtau bila lagi nakwat. hehe. lain tahun ntah kan balik ntahkan tidak. huhu.

    puteri satu,
    saya duk igt apebende laa SL tu.. siti lina upenye hihihi.

    oo.. akikah sama ngan majlis kawen. sure lg meriah kan. jgn lupa tempek gamba comey2 kat blog akak nanti 🙂

    tul tu… atas rezeki cemana kan bab bersalin ni. takpe, semoga next babies akak normal2 semua nya. 🙂

    kasutvincci,
    org pun igt nkwat raya haji tp kene g KL dos. huhu.

    kemarin bwk hafiy g berbomoh di tiong. mak sdara bawak. hehe. mcm OK je dia xmeragam sgt. 🙂

  9. angah Avatar
    angah

    Tahniah atas kelahiran putera hati. tahniah jugak sebab fully bf.

    Both my children Mohd Mifdzal Arief (3 years) and Adneen Humaira (7 months) are exclusively breastfed babies. Alhamdulillah memang senang dan antibodi kuat.

    So I doakan supaya Hafiy comel pun sama nanti ya…

  10. erynn Avatar
    erynn

    1. kat stiker tu kata attending doktor is Dr Mazidah.. mana dr awang? oh.. tu pead dia eh? hoho

    2. baby kene sokmo balut cemtu ke? dia tak rimas ek? mak saya kata dulu saya tamau kene balut sbb kalau tido tangan mau angkat mcm heavy lifting tu.. hoho.. sekrg tangan sudah tidak tegak ;p

    3. meconium dlm air ketuban.. tu baby distress tu.. baby lmbt sgt dikeluarkan..

    4. oh ya, ‘batu’ dia naik tu maksudnya testicles/scrotum dia bengkak..in ur son’s case mmg naturally besar tp tak sure la remedy nya menuam or biarkan aje.. hoho.. do not take the risk..

    5. baby saya bila mahu keluar??? cepatlaa sudah tidak tahan menanggung soalan “bila due?” sehari lebih 10x kene jawab…

  11. mami hafiy Avatar
    mami hafiy

    angah,
    thnk you 🙂

    amiin. harap2 tercapai la hasrat tuk bf hafiy sampai 2tahun atau lebih 😀

    erynn,
    1. ya benar, dr mazidah itu adalah paed encik hafiy.

    2. mak2 kami suruh balut sokmo tp beliau tidak suka kerana mahu menggawang2kan tgnnya. di dalam gambar tersebut beliau sedang tidur lalu kami mengerjakan semahunya. hehe.

    3. saya tidak tahu pun saya tgh labor. mujur cepat ke hospital. alhamdulillah denyut jantung beliau sgt bagus sehinggalah dikeluarkan.

    4. oh tidak boleh menuam! tidak berketurunan nanti anakku!

    5. kamu gantung saja tag “DUE SAYA PADA 12 DISEMBER 2007, TOLONG JGN TANYA LAGI” hehe.

  12. Babe(^_^) Avatar
    Babe(^_^)

    lambat lagi aku nak jawab tag ni heheheh

  13. MummyHanis Avatar
    MummyHanis

    sama la mcm hariz pun kan, 1st month dah berat 5kg lebih.. kitorg risau je takut dia obese. hehe.. baby boy mmg kuat menyusu.

    pasal berjaga mlm tu kan, dulu hariz pun mcm tu. ada at one time tu dia x nak tido langsung, and akan tido kul 6. adus masa tu mmg menguji kesabaran! 3 minggu berturut2 dia mcm tu. last2.. kitorg bwk dia gi shopping..jln2 during the day. mmg x kasik dia tido langsung. hehehee.. pastu dia malam je dia tido and bangun the next day kul 10! 😛 until now. dia dah terbiasa x tido siang. eheheh

  14. ummi Avatar
    ummi

    tho kita suker tengok baby tembam2 tapi kena jaga2 jugak. takut obese. anak sedara saya mmg tembam dan besar sampaikan tulang pinggul dia ada problem sikit bila dia start berjalan. once dia dah aktif ke sana-sini, berat dia turun sikit.

  15. mami hafiy Avatar
    mami hafiy

    babe,
    boleh2. biar lambat asal selamat. ekekeke.

    mummyhanis,
    hafiy sejak2 nk masuk 2 bulan ni baru dia kuat nyusu. hehe.

    wah bagus sungguh. afiy makin dibawak berjalan makin dia nak tido. adess.

    ummi,
    wah yeke. isk3x. tp hafiy ni xdela kuat nyusu & xajar sumbat2 pun. dia minum masa lapar je. bole plak jadi besar camtu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge