Zaman sekarang ni semua benda pun Facebook je. Facebook dah jadi macam one stop centre untuk penggemar internet. Macam2 ada… boleh bersosial, update biodata, chat, tulis blog, main games dan berbisnes!
Akan tetapi, hati2lah bila berFacebook ni. Ianya memang seronok bila kita boleh masukkan apa saja di Facebook, tapi ingatlah kat dalam alam cyber ni ada macam2 orang dan macam2 mata yang memerhatikan kita…
7 Perkara Jangan Dalam Ber-Facebook
1. Masukkan semua details tentang diri
Ya, boleh. Provided berikan access hanya kepada saudara dan rakan2 saja. Jangan ingat tak ada orang boleh access ke page anda dan baca semua tentang kita.
2. Masukkan details tentang anak-anak
Sekalipun nama mereka. Apatah lagi masukkan sekolah mereka. Ia bakal mendatangkan bahaya kepada anak kita! Lindungi anak2 kita dengan tidak melibatkan mereka dalam Facebook kita.
3. Memasukkan tarikh lahir
Cukuplah Jan 10 saja. Full birthdate bole buat orang trigger maklumat2 tentang diri kita i.e. akaun bank, etc. Ia ada kaitan dengan perkara no (4) di bawah.
4. Memasukkan nama ibu
Kebanyakan pihak menggunakan ‘nama ibu’ sebagai verification, contohnya kad kredit. Kalau semua kita dah dedahkan… hmmm..
5. Mengumumkan bila kita tiada di rumah
“Saya sedang bercuti”… “Takde orang kat rumah”… wah ini hati2 sikit ye, silap2 bila balik dari vacation tengok2 rumah kosong, lengan, bersih… semua dah kena sapu!
6. Benarkan diri anda ‘dicari’.
Setkan privacy setting supaya diri kita hanya visible kepada family & friends aje. Tolongla jangan mudahkan kerja penjahat. Walaupun penjahat Malaysia mungkin tak secanggih penjahat Amerika tapi.. hati2 je la. Jangan dah terantuk baru tergadah kan?
7. Tag saya dengan ‘LOGIN FACEBOOK DAPAT 100’
Tolonglaaahh!!! Kalau yang tag barang2 baby ke, ubat kurus ke, kain tudung ke, saya boleh accept lagi, tapi tag Login Facebook Dapat RM100… please please please kamu jangan nakal jangan tag saya lagi. Kalau tak, sekali tag saya caj RM10. Ada berani?
Leave a Reply