Alhamdulillah the Club House is now officiate, at level 2, Wisma Bling Lustre, even though people keep on asking, mana officiating ceremony? It was actually done at level 1, actually the opening of Wisma Bling Lustre itself.
It was a Family Day organized, and being so optimist we conducted it at some different places, i.e. outdoor and indoor at ground, level 1 & 2. I wish I could take some pictures of the event but nehi.
I would like to thank to the organizing committee who did a very2 dedicated work during the day, especially at the registration counter. Berpeluh2 diorang. Kesian my AJK, sampai nak makan pun kena bawak ke situ. Katanya sedap nasi beriani tapi lauk cepat sangat abis. Maybe sedap sangat kot orang tambah2 😀 Risau kalau tak cukup makan, lagila saya tak sempat nak jenguk ke khemah makanan. Tapi Zhana AF (yang sampai lambat sebab sesat, sian dia) kata dia sempat makan, harapnya takde orang yang tak dapat makanan 🙁
acara makan di workstation, hasil cilok dari Cik Lily Putih.
Pagi Ahad tu hujan lebat saya memang dah tawakal dah. Kalau hujan berterusan booth2 yang ada terpaksalah masuk dalam. Syukurlah by jam 12 camtu hujan dan stop.
Rasa ralat sebab saya patut berada di meja sambut tetamu tapi tak berada di satu2 tempat secara tetap. Tapi takpela saya rasa takde orang pun cam/cari saya hehehe. Ramai yang cari Little Mama MBP dan tulisan MBP yang disangkut kat meja sebab tangga dah tak ada nak gantung kat khemah. Ini semua sebab yang setup awal tu tak perasan masih ada banner di topfloor. Takpelah, dah lepas.
Antara gambar2 yang sempat disnap oleh adik saya kot, dan yang diemail oleh Little Mama.
Felt craft. Saya ingat lagi Kak Norlie pernah kata dia takut takde orang, sebab last time dia buat kat mana ntah, takde orang pun. Tapi bila saya naik jenguk, wahhh ramainye orang, sampai aircond kat atas tu tak mampu nak cater. Harap2 Kak Norlie berpuas hati 🙂
Senyum lebar je tuannya. Happy la kot? 😀
Clown yang.. eiiii…. Tapi macam kanak2 terhibur dengan belon2 yang dia kasik, termasuklah si Fahry. Entah kaki sapa dia pegi bergantung nak mintak belon. Maka ibu ini pun dokongla dia cari clown. Sekali si clown ni ada kat topfloor.
Kat topfloor ni jugak ada aktiviti story telling, coloring & origami yang dikelolakan oleh Hanz. Gambar untuk coloring disediakan oleh Jiji.
Hanz tengah asyik bercerita
Budak2, mak budak dan bapak budak yang melopong mendengar.
Kat bawah pula ada Bengkel Tudung bersama Majalah Nur, dikendalikan oleh Kak Rock, yang baju hitam tu. Banyak ikatan2 unik dan tips2 bertudung yang diajar kepada peserta.
Sepatutnya lepas tu sesi bersama Maiza tapi beliau terlambat, jadi ramai yang dah balik. Mungkin takde rezeki depa nak jumpa Maiza.
Sesi bersama Maiza dikelolakan oleh Zhana AF. Zhana ni jugak dulu DJ kat Red FM. Respek sama Zhana, walaupun dapat ‘task’ last minute tapi sangat profesional. Memang la, nama pun DJ 🙂
Me & Kay bergambar dengan Zhana & Maiza di Scriptory Box. Beza sungguh 2 di tengah dengan 2 di tepi. Hehe. Fahry terkejut tengok apsal aunty sebelah ni cun sangat? Hehe. Mommy pakai bedak upun tak sempat..
Personaliti jelita TV3, Azizah Arifin pun ada. Hehe. Terkujat dibuatnya bila Kay ajak bergambar dengan beliau. Borak2 dengan Dila yang buka gerai hari tu, dia kata perasan someone yang ‘macam Azizah Ariffin’. Oh its really her!
Kat luar ni ada gerai2 yang jual macam2 & jugakl aktiviti macam Bling Race & face painting.
Naper adik tu tengok ko semacam je Babe?
Pada hari tu Mak Ayah saya pun turun dari Kelantan, tapi mereka balik awal sebab taknak jalan malam. Mak mentua dan adik2 ipar tunggu sampai habis.
Mia dada & brothers.
MIL.SIL, Maiza, Zhana, me & kids.
Penat, sangat penat.Lepas je solat Asar, pas semua orang balik, terus terpengsan. Sampailah ke sudah. Abiy suruh saya MC je tapi rasa macam tak bolehlah, have to settle something kat office by this week sebab minggu depan nak pergi bertapa membawa hati yang lara 😀
BTW terima kasih banyak2 pada the Bling Babes. Diorang memang superb tau! Penat betul kesian derang.
Fahry, nape Fahry?
Well, bila dah settle event ni banyak hasil post mortem yang ditemui. Biasalah, mana2 event pun ada kekurangan dia. Yang penting kita ambil peluang untuk baiki semua yang kurang dan cukupkan untuk next event.
Terima kasih semua, hope you enjoy!
Leave a Reply