Ahah!
Kami adalah orang yang dalam keributan sebab lagi beberapa hari nak fly, tiket semua dah siap, tapi passport si kecik tak buat lagi T_T Maklumlah sebelum ni kepala otak maknye sarat dengan benda2 lain, tak muat dah nak cucuk thumbdrive.
Rupa-rupanya Fahry dapat pengecualian untuk pembayaran passport antarabangsa! Yeay! Tahniah Fahry. Rezeki mu nak. Bukan Fahry jer, tapi sesiapa OKU yang berdaftar dengan JKM akan mendapat pengecualian bagi pembayaran membuat passport antarabangsa, RM150 bagi kanak2 dan RM300 bagi dewasa (untuk 5 tahun). Lagi pulak dapat potong queue sebab ada kaunter khas untuk OKU. Jangan jeles eehhh.
Hmmm jangan kata ambil kesempatan pulak… Well think about it like this.. takde orang nak anak/diri dia lain dari orang lain i.e. OKU. Bila OKU dapat keistimewaan & the families are happy celerabrating diorang punya ‘bahagian’, itu adalah satu benda yang amat menggembirakan bagi keluarga2/orang2 ini. Kasik can la kan. Adakah anda seronok melompat2 bila dapat anak OKU? Adakah? Yang saya tahu ramai yang stunned buat beberapa ketika, kemudian kita terima dengan redha. Tapi bila orang offer macam2 untuk anak OKU anda, kita akan rasa gembira? Kan? Kan? Itulah antara ‘hiburan’ buat keluarga OKU. Cuba selami perasaan OKU dan keluarga mereka…
Pesanan penaja : Kalau rasa anak anda OKU jangan malu2 nak mengaku. Banyak specialnya jadi OKU. Banyak benda free, diskaun, dapat elaun.. Ape nak malu. Bukan ambil kesempatan, tapi itu hak dia. Anak OKU kita tu entitle untuk merasai keistimewaan tu, kalo kita malu nak mengaku, fikirkan tentang dia di masa depan. Bila dia didaftar dengan JKM, koman2 bila dia susah, dia boleh dapat macam2 untuk bantu dia. Bukan macam2 ape pun, at least boleh potong queue kalo beratur kat pejabat kerajaan, takle anak kita rasa rimas nak tunggu lama2 nanti. Orang lain pun boleh respek sama OKU. Cacat bukan sebarang cacat OK!
Nak cari pejabat imigresen pun satu hal. My officemate told that it was at Maju Junction. Maka berdokonglah dua beranak ni ke Jalan TAR. Sekali, bukan kat situ. Maju Junction ada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) je, bukan imigresen. Pejabat Imigresen kat Pusat Bandar Damansara! Satu hal pulak inu yang tak biasa jalan KL sesat di tengah2 bandar. MORAL : Bawak2 le drive di KL.
Akhirnya sampai la jugak kat Pusat Bandar Damansara. Pejabat Imigresen kat Blok I. OK semuanya smooth, tak perlu queue.. cuma… masalah besarnya.. ialah surat beranak Fahry tidak dijumpai di mana2. Yang anehnya, surat beranak Hafiy pun tak ada? Kena curi dengan PATI kah?
Lalu berkejar pula ke JPN di Kota Damansara. Lupa pulak kat situ ada kaunter untuk OKU T_T Lamanya tunggu~ Dan penantian itu sungguh tidak berbaloi bila kakak kaunter memberitahu,
“Kami tak boleh keluarkan cabutan untuk Sabah & Sarawak, kena apply dulu & 2 minggu baru boleh dapat”
WHAATTTT???????? “Tapi kak, flight kami Sabtu ni, alamak kak cane ni tolong la saya nak buat rayuan bole tak..” saya berkata dengan nada yang sungguh sopan.
“Hmm.. mmg tak boleh buat apa.. ini pun sebenarnya baru je boleh amik cabutan Sabah/Sarawak kat sini. Ikutkan sebelum ni memang tak boleh langsung”
“So??”
“Kena pegi sana la..”
WHATT??
AKak yang baik hati itu menawarkan untuk contact sendiri orang di JPN Miri secara internal2. Saya berdoa semoga semuanya OK. Tapi tu pun makan masa 2-3 hari orang sana nak pos T_T
Kenapa tak boleh cabut surat beranak Sarawak kat sini? Sebab sana ikut Ordinan, sini ikut Akta. Apebenda tu nanti kena saya kawan saya, Asiah Abdul Jalil.
Inilah bendanya surat beranak Fahry. Pelik sikit dari surat beranak budak2 yang lahir semenanjung, macam Hafiy punya kat bawah.
Kalau agak2 nak duduk semenanjung tu cuba jangan beranak kat Sarawak, susah wooo nak apa2. MyKid pun takde, sebab Sarawak tak keluarkan MyKid. Nak buat kat sini tak boleh T_T.
Akhirnya surat beranak Fahry selamat dijumpai di celahan fail SSPN. Ni kes lupa nak simpan balik lah ni. So esok pagi kene pegi lagi ke Imigresen
P/S: Saya jatuh tangga. Sakitnyaaa! Nak berjalan pun seksa.





{ 20 comments… read them below or add one }
lyna nk bawak anak-anak melancong kemana ni..syiokknyer
saya pon ada kes lupa letak surat beranak anak-anak ni last week. puas dah kumbah semua kotak-kotak barang pindah dari penang aritu. semua takdak.
last-last jumpa kt drawer baju mama dia ni hihihih..ape daa..seyes memang lupa ada letak kt situ.
kepentingan surat beranak ni tak boleh disangkal walaupon anak-anak dh ada mykid kan
.-= lydzar´s last blog ..Kalau dah sakit, sila la pergi klinik =-.
bukan melancong tapi melencong
yg ada myKid tu OK siktl, tapi Fahry ni, My Kid mmg takde. anak SArawak la katakan.
Phew… I’ve finally update in my blogspot(dah canggih blogspot skrg!) takdelah banyak story pasal open day cuma adalah sikit gambar from The Bling Race.
Btw have fun in London. Dont forget to bring you rain coat. It s raining cat and dog there.
Hafiy goes to London to look for the queen ya?
heran aku apsal tak bole2 nak bukak blogspot ko nihh
aku pun tatau la dgn mamat berdua ni. hopefuly mereka memberi kerjasama amiin
iya . takde siapa yg suke anak oku , but u terima amanah Allah dgn hati terbuka.. well .. i rase sebak n terharu…
masa belum dapat mmg rasa tak sanggup, even masa mula2 dapat pun rasa susah nak percaya. tapi sekarang ni rasa takde beza je. hehe.
jgn lupa bawa pen bila ke imigresen dan beli suratkabar..
uhu. nasiblah akak mmg salu ada pen dlm beg huhu
suratkhabar tak payah sebab ‘kami’ bleh potong queue.. OKU la katakan. ahaks. jangan jeles hokeh!
alhamdullillah everythg almost come in place
have fun in london bebeh! u surely gonna love it!
but not the weather laaaa…its raining and sejuk jugakkkk…padahal its summer…weird kan weather die…
nways have a blast in london!
.-= Verde´s last blog ..kimora-wannabe…..part2! =-.
huhuhu
kami baru je shopping baju sejuk anak2, Kak VErde huhu
kau tau tak sri rampai pun ada imigresen.. and jpn kat melawati.. lagi lengang!
TAK TAHU uhuhu
kalo kutahu angkut fahry gi situ je
kan dah pesan hati2
ishh pi buh ubat
kang nak berdukung lagik!
.-= Fid´s last blog ..makan dalam apa jua keadaan..MUST SEE =-.
dah letak zam-buk!
selamat bercuti.
cemana gaya nya dua beradik tuh nanti ek. Have fun & take care!
*taknak fikir*
hihihihihihi
Selayaknya OKU mendapat keistimewaan.. sebab lahirnya mereka lebih istimewa dari yang biasa..
.-= aiDiena´s last blog ..PULAU SAH BESAR: Taman Herba =-.
macam lagu Siti Nurhaliza : Tak Seindah Biasa
bestnya nak melancong tu. Balik jgn lupa upload gambar byk2 k..
ooo mace beranok di oversea jugop lah erk klu gitu, sbb baby SN pong xdop mykid. surat beranok pong lain drpd or elain..surat beranok dio bore W.
eh tp meme pong swak tu oversea dr semenanjung