Ramai yang bertanya kenapa entry saya ni berbunyi tak excited je. Apakah saya bersedih?
😀
Memang tak bunyi excited sebab saya penat sangat2 masa tulis entry tu. Hari ni pun masih sakit kaki, tambah pulak dengan jatuh tangga 🙁 Penat tak ilang lagi nih. Seharian naik turun tangga sambil dokong Hafiy yang umur 2.5 tahun tu.
Saya tak sempat nak rasa excitement, maybe sebab banyak section 😛 booths, outdoor, indoor level 1, indoor topfloor. Anak2 saya pun maybe tak sempat nak join mana2, even Hafiy tak join pun apa2 aktiviti sebab dia sibuk nak melekaaaat je. Fahry ada la main2 dengan kawan2 dia kot. Tu pun tengok gambar yang Little Mama kasik 😀
Saya cuma dapat tahu best ke tak best event ni daripada feedback AJK & yang datang je la heheh.
Tapi serius memang penat gila. Masa plan tu takde pulak rasa akan penat. Saya duk imagine saya boleh duduk bawah layan tetamu, especially the VSGs (Very Special Guest) tapi sayang, jap2 kat atas, jap2 turun bawah, jap2 orang tu orang ni call sebab sesat. Kesian guest2 yang datang saya takleh even nak salam pun. Malah saya tak tahu pun berapa ramai yang datang.
Bole imagine tak tengah2 duk nak cabut & bagi hadiah lucky draw tu sebelah tangan dokong anak, sebelah tangan jawab call. Hehe horrible2… Last2 saya terpaksa surrender.
Tapi tengok gambar yang datang semuanya senyum2 dan seronok, syukur alhamdulillah. Yang bestnya bila naik topfloor, wahhh ramainya budak2, pak budak, mak budak… walaupun katanya hawa sangat panas hari tu Gamaknya sebab ramai sangat orang, 2 bijik air cond tak larat nak sejukkan semua, banyak haba terbebas kan. Saya pun tak sangka crowd seramai tu kat atas. I was expecting belas2 orang budak je tapi penuuuh.
Masa turun bawah, tengok Bling Babes tengok potong kek yang nampak yummy~ wah, tak sabar nak rasa. Tapi sepanjang hari tu saya cuma makan secubit kek kereta yang Kak Rizza buatkan khas untuk saya. Hihi sorila kak saya tak sempat nak menikmati, tu pun cilok sikit kat meja registration masa nak cabut lucky draw.
Lucky draw pun best jugak sebab tiba2 kotak comel utk masukkan lucky draw menghilang ntah ke mana. Sampai hari ni tak jumpa2. Hehe. Ada orang bawak balik ke? 😛 Sebbaik lah Bling Babes ni bijak dan berinisiatif… tiada rotan akar pun berguna.
LOST AND FOUND
Kami telah menemui sebuah tote bag kuning PHDC di booth sand art & face painting. Sesiapa yang kehilangan sila laporkan kepada saya.
Oh ye saya pun nak tahu feedback ramai tentang event ni. So that we can plan better & lagi best untuk next ones. Tolong saya by writing in this FORM/BORANG, OK 😉 Kalau tak dapat bukak, just send me an email to mommy[at]fahry.net. Jgn takut kalau ada negative comments sebab saya open orangnya. 😀 Saya tak boleh nak nilai sendiri sebab saya PENAT GILERRRR!
Luv u all.
Leave a Reply