,

12 Sebab Untuk Jatuh Hati Dengan Malta

admin Avatar

Sebelum saya sampai ke Malta, saya rasa macam “Takde apa pun kat Malta ni. Takpelah, kita tengok je lah apa yang ada..” Maklumlah, sangat jarang dengar orang bercerita tentang Malta. Saya pun terfikir juga “Kenapa la Popeye Village nak buat kat Malta pulak. Macam takde tempat lain!”

Tapi.. sebaik saja jejak kaki ke negara pulau yang kecil itu, rasanya tak ada sebab untuk tidak jatuh hati pada Malta.

1. Malta adalah Muslim Friendly

Yupp, ada halal foods, dan kalau bukan restoran halal (seafood) pun can always request. Diorang sangat sporting & kalau kita tersilap order pun dia cakap “Saya rasa awak tak boleh makan ni” bila tengok kita pakai tudung. Tapi dont worry, banyak restoran halal di Malta.

Malta pernah berada di bawah kerajaan Islam dalam tahun 800s bila salah satu puak dari Bani Tamim mendarat di Malta. Kesan-kesan tinggalan kerajaan Islam ni masih boleh dilihat di Mdina, iaitu pusat kerajaan Islam masa tu.

2. Pantai yang tenang

Malta ni pulau, jadi di mana-mana pun ada pantai. Pantai diorang ni… macam swimming pool. Banyak teluk & inland sea, jadinya ombak memang takde. Di hotel kami tu rasa macam nak terjun je ke dalam laut. Serious macam swimming pool yang sangat besar. Airnya pun jernih, warna biru turqoise.

3. Explore seluruh negara dalam beberapa hari saja

Satu negara Malta ni besar sikit je dari KL. Keluasan KL 243 km2, Malta pula 316 km2  So memang tak risau nak kena repeat balik ke… niscaya boleh habis ke setiap sudut negara ni.

4. Mudah berkomunikasi

Walaupun Malta ada bahasa sendiri, tapi rata-rata rakyatnya mahir berbahasa Inggeris. Jadi tak payah nak guna translator English-Maltese kerana sesiapa pun di Malta pandai cakap English.

5. Panas sepanjang tahun

Mungkin kita di Khatulistiwa ni tak lah signifikan sangat… tapi tak semua orang suka sejuk-sejuk pun. Semasa Europe tengah winter, kat sini panas sepoi-sepoi bahasa. Jadi bagi yang cuma ada waktu hujung tahun je nak holiday, tapi tak mau sejuk, dan dah bosan ke Aussie & NZ, boleh lah consider Malta.

6. Tapak sejarah purba

Tahukah anda struktur free-standing yang pertama dibina berada di Malta? Ia adalah temple of Ggantija (English sebut -Gantija- je, bahasa Malta sebut Ja-Gan-Ti-Ya). Kuil ni terletak di Pulau Gozo.

7. Nighlife

Tak macam sesetengah tempat di Europe, pukul 5 atau 6 petang kedai dah tutup. Di sini sampai malam macam kat KL. Especially di area St Julians. Holiday Inns pun ada kat sini.

8. Right hand drive

Negara ni pernah jadi British Colony, so sama lah macam negara kita, Australia, New Zealand, UK, Ireland & Cyprus…  Malta pun driver duduk sebelah kanan & drive di sebelah kiri jalan. So tak perlukan masa untuk biasakan dengan cara driving.

9. Easy navigation

Agak banyak benda yang tak jelas sepanjang kami berada di sana. Contohnya feri dari Cirkewwa ke Gozo. Dah tanya kat forum pun tak jelas juga prosesnya.. tiket beli di mana, berapa Euro… tapi sebenarnya, mudah sungguh. Untuk ke Gozo tak perlu beli tiket, hanya drive saja kereta masuk ke feri. Balik nanti barulah kereta akan melalui ticket booths. Masa tu lah baru bayar. Macam tu juga masa nak naik feri ke Valletta. Tak tahu nak naik kat mana. Mulanya takut nak tanya ejen-ejen yang bersepah di tepi port tu.. yelah, kita nak ke Valletta naik feri biasa je, bukan nak ambil pakej. Tapi rupanya diorang sangat helpful.

10. Kaktus & prickly pear di tepi highway

Pemandangan di tepi highway kat sini sangat unik. Penuh dengan pokok kaktus. Dan pokok kaktus ni, bentuknya sama je macam yang kita biasa tengok di Malaysia.. tapi ia berbuah. Dah buahnya boleh dimakan. Isi dia macam buah naga tapi biji lebih besar dan keras. Biji dia ni tak boleh telan, kena buang. Biasanya orang sini buat jus dan jem.

11. Melting Pot of Culture

Masa mula-mula sampai Malta, macam confuse sikit. Jalan dia dipanggil ‘triq’. Bahasa Arab kan, jalan = tariq. Tapi bahasa Malta ni memang pelik. Bunyi dan ejaan pun pelik. Contohnya kalau “Selamat Pagi” dia cakap “bonju” (ejaan bongu). Bunyi macam ‘bonjour’ pun ada. Kalau tanya “apa khabar” dia cakap “kiff int” ada macam ‘kaifa, kaifa’ sikit kan. Lepas tu jawab dia “Yiin, taiyyib, gratzi” ada pulak bunyi Arab dengan Itali. Yang betulnya Malta ni memang tempat pertembungan budaya. Hebat kan.

12. Tiada low season di Malta

Ni ikut kata orang situ lah.. katanya Malta takde low season. Sentiasa ramai orang. Iye lah kot… memang ramai sangat orang especially di Valletta. Jadinya meriah sokmo lah. Macam-macam orang ada….

So.. begitulah.. antara sebab mesti jatuh cinta dengan Malta. Kalau rasa dah jemu ke tempat-tempat mainstream ni, Malta adalah antara calon terbaik untuk di-explore.

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “12 Sebab Untuk Jatuh Hati Dengan Malta”

  1. Ani Haryani Avatar

    Seronok pula baca tentang Malta 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge