Semasa bersekolah saya suka menggunakan ayat dan perkataan bombastik. Selalu juga dapat pujian dari cikgu bila buat karangan. Saya suka membaca, jadi ada banyaklah perkataan2 yang tak biasa orang guna, saya masukkan dalam karangan.
Semasa Tingkatan 3, saya pergi ke satu ceramah motivasi dari seorang ustaz. Walaupun sekolah agama tapi tak adalah pandai sangat Bahasa Arab, 2 3 kerat bolehlah.. Dan ustaz ni banyak gunakan perkataan2 Arab dalam ceramahnya. Dapatlah saya tangkap sikit2.
Lepas balik dari ceramah tu ada sorang kawan saya bertanya (bukan pada saya tapi pada kawan lain yang bijak Arab) “Ape ustaz cakap macam ni macam tu, apa maksudnya?”. Maka si bijak Arab pun menerangkannya.
Dalam Tingkatan 5 saya mengikuti satu kursus. Dalam satu sesi, seorang peserta yang nampak gaya macam alim bangun berhujah. Hujah yang sangat bernas lagi bombastik. Tapi tak semua orang faham. Terrlalu bombastik!
Kemudian dalam satu kursus lain, kami ada perdebatan dengan fasilitator. Seorang peserta membuat pembentangan dengan menggunakan perkataan bombastik yang baru2 popular masa tu.
“Kita perlu menjadi pelajar yang cakna supaya masyarakat kita lebih efektif”
Fasilitator bertanya “Apa maksud awak dengan menjadi cakna akan lebih efektif?”
“Err… Err…”
“Awak tau ke maksud cakna dan efektif?”
“Tak”
Ayoyo.
Tak ada masalah dengan ayat2 dan perkataan bombastik tapi biarlah orang faham. Bukan guna ayat bombastik untuk impress orang. Kita nak sampaikan maklumat, biarlah jelas kan. Tak ada guna pun kalau pakai perkataan lain dari bahasa yang biasa orang guna dalam menyampaikan sesuatu, tapi end up orang tak faham. Bombastik tak bombastik.
Dan pastikan kita tahu apa yang kita cakap ye. Hehe.
Leave a Reply