Vitamin Yang Penting Untuk Wanita

admin Avatar

Masa saya di universiti dulu, saya mula mengamalkan vitamin, disebabkan taknak mengantuk dalam bilik kuliah. Masa tu tak kenal Shaklee jadi saya beli saja lah vitamin di farmasi. Ada satu farmasi tu bila saya cari B Complex, staff farmasi tu cakap “Adik, dah nak kahwin ke? Dalam ni ada asid folik, kena ambil 3 bulan sebelum pregnant”. Saya malas nak argue jadi saya iyakan saja.

Begitulah tak semua orang faham tentang vitamin. Ramai yang ingat vitamin ni hanya diambil untuk tujuan tertentu saja. Sama macam ubat, kan. Kita makan ubat masa kita sakit je. Tapi sebenarnya vitamin bukan diambil untuk tujuan tertentu saja, sebaliknya untuk kesihatan secara menyeluruh.

Tahu tak kenapa kita makan nasi dengan lauk-pauk? Lidah kita aje yang nak rasa sedap-sedap tu, tapi sel-sel kita cuma kenal nutrient… karbohidrat, protein, vitamin…

Sebagai wanita, kita kena faham tentang konsep vitamin ni, dan bagaimana keperluan vitamin berubah dengan berubahnya fasa hidup kita.

Wanita yang mengandung, menyusu, menopos, memerlukan vitamin yang lebih dari wanita muda yang tidak mengalami keadaan di atas. Kanak-kanak dan remaja juga memerlukan vitamin yang lebih.

Pernah ukur tak cukup atau tidak vitamin kita?

Cuba semak tanda-tanda kekurangan vitamin:-

– Rambut sering gugur
– Bibir mengelupas
– Kuku rapuh
– Sering kepenatan
– Selalu stress dan tertekan
– Gangguan pengelihatan
– dan lain2 lagi

Seorang wanita sangat memerlukan vitamin tambahan, sepanjang hidup kita kerana makanan saja tidak cukup untuk membekalkan vitmain yang kita perlukan.

Antara vitamin yang wajib untuk seorang wanita:-

VITALIZE – multivitamin dan mineral

Kesemua vitamin dan mineral keperluan tubuh kita ada dalam satu pil hijau ni. Keperluan zat besi sangat-sangat penting untuk wanita terutama yang mengalami haid dan melahirkan.

GLA – asid linolenik

Anda mungkin biasa mendengar evening primrose oil, atau EPO kan? Tahukah anda minyak yang lebih power dari EPO adalah minyak dari bunga borage. Inilah yang diformulasikan oleh Shaklee dalam GLA Complex.

OMEGA GUARD – minyak ikan

Sebagai wanita, kita ada macam2 keinginan. Kita suka makan tapi kita taknak gemuk. Amalkanlah Omega Guard kerana ia adalah salah satu nutrien yang boleh membuatkan kita merasa kenyang dan kurangkan selera nak makan bukan-bukan. Pada masa yang sama memberi tenaga dan membina minda yang sihat. Healing kan.

OSTENUTRIX – kalsium

Wanita kehilangan kalsium setiap kali datang haid, dan semasa mengandung kalau kalsium untuk anak tak cukup, ia akan ambil kalsiu dari ibu. Tak hairan jika wanita paling tinggi risiko tulang rapuh atau osteoporosis. Amalkanlah pengambulan kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat.

Masih tak yakin? Tak apa.. anda boleh mendapatkan konsultasi dari saya untuk memastikan anda benar2 perlukan vitamin atau tidak. Hubungi saya tau tinggalkan mesej dalam ruangan komen di bawah.

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Vitamin Yang Penting Untuk Wanita”

  1. Nila anggraini Avatar

    Vitamin sememangnya penting untuk seorang wanita agar sentiasa sihat dan menawan.

  2. […] Dalam usaha untuk mencapai kesihatan optimal, Zarith sentiasa pastikan untuk mengambil Vitamin untuk wanita. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge