Untung Belajar Bahasa Arab

by Mommy Lyna on November 8, 2010 · 5 comments

Belajar bahasa asing adalah saranan Rasulullah SAW. Dari Zaid Ibn Thabit meriwayatkan bahawa, katanya “Sesungguhnya RasulullH SAW menyuruh aku belajar Bahasa Yahudi untuknya”. Zaid adalah penulis dan pembaca surat kepada Rasulullah SAW.

Kepentingan menguasai bahasa asing pada masa itu adalah untuk menghindari tipudaya mereka dan memudahkan untunh memperkembangkan Islam.

Zaid belajar bahasa Yahudi cuma setengah bulan sahaja (tapi saya dah belajar Bahasa Inggeris selama 20 tahun namun masih belum dapat kuasai i.e cakap slang, dengan alasan “tidak prektikkan dalam kehidupan seharian”).

Saya rasa sekarang banyak instrument dan alternatif untuk belajar bahasa asing. Tinggal mahu atau tidak sahaja. Saya semasa usia tadika ada belajar perkataan2 asas Bahasa Arab. Dan belajar semula semasa di sekolah menengah.

Belajar sahaja, sekadar nak dapat A dalam PMR saja.

Tapi sekarang berguna juga pelajaran Bahasa Arab, walaupun cuma basic. Bila bertemu orang Arab yang tidak fasih Bahasa Inggeris, dapatlah berborak sepatah dua kata, dan memang ia cuma sepatah dua kata saja lah :)

Bila baca al Quran dan hadis yang ditulis dalam Arabic pun senang nak aga maksudnya. Maklumlah baca terjemahan dalam Bahasa Malaysia kadang2 makin keliru :D

Masih adakah harapan untuk belajar Bahasa Arab?

{ 5 comments… read them below or add one }

Liyana November 9, 2010 at 7:56 am

Betul, blajar Bahasa Arab mmg memudahkan bab baca al-Quran..
Dulu saya ‘terpaksa’ belajar bahasa arab, sejak dari 5 tahun. Masa masuk SMKA masa Ting 1, BA macam kacang goreng huhu, sbb org lain baru nak belajar basic, kita basic dah ada 6 tahun..masuk F4, belajar balaghah semer, penin, haha.. tp BA Tinggi lg syok dr BA Komunikasi (yg sgt boring sampai ngantuk dlm kelas). Masa itu, ketika itu, rasa awat la aku susah payah blajar arab ni ntah sedangkan BM pun selalu B. Skrg dah tua2 ni, baru nampak. Walaupun Arabku dah berkarat, tp kadang2 baca al-Quran bergetar hati bila sampai kat ayat2 yg difahami.

Reply

fikri91 November 9, 2010 at 8:43 am

betul2..belajar bahasa arab memang seronok..
dia punya kosa kata lebih kaya dari bahasa melayu..
satu perkataan boleh membawa seribu erti..
sempat lagi untuk belajr bahsa arab ney…hehe

Reply

amirah November 9, 2010 at 9:29 am

masih ada sinar lyna.. : P..saya pulak teringin nak belajar mandarin..husben pun brsemangat..arab mmng dah berhabuk dh..tp masih ada la sket2 yg ingat

Reply

Mohd Nadzri Mustakim November 9, 2010 at 10:31 am

Belajar bahasa arab boleh menambah ketakjuban kita terhadap kemukjizatan Al-Quran

Reply

Asiah Abd Jalil November 15, 2010 at 11:58 am

Saya belajar Bahasa Arab kat tadika, kat sekolah rendah, kat sekolah menengah (PMR A, SPM A1 tu…) dan kat universiti (3 semester dapat A). Walaupun tak terror, tapi rasanya andai saya tersesat kat bumi Arab yang rakyatnya sorang habuk pun tak reti cakap English, boleh kot saya cari jalan pulang… :-)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

african mango ozoderm