Belajar bahasa asing adalah saranan Rasulullah SAW. Dari Zaid Ibn Thabit meriwayatkan bahawa, katanya “Sesungguhnya RasulullH SAW menyuruh aku belajar Bahasa Yahudi untuknya”. Zaid adalah penulis dan pembaca surat kepada Rasulullah SAW.
Kepentingan menguasai bahasa asing pada masa itu adalah untuk menghindari tipudaya mereka dan memudahkan untunh memperkembangkan Islam.
Zaid belajar bahasa Yahudi cuma setengah bulan sahaja (tapi saya dah belajar Bahasa Inggeris selama 20 tahun namun masih belum dapat kuasai i.e cakap slang, dengan alasan “tidak prektikkan dalam kehidupan seharian”).
Saya rasa sekarang banyak instrument dan alternatif untuk belajar bahasa asing. Tinggal mahu atau tidak sahaja. Saya semasa usia tadika ada belajar perkataan2 asas Bahasa Arab. Dan belajar semula semasa di sekolah menengah.
Belajar sahaja, sekadar nak dapat A dalam PMR saja.
Tapi sekarang berguna juga pelajaran Bahasa Arab, walaupun cuma basic. Bila bertemu orang Arab yang tidak fasih Bahasa Inggeris, dapatlah berborak sepatah dua kata, dan memang ia cuma sepatah dua kata saja lah 🙂
Bila baca al Quran dan hadis yang ditulis dalam Arabic pun senang nak aga maksudnya. Maklumlah baca terjemahan dalam Bahasa Malaysia kadang2 makin keliru 😀
Masih adakah harapan untuk belajar Bahasa Arab?
Leave a Reply