Entry ini adalah untuk menjawab comments dalam entry sebelumnya download blue velvet
, sebab malas tak sempat nak reply satu-satu. Dan juga untuk menyambung.
Saya tidak menafikan, TV bukan tidak bagus. Malah, saya pun banyak belajar dari TV. Ayah saya suka memasang rancangan seperti National Geographic (yang dalam RTM tu je, rumah orang tua saya tak ada Astro), dan semasa kecil memang saya suka menonton rancangan seumpama itu, terutama kisah tentang binatang dalam hutan yang saya tak pernah nampak di depan mata, dan kisah binatang halus macam semut, anai-anai sertta binatang dalam tanah yang saya tak mungkin dapat korek sarang mereka kalau tak dengan menonton di TV.
Jadi bila belajar sains tentang sarang semut, sarang lebah, saya dah tahu dah kenapa dan mengapa.
Saya juga suka menonton movie yang ala-ala futuristik dan filem kartun. Kalau menonton dengan ayah, dia pasti akan ceritakan bagaimana filem itu dihasilkan. Darinya saya tahu filem kartun Snow White mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan, dan bagaimana cerita Pingu dibuat. Wah, macam the making pulak kalo cakap ngan ayah aku ni.
Mak saya pun penggemar Cerekarama dan beberapa siri drama Melayu yang ‘tidak bodoh lagi membodoh serta memperbodohkan’. Kalau ada cerita yang berteladan, dia akan kata “Buatlah macam tu, nanti jadi macam XXX dalam cerita semalam”. Kalau mak saya tak tengok Cerekarama tu, tau dah kalau tak cerita bodoh, mesti cerita lawak tak tentu hala. Mak saya paling benci slot ‘Encik Kacang’ sebab sungguh tak senonoh.
Saya masa kecil memang hantu TV lah. Cerita Jepang alihbahasa, cerita Cina petang-petang, memang tak pernah miss. Siap hafal lagu-lagu dia walaupun sepatah haram tak paham. Dulu saya dengan adik berbagi watak dalam cerita-cerita Jepang tu macam Flashman, Maskman, Kamen Rider, Ultraman dan sebagainya.
-Lagu selingan dari cerita Ultraman yang saya masih ingat sampai hari ni. (Wakaka. Benda merapu ni senang sungguh nak ingat. Ce tanya formula nak kira loading untuk horizontal beam, sah-sah kujawab ‘ntah’)
“Dewha-dewha, tunjukkanlah, kepada kami semua…. Mereka semua, tidak percaya, kepada dewha-dewha…~~~”- (sebenarnya dewa, saya tuka jadi dewha kot ada orang piki saya memuja dewa pulak).
Tapi masa tu tak ada cerita tembak-tembak secara terbuka dalam drama Melayu. Tak ada cerita panas-panas. Dan kalau tembak-tembak atau adegan panas dalam cerita orang putih atau cerita cina, mak kata “Itu orang k*fir, diorang tak apa, kita tak boleh, berdosa”. Dan kalau tengok TV, kami selalu tengok bersama-sama. Dan saya rasa saya lebih banyak dengar komentar ayah saya dari suara TV. Macam dia pulak yang bikin program tu.
Sekarang pun, saya tidak pernah menyekat anak-anak saya menonton TV. Tapi.. saya mesti menonton bersama. Banyak ilmu yang boleh dikorek dari TV, terutama bagi golongan yang malas tak cukup masa nak membaca macam saya. Tapi (banyak tapi pulak, macam drama swasta), bak kata Asiah, TV tu bercampur bunga dengan tahi. Tak semua budak cukup bijak untuk membezakan bunga degan tahi kalau mak ayah dia tak tunjuk bunga itu yang macamana. Bukan begitu?
Berkenaan Bibik, saya memang tidak berkenan beliau mengirimkan duit membeli TV atau nanti membeli TV, sebabnya,
-
Anak dia makan pun ala kadar, baik belikan makanan berkhasiat utk diorang.
-
Anak dia baju tak berganti, lagi baik belikan baju.
-
Anak dia tak cukup itu tak cukup ini, lebih afdhol cukupkan semua itu dulu.
-
Sah-sah TV tu untuk tengok segala macam Sinetron. Kat sini pun dah nampak.
-
Sebelum ni pun dia tak gunakan masa berkualiti dengan anaknya dengan sebaik mungkin. Ini diakui sendiri olehnya.
Terpulang pada judgement masing-masing kan. Semua orang ada pendapat tersendiri.
Saya pun pernah bertemu anak seorang sahabat yang cakap English slang berabuk, hanya sebab dia suka tonton PHDC. Memang berabuk, sampai saya ingatkan mak dia hantar tadika English mana or memang kat rumah cakap English. Mak dia kata, tak pun, tapi dia suka PHDC.
Bagi saya, put priority lah. Kenapa sampai rumah ber-home theatre bagai, tapi bab anak nak belajar, tak ada duit. Hm. mungkin ada keluarga yang tidak mementingkan pelajaran dan utamakan leisure dan hiburan semata-mata.
TV saya semalam bermasalah keluar warna ungu (sampai Spongebob jadi ungu dibuatnya), selepas saya tempek selotep pada kepala plug-nya, kini sudah kembali normal. Trimas CIK PID!
Leave a Reply