TV dan Pedagogi Part II

admin Avatar

Entry ini adalah untuk menjawab comments dalam entry sebelumnya download blue velvet

, sebab malas tak sempat nak reply satu-satu. Dan juga untuk menyambung.

Saya tidak menafikan, TV bukan tidak bagus. Malah, saya pun banyak belajar dari TV. Ayah saya suka memasang rancangan seperti National Geographic (yang dalam RTM tu je, rumah orang tua saya tak ada Astro), dan semasa kecil memang saya suka menonton rancangan seumpama itu, terutama kisah tentang binatang dalam hutan yang saya tak pernah nampak di depan mata, dan kisah binatang halus macam semut, anai-anai sertta binatang dalam tanah yang saya tak mungkin dapat korek sarang mereka kalau tak dengan menonton di TV.

Jadi bila belajar sains tentang sarang semut, sarang lebah, saya dah tahu dah kenapa dan mengapa.

Saya juga suka menonton movie yang ala-ala futuristik dan filem kartun. Kalau menonton dengan ayah, dia pasti akan ceritakan bagaimana filem itu dihasilkan. Darinya saya tahu filem kartun Snow White mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan, dan bagaimana cerita Pingu dibuat. Wah, macam the making pulak kalo cakap ngan ayah aku ni.

Mak saya pun penggemar Cerekarama dan beberapa siri drama Melayu yang ‘tidak bodoh lagi membodoh serta memperbodohkan’. Kalau ada cerita yang berteladan, dia akan kata “Buatlah macam tu, nanti jadi macam XXX dalam cerita semalam”. Kalau mak saya tak tengok Cerekarama tu, tau dah kalau tak cerita bodoh, mesti cerita lawak tak tentu hala. Mak saya paling benci slot ‘Encik Kacang’ sebab sungguh tak senonoh.

Saya masa kecil memang hantu TV lah. Cerita Jepang alihbahasa, cerita Cina petang-petang, memang tak pernah miss. Siap hafal lagu-lagu dia walaupun sepatah haram tak paham. Dulu saya dengan adik berbagi watak dalam cerita-cerita Jepang tu macam Flashman, Maskman, Kamen Rider, Ultraman dan sebagainya.

-Lagu selingan dari cerita Ultraman yang saya masih ingat sampai hari ni. (Wakaka. Benda merapu ni senang sungguh nak ingat. Ce tanya formula nak kira loading untuk horizontal beam, sah-sah kujawab ‘ntah’)  
“Dewha-dewha, tunjukkanlah, kepada kami semua…. Mereka semua, tidak percaya, kepada dewha-dewha…~~~”- (sebenarnya dewa, saya tuka jadi dewha kot ada orang piki saya memuja dewa pulak).

Tapi masa tu tak ada cerita tembak-tembak secara terbuka dalam drama Melayu. Tak ada cerita panas-panas. Dan kalau tembak-tembak atau adegan panas dalam cerita orang putih atau cerita cina, mak kata “Itu orang k*fir, diorang tak apa, kita tak boleh, berdosa”. Dan kalau tengok TV, kami selalu tengok bersama-sama. Dan saya rasa saya lebih banyak dengar komentar ayah saya dari suara TV. Macam dia pulak yang bikin program tu.

Sekarang pun, saya tidak pernah menyekat anak-anak saya menonton TV. Tapi.. saya mesti menonton bersama. Banyak ilmu yang boleh dikorek dari TV, terutama bagi golongan yang malas tak cukup masa nak membaca macam saya. Tapi (banyak tapi pulak, macam drama swasta), bak kata Asiah, TV tu bercampur bunga dengan tahi. Tak semua budak cukup bijak untuk membezakan bunga degan tahi kalau mak ayah dia tak tunjuk bunga itu yang macamana. Bukan begitu?

Berkenaan Bibik, saya memang tidak berkenan beliau mengirimkan duit membeli TV atau nanti membeli TV, sebabnya,

  1. Anak dia makan pun ala kadar, baik belikan makanan berkhasiat utk diorang.
  2. Anak dia baju tak berganti, lagi baik belikan baju.
  3. Anak dia tak cukup itu tak cukup ini, lebih afdhol cukupkan semua itu dulu.
  4. Sah-sah TV tu untuk tengok segala macam Sinetron. Kat sini pun dah nampak.
  5. Sebelum ni pun dia tak gunakan masa berkualiti dengan anaknya dengan sebaik mungkin. Ini diakui sendiri olehnya.

Terpulang pada judgement masing-masing kan. Semua orang ada pendapat tersendiri.

Saya pun pernah bertemu anak seorang sahabat yang cakap English slang berabuk, hanya sebab dia suka tonton PHDC. Memang berabuk, sampai saya ingatkan mak dia hantar tadika English mana or memang kat rumah cakap English. Mak dia kata, tak pun, tapi dia suka PHDC.

Bagi saya, put priority lah. Kenapa sampai rumah ber-home theatre bagai, tapi bab anak nak belajar, tak ada duit. Hm. mungkin ada keluarga yang tidak mementingkan pelajaran dan utamakan leisure dan hiburan semata-mata.

TV saya semalam bermasalah keluar warna ungu (sampai Spongebob jadi ungu dibuatnya), selepas saya tempek selotep pada kepala plug-nya, kini sudah kembali normal. Trimas CIK PID!

admin Avatar

9 responses to “TV dan Pedagogi Part II”

  1. mama emma Avatar

    cik pid? kang ada pulak yg tsedak…

  2. shinta musraika Avatar

    salam momy Lyna,

    betul sekali point mu itu.. kadang org yg tak brape educate ni akan dahulu kan menda2 yg more kepada just for fun.. kurang mengutamakan hal2 yg lagi pnting mcm keperluan asas atau education. contoh2 mcm tuh byk blambak kat tmpat sy.. contoh: tak mampu nak kasi makan anak tapi tak reti nak rancang keluarga. sebenarnya bukan tak reti.. kat klinik kerajaan free jer. tapi tulah.. tak ambil advantage tu. beranak ramai-ramai.. makan pakai anak bini terabai.. pastu sibuk plak nak beli tv menda semua sedangkan yg lain2 tak terjaga.. sudahnya ibu bapa kerja kuli.. anak2 kelak pon kelak tak tau nak jadi ape…(andaian semata-mata. tapi rezeki tu tuhan yg bagi)

    mak ih.. pjg pulak jadi nya 🙂

  3. fid Avatar

    seloptep berguna!! yahahaha

  4. mamadanish Avatar
    mamadanish

    Dari post yang tadi lagi ku cuba nak fahami menatang apa kah itu pedagogi? Daku punya perbendaharaan kata mmg out!!Abaikan. Mungkinkah sebab kurang tgk TV?

    Yes, tv ada baik ada buruk. Dan saya memang tak agree kalau kita biarkan anak-anak kita tengok tv sendirian, tanpa kita di sisi.

    Ada sesetengah budak bernasib baik, neuron terclick betul maka cerita-cerita yang dia tengok memberi kesan positif kepadanya walaupun tengok sendirian, tetapi peratusannya sikit sangat, banyak yang belajar merapu2 dari TV (jika dibenarkan tengok tanpa pengawasan).

    Pada saya, biarlah diorang belajar cara bosan dulu iaitu dengan buku (sebab buku itu bosan—so biasakan suasana belajar bosan dulu), supaya anak kita boleh concentrate lama dalam suasana yang bosan dari terus intro TV yang sungguh menarik dan hanya sesuai untuk daya fokus yang singkat.

  5. mirah Avatar

    Ya ada baik dan buruknya.
    Just nak share since dah teringat ni. Aisyah memang tak suka kami fokus tgk tv hinggakan dia pergi tutup tv tu. Kalau time movie apa takpelah, kami biarkan je lah. Tapi dah time berita pun dia sibuk duk off pastu berlawan dgn abah dia on pulak. Haha..
    Sampaikan bila dia kat bilik atas, dia dengar bunyi tv, dia akan turun dan tanya, ‘sapa buka tv nih?’ Haha bila dikenang, kelakar juga kan. Kami ni pula yang tak boleh tgk tv..

    Apapun, saya tak boikot tv. Saya juga belajar english thru cartoon org putih dulu. Tapi kartun dulu lagi seronok dari skrg yg ntah apa2 sampai ku tak faham..huhu..

  6. kakyong Avatar

    salam mommy Lyna

    PHDC tu aper???!!!

  7. ayuarjuna Avatar

    really love my slim tv…heheh

  8. Hanim Avatar

    tolong jawabkan;
    PHDC Playhouse Disney Channel 613 on Astro. Our favourite channel gak :p
    (terpaksa la jadik favourite mak pak dia gak)

  9. NUR Avatar

    salam utk semua,

    kebetulan je saye baru terjumpa artikel, hopefully dapat jadik bahan utk ibu2 di luar sana ( termasuk diri sendiri le) pikir ttg pro n kon TV..

    jemput ke sini:

    http://otakhijau.blogspot.com/2009/04/tv-babies-toddlers-and-adhd-part-1.html

    http://otakhijau.blogspot.com/2009/04/tv-babies-toddlers-and-adhd-part-2.html

    http://otakhijau.blogspot.com/2009/04/tv-babies-toddlers-and-adhd-part-3.html

    tq.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge