When I was a mother of one, people talked about second child syndrome and I denied it. Ish, tak boleh terima pulak pendapat macam tu. Should be sayang anak/layan anak sama rata ajela regardless dia anak nombor berapa.
Haha, now I am laughing at myself. Sebab memang dah jadi ponnnnnn…
Anak Pertama:
Masa mengandung tiap2 minggu track development dia. Cakap2 toksah kata la, nasib baik sekarang ada teknologi telefon bluetooth, kalau nampak cakap sorang2 tu orang maybe fikir "tengah bluetooth kot". Kalau zaman2 tu gayanya kena cop gila.
Anak Kedua:
"Eh dah berapa minggu eh sekarang?" Sambil tengok ticker kat blog.
Anak Pertama:
Semua benda nak beli. Semua benda nak branded. Semua benda kene lengkap.
Anak Kedua:
"Pakai abang punya je lah"
Anak Pertama:
Awal2 dah cari nama. Dari umur 13 minggu dah panggil nama dia.
Anak Kedua:
"Baby…Baby…" sampai sekarang pun Baby lagi.
Anak Pertama:
Panas sikit terus pegi emegency department.
Anak Kedua:
"Nah panadol"
Anak Pertama:
Risau gila bila dia lambat sikit berjalan ke merangkak ke. Stimulate macam2 suh cepat.
Anak Kedua:
"Eh, dah merangkak?"
Anak Pertama:
Hari2 ikuti perkembangan bayi di tahun pertama. Bulan ke bulan mesti compare dengan development guide.
Anak Kedua:
"Dah setahun dah? Patutla dia asik nak memanjat"
Anak Pertama:
"HAAAA? Jatuh???? Cepat periksa badan dia! Bawak gi klinik!!!"
Anak Kedua:
"Jatuh lagi? Asyik jatuh je" LAGI, okehhh. ASYIK okehhhh. Kire bukan first time dan bukan second time juga.
Anak Pertama:
"Eh jangan main ni bahaya!"
Anak Kedua:
"Takpela.. nak besar camtu la.."
OK cukupla. Terukla pulak bunyinya kan. kehkehkeh. I remember a sista yang datang rumah visit Fahry dulu. She saw Hafiy’s book everywhere in the house.
Tau ape kata dia?
"Akak dulu masa anak sulung, kalau boleh umur 2 tahun nak dia pandai membaca… umur 2 tahn dah diaperless. Masuk anak ke-3.. umur 5 tahun baru kenal A B C. 5 tahun pakai pampers lagi"
Uhuhu. Sadis sungguh bunyinya. Hopefully I will be terus istiqomah. Habisla nanti kalo 5 tahun pun pakai pampers lagi kan.
Tapi sebenarnya, banyak faktor yang menyuntik sindrom anak kedua dan seterusnya ni. Bukanla sebab kita dah tak jadi ibu bapa yang bagus. Mungkin antara sebab-sebabnya:-
KOmitment dah bertambah so fokus dah pelbagai. Tak dapek la nak mengulit2 anak nan sorang tu aje. Lagi2 kalau anak rapat2.
Pengalaman anak pertama yang menampakkan ibu bapa like "anak kene gigit semut pun kecoh macam KLCC runtuh" so this one dia dah slow down lah.
Dah ada pengalaman so dah tahu mana yang serious mana yang tak, mana yang penting mana yang tak.
Ibu bapa dah makin penat, tak larat doooohhhh.
Memang tak takdir macam tu kahkahkah.
Walau cemana pun kasih sayang & perhatian ibu bapa pada anak2 tu sama je, tak kira la dia anak ke berapa. Cuma mungkin anak2 rasa ibu bapa tak adil, lebihkan anak yang tertentu. Memangla… mana boleh nak puaskan hati semua orang. Rasulullah pun kene pakai tektik tertentu kalau nak buat semua isterinya berasa happy dan tak terasa dipilih kasih.
Leave a Reply