imbas kembali…
4 bulan lepas, Tok Ma call Abiy bagitau Tok Pa demam. masuk wad & doktor cakap kena denggi sebab badan naik bintik merah. tapi lepas sehari Tok Ma call lagi… Tok Pa bukan denggi sebaliknya leukaemia, dah doktor nak buat chemo!
kita 3 beranak kalut2 balik KL. imagine la, flight jam 4.15 petang, jam 2 baru beli tiket. mujur ada seat lagi, yang last. sampai2 je terus kita pegi Hospital SgB (i rather not mentioning the name). Tok Pa kelihatan down, maklumla, tengah2 sihat, tau2 sudah blood cancer yg final stage.
esoknya Mak Tok, Tok Ayah & Pak Su dari Kelantan pun datang. manakala Mami & Abiy sibuk contact orang dari Stemlife utk dapatkan briefing pasal stemcell. masa ni kami sangat2 regret sebab taknak simpan blood cord Hafiy dulu. padahal it was just 4 months back, but we refused sebab ‘tak ada history & mahal sangat’. now what Rm5k worth?
we made an appoinment with Dr Goh of APSH, we were told she was a very experienced haematology specialist, and handling many lukaemia cases with stemcell. so esoknya kami nak pegi jumpa dia.
suprisingly, that evening, Tok Pa was discharged. doctors at Hosp. SgB suruh balik rumah sambil tunggu appoinment dengan Hospital Ampang, which is in another 2 weeks. so, kami pun baliklah dengan gembira… kebetulan esoknya ada appointment dengan Dr Goh, Abiy bawak Tok Pa sama, alang2 dia dah balik so bole la jumpa Dr. Goh terus. kami kat rumah pun plan lah utk masak macam2, maklumlah.. Tok Pa dah keluar hospital so kami assume dia dah baiklah.
suddenly Abiy called from APSH, bagitau yg Tok Pa kene tahan wad. Dr. Goh informed that Tok Pa’s internal organs dah bengkak & to our suprised, dia kata “why dr at SgB discharged him? he should not go back home & should not be in public!” kami sangat terkejut OK! Dr. Goh bgtau Tok Pa perlukan rawatan segera, tak boleh tunggu lagi 2-3 minggu. diorang terus buat bone marrow test, & Tok Pa disahkan sakit yg disebut di atas.
Mak Tok & Tok Ayah yg keje di lab hospital, tengok result darah Tok Pa yg dibuat di SgB, mereka kata ada test2 yang SgB tak buat. yang sepatutnya diorang buat! Mami personally, rasa amat kesal dan marah pada doktor2 dan staff SgB, masa tu rasa nak saman pun ada. macamana kalau kami tak buat appoinment dengan Dr Goh hari tu? ntah apa jadi pada Tok Pa. masa tu memang geram, sakit hati sangat. Mami bagitau Abiy, nanti dah setel semua ni kita pegila jumpa pengarah hospital tu komen kat dia. Abiy kata sabar..
akhirnya Tok Pa terus diwadkan di APSH.setelah buat arrangement dengan Tok Hawa yg tengah amik phD di Korea, akhirnya Tok Pa dipindah ke Hospital Ampang. di APSH, kosnya sangat mahal, mencecah setengah juta RM,lalu kami setuju bawa dia ke Hosp Ampang, yg menurut Tok Hawa, hospital terbaik di Malaysia utk rawatan lukaemia. even ada sorang Datok yg penah dirawat di APSH pun akhirnya ke Hosp Ampang. M Rajoli pun ada kat situ tau.
lepas tu Tok Pa jalani rawatan kat situ. menurut doktor, rawatan melibatkan 8 kali kemoterapi. namun selepas 2 kali kemo, keadaan Tok Pa tak berubah, sel kansernya masih tara tu juga. lalu doktor mahu berikan dos kemo yang paling kuat. Tok Pa taknak sebab chance of survival 30% saja. dia nk cuba rawatan lain. maka bermulalah sessi rawatan alternatif pada Tok Pa. cakap saja apa, kat mana, semua Tok Ma bawak dia pegi.
maka Tok Pa bertahan macam tu. mula2 seminggu sekali pegi cek darah, masukkan platlet, dan jadi semakin kerap, 2-3 hari sekali. kesian Tok Pa sampai lengan, tangannya lebam2. disebabkan platletnya kurang (pernah satu masa tinggal 1.0! orang normal ada 125 ke atas!), Tok Pa tak boleh luka, nanti darahnya tak boleh stop.
namun lepas cuba macam2, keadaan macam tu juga, Tok Pa akhirnya setuju untuk kemo yang kuat tu. walaupun chancenya 30%, tapi kalau bertahan gitu pun doktor kata bole tahan sebulan dua je lagi… jadi kami semua terima keputusan Tok Pa untuk kemo. Tok Pa dinasihatkan masuk wad minggu lepas, tapi sebab kita balik sini, Tok Pa mintak tangguh ke minggu ini, nak tengok anak cucunya lah. tp malam semalam Tok Pa bleeding, jam 1 pagi Abiy & Tok Ma bergegas hantar ke Hosp Ampang. perjalanan 40minit jadi 10minit.
sampai sekarang, kita masih tunggu keputusan doktor, bila Tok Pa akan dikemo, dan kemo macamana yg akan diberi padanya. yg kuat, atau yang biasa…
sebenarnya, macam2 orang ckp tentang sakit Tok Pa. doktor syak penyakit genetik (tapi belum buat ujian lagi), pengamal tradisional pula kata lain. apa2pun pohon doa semoga Tok Pa kembali sihat, dan ahli keluarga kita dijauhi dari perbuatan khianat orang.
sakit Tok Pa banyak beri pengajaran pada kita semua. Tok Pa sakit tiba2, dalam keadaan sihat2 tiba2 sakit yg teruk terus. kita cuma manusia yang tidak berdaya. tak payah nak sombong2 dengan apa yg kita ada, Allah boleh tarik sekelip mata saja. nikmat yang jarang kita ambil kisah, nikmat kesihatan, bila Allah dah tarik, semua pun tak ada makna dah. makan pun semua jadi tak sedap. duduk tak sedap, baring pun tak sedap.
hidup kita samada senang atau susah, semuanya ujian dari Allah cuma. semoga apa yang Allah kurniakan pada kita bukan satu istidraj. risau kalau2 kesenangan yang Allah limpahkan ni adalah supaya kita makin lupa & makin jauh dari Dia. ye la, manusia bila dah senang mula nak lupa diri, rasa bangga & seronok dengan apa yang kita dapat. padahal semuanya milik Allah. bila dah susah baru mencicit nak mencari Tuhan. tp kalau macam tu masih untung sebab masih mencari Tuhan, kalau time susah pun makin lari menjauh, itu memang bala.
ingatlah bila Allah bagi kesenangan, cuma ada 2 sebab. satu, supaya kita tambah bersyukur dan terima kasih pada-Nya, makin dekatkan diri padanya. dua, supaya kita terus hanyut, lupa, takbur, angkuh dan makin jauh dari-Nya. bila Allah bagi kita susah pun ada 2 sebab juga, satu, supaya kita sentiasa mengadu pada-Nya, ingat Dia, redha dengan-Nya dan kedua supaya kita makin kuat mengeluh, makin menyalahkan takdir-Nya dan makin jauh dari-Nya.
download 007 the spy who loved me divx plunkett macleane dvdrip download
mana2 pun kita yang membuat pilihan. semoga Allah limpahkan rahmat pada semua orang.. ameen.
Leave a Reply