Tips & Tricks Sebenar Membanyakkan Susu

admin Avatar

Saya banyak mendapat mesej:

“Apakah makanan yang boleh tambah susu?”

Seperti dalam entry saya semalam, antara lain makanan yang boleh membantu membanyakkan susu ialah makanan yang tinggi protin, beta karotena, serat dan kalsium.

Namun, adakah cukup dengan itu? Tidak. Sebagaimana kita belajar untuk exam, membaca saja tak cukup, kita kena buat latihan, barulah kita betul2 boleh faham apa yang kita baca.

Jadi, apakah langkah2 untuk mengatasi susu merudum?

1- CARI PUNCANYA

Pasti ada sebab kenapa susu menjadi makin sikit (walaupun pam macam biasa). Antara sebab2 biasa yang dihadapi oleh ibu yang susunya makin sikit:

– Kedatangan haid
– Stress
– Puasa
– Kurang sihat
– Kurang minum air
– Tak cukup tidur
– Mengandung

Untuk sebab2 yang boleh dipulihkan, carilah cara untuk pulihkannya. Kalau kurang minum air, maka minumlah air secukupnya 🙂

2- PAM DENGAN LEBIH LAMA

Kalau biasa pam 10 minit, cuba tambah lagi 10 minit. Mungkin dalam tempoh mengepam yang extra tu boleh dapat letdown berkali-kali.

3- POWER PUMPING

Power pumping ialah kaedah meningkatkan pengeluaran susu ibu dengan meniru gaya ‘cluster feeder’ di kalangan bayi menyusu. Cara membuat power pumping ialah:

(dalam masa 1 jam)
10 minit pam
10 minit rehat
10 minit pam
10 minit rehat
10 minit pam

Atau:

5 minit pam kanan
5 minit pam kiri
5 minit rehat
5 minit pam kanan
5 minit pam kiri
5 minit rehat
5 minit pam kanan
5 minit pam kiri
5 minit rehat

Power pumping memang berkesan dan terbukti. Saya sendiri mendapat lebih 2 bekas semalam selepas membuat power pumping 🙂

Power pumping boleh dibuat 2-3 kali sehari, bergantung kepada masa yanh ada.

3- URUT BREAST

Sambil mengepam buat urutan pada breast dan bayangkan seolah-olah kita sedang menolak susu supaya keluar dari-nya. Insya-Allah minda bawah sedar sangat powerful.

3- PAM DI WAKTU MALAM/DINIHARI

Hormon penghasilan susu iaitu prolaktin meningkat secara natural pada waktu malam. Jadi, gunakan masa ini untuk mengepam dan merangsang susu agar lebih banyak dihasilkan.

4- TAMBAH SESI PAM DI PEJABAT/RUMAH

Dalam falsafah penyusuan, breast yang penuh (dengan susu) dan galactostasis iaitu susu yang masih ada dalam breast bila proses mengepam tidak dilakukan dengan sempurna (tak kosongkan breast) akan menyebabkan susu makin merudum.

Ini kerana 2 sebab:
1) Feedback inhibitor of lactation yang memperlahankan penghasilan susu bila breast penuh
2) Bila breast penuh, peranti penerima prolaktin menerima insyarat supaya berhenti menghasilkan susu

*layman term macam tu lah, senang sikit nak faham

Sebab tu kita tak boleh tunggu breast penuh untuk mengepam. Pam susu secara kerap dan konsisten.

Nak menyusukan anak bukan mudah. Tapi bukan benda sangat special sampai kena ada condition yang special baru boleh menyusu. Ramai ibu yang kerja di site, kerja di bahagian production, malah pramugari dan yang kerja offshore mampu menyusukan anak mereka sepenuhnya.

Bersama membudayakan penyusuan susu ibu 😉


***gambar di atas ni kat kedai souvenir. Sambil usha2 barang nak bawa balik Malaysia, ada orang nak susu 🙂

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Tips & Tricks Sebenar Membanyakkan Susu”

  1. maslina Avatar

    Salam..bagisnye tips ni..boleh saya copy di blog saya?untuk rujukan…
    Dun worry, I’ll quote the sources as well 😉

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      My pleasure dear 🙂 alhamdulillah, smg ia bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge