Tips Temuduga Yang Orang Tak Nak Tahu

admin Avatar

temuduga

IMAGE SOURCE

Bersempena dengan Aunty Fatin yang sedang gigih mencari pekerjaaan bergaji besar, suka untuk saya berkongsi tips2 menghadiri interview atau temuduga yang dikorek dari beberapa orang yang berpengalaman menemuduga orang.

Pakaian mesti kemas dan presentable.

Ini haruslah. Siapa2 yang nak pergi temuduga mesti tahu etika pemakaian yang sesuai. Kalau pakai kemeja macamana, baju kurung macamana… jangan pakai macam nakgi pasar atau nak ke party. kecuali kalau nak mintak kerja jadi penjual buah di pasar atau clown la kot.

Gaya mesti ada.

Build first impression yang bagus. Ye la, macam nak pegi umah mak mentua buat pertama kali, mesti nak jaga reputasi. Takkan masuk2 pintu dah terlanggar karpet lalu tersungkur di kaki penemuduga. Dah nampak sangat kita ni careless.
Mesti senyum, build rapport, greet penemuduga.

Penemuduga tu pun orang juga. Kalau kita masuk2 macam robot, terus duduk takde nak bagi2 salam ke, cakap selamat pagi ke, dia pun mesti tak berperasaan juga. Cuba sebelum masuk buat2 ketuk pintu (biarpun pintu dah terbukak), greet sedikit sebanyak “Assalamualaikum encik (kalau Muslim) ke, Hallo Sir (kalau Non) ke… can I come in?”, “Good morning sir, nice to meet you” ke. tapi janganler over-over plak kang dia suruh balik je takyah datang2 dah 😀

Cakap dengan konfiden

Well, actually penemuduga ni nak tengok kita, how we speak, how we handle questions… sebabnye kalau nak tau kita pandai ke tak, diorang terlebih dahulu dah baca CV & resume kita. Bila dia tanya “Do you know who built KLCC?” dia takdela expect kita jawab betul2 pun. Bukan kuiz WHo Wants To Be Millionaire. Dia nak tengok sejauh mana kita boleh handle soalan2, especially yang kita tak tahu jawapannya ape. Kat sini bole jjugak dia tengok kita ni kaki kelentong ke, kaki gelabah ke, etc. So, takyah kisah kalo tak sempat study, yang penting polish communication skill.

Be humble

Tak payah nak tunjuk lagak macam terer sebab diorang sah2 dah dapat baca kita cemana. Just be humble, tapi idokle sampai ‘merendah2kan diri sendiri’. Cumanya tak payah nak berlagak2 kalau kita bukan orang yang macam tu. Be yourself. Tunjukkan kesungguhkan kita nak dapat kerja tu & kejujuran kita.

Straight to The Point

Tak payah nak merapu2, jawab apa yang dia nak je. Kalau tak tahu, cakap je tak tahu, tapi dengan konfiden. “Encik, saya tak pasti jawapan untuk soalan encik, tapi saya rasa.. blablabla.. Ataupun, mungkin encik boleh share dengan saya apa jawapannya?”.

Usah tergaru2, terpinga2, tertunduk malu

Rileks lah.

Yang di atas tu cumalah daripada kutipan2 beberapa orang yang dah biasa temuduga orang. Dan sebenarnya, untuk adik2 pesanan dari penaja “Kat sekolah, kat U, mesti kena harus aktif kegiatan luar. Kami (syarikat tertentu) bukan nak cari orang yang pandai belajar, tapi yang pandai buat kerja”. Faham tak? Maksudnya kalaule adik dapat 4.0 ke Gold Medal ke apebende ke, tapi kalau ko-ku adik kong, susah jugak diorang nak accept di zaman sekarang ni. Melainkan kalo adik mintak kerja jadi researcher tu lain la kot, sebab tak perlu deal dengan orang (gamaknya la). Tapi kalau adik ambil jurusan profesional macam jurutera ke, soft skill tu penting. Adik kena pandai ‘jual’ untuk maju dalam profesion adik tu.

Kalau adik tak biasa bergiat dengan orang ramai, duk baca buku je 24 jam, mungkin adik akan hadapi masalah bila kerja nanti (kerja yang melibatkan ‘jual menjual’). Kerana adik akan mendapati kebanyakan orang yang berjaya ialah mereka yang pandai ‘menjual’, walaupun tak pandai buat kerja. Kalaupun adik sangat rajin bekerja tapi tak pandai menjual, orng lain akan ambil hasil kerja adik dan ‘jual’ bagi pihak mereka.

Sampai ke sudah adik di side lose-win.

Oh alam pekerjaan tidak semudah pegi kerja-dapat gaji. Dan ia tidak begitu straightforward. Lebih2 lagi di zaman kompetitif ini.

Tagged in :

admin Avatar

11 responses to “Tips Temuduga Yang Orang Tak Nak Tahu”

  1. temp. housewife Avatar

    bila baca tips2 tadi teringat dulu2 sy selalu beritahu final year students pasal benda2 yg sama. cuma kalau bila mcm sy yg nakk masuk kerja balik lps 3 1/2 tak kerja ni mcmmana ye pula? It’s a nerve wrecking situation too!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      aha. kadang2 bile dah mengalami situasi tu jadi gabra plak, padahal bab bagi tips no 1. uhu. tol ke cikgu?

  2. salzahari Avatar
    salzahari

    ye..bila kerja, soft skill, negotiating skills kena gak belajar.kalau lurus je (mcm i ni), susah jgk! huhhuuu

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      thats how we cari makan huhuhu.

  3. YatieJay Avatar

    Soft skill TERSANGATLAH penting!

    Buat apa dapat Dean List memanjang tapi communication skill, team work, negotiation skill semuanya out. Dan yg paling penting sekali, jangan malu bertanya dgn org yg lebih berpengalaman wlpn pangkat mereka mungkin lebih rendah. Kalau tak tau – buat cara tak tau, jgn bodoh sombong.

    Satu lagi yg Yatie perasan, budak2 sekarang yg baru grad ni kebanyakannya nak kerja senang tapi gaji besar. Mana nak dapat semua ni dik oooiii! Lainlah awak anak tokey…heheee….

    Sorry Lyna, terover komen lak. Sekadar share pengalaman yg ada…
    .-= YatieJay´s last blog ..End of my hibernation =-.

  4. Mama-Miya Avatar

    i pun tgh gigih mencari kerja & even dah attend a few jobhunting course. yg penting tu time menjawab soalan scope of work, jgn lupa selit2kan contoh achievement u while explaining your responsibilities at the previous job. so in a way u sound like ada confidence but not cocky, kan?
    .-= Mama-Miya´s last blog ..Our 1st Hail Storm (Like Snow) in Melbourne!! =-.

  5. ieda Avatar

    masa cari pekerja saya lebih melihat kpd personaliti & sikap menghormati org lain.
    knowledge ada sikit2 takpe sb nanti boleh belajar.
    .-= ieda´s last blog ..kerja..makan..lepak.. =-.

  6. zu Avatar
    zu

    Salam Mommy Lyna & semua pembaca blog ni,

    Saya sangat memerlukan jasa baik anda semua utk participate dlm survey saya.

    Disamping itu, anda juga berpeluang memenangi 4Gb Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

    Sila layari:
    http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

    atau boleh terus ke:
    http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation

    TQVM
    -zu-

  7. Fid Avatar

    i ok smeua ok tapi tang lebih berat badan ja hakhkahakhak

  8. aidie Avatar

    Dlm alam keje ni pun kna belajar jadi visible..70%visibility n 30% buat keje 🙂
    .-= aidie´s last blog ..Hak Asasi Kanak-Kanak =-.

  9. zuhaini Avatar

    yup. be confident tu penting! 🙂

    and kena fluent english ya! (kalau tahu mandarin tu bonus!)
    .-= zuhaini´s last blog ..on Robert Pattinson =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge