Keluarga dengan anak ramai, bila nak bawa mereka berjalan-jalan menikmati keindahan alam, mungkin kena fikir jauh lebih panjang untuk penginapan. Maklumlah, sesetengah hotel ada letak limit berapa orang boleh muat satu bilik.
Kalaupun kita ni anak ramai pun, tak adanya nak duduk 2-3 bilik.
Jangan tak tau, satu lagi option untuk para ibu bapa yang bawa anak berderet – hostel! Hostel untuk famili sekarang tengah ‘in’. Mungkin sebab sekarang makin ramai orang suka bawa keluarga keluar bercuti, pada masa yang sama nak jimat apa yang patut.
Hostel memang sangat jimat, at least dua kali ganda lah berbanding hotel bajet.
Jadi, apa kita nak kena tahu sebelum bawa famili menginap di hostel?
1. Had umur
Ada hostel yang tidak benarkan kanak-kanak menginap (biasanya bawah 18 tahun tak dibenarkan). Jadi sebelum plan dan buat booking, survey dulu adakah hostel di kawasan pilihan tu ada had umur atau tidak.
2.Family Friendly
Check ciri-ciri family-friendly yang disediakan, contohnya:-
- Private room. (Kalau saya tak bawa anak pun nak private room >_<)
- Private bathroom (Seboleh-boleh saya memang nak yang ada private toilet…)
- Lokasi yang strategik, selamat dan dekat dengan amenities.
- Ada tempat masak, lagi-lagi kalau bawa baby yang tak boleh makan ikut ada.
- Tempat main budak-budak.
- Perkhidmatan laundry.
- Apa saja yang teragak, cuba tanya. Ada hostel yang provide khidmat baby-sitter.
3. Locker
Kena check juga ni, mungkin ada bawa benda-benda berharga yang nak disimpan. Ada hostel yang tak sediakan locker/safe dalam bilik, tapi ada disediakan di office mereka.
4. Baca Review!
Ini sangat pentinglah. Baca dulu review dari pelbagai sumber agar kita benar-benar dapat seperti apa yang diharapkan.
5.Hostel vs Guesthouse
Sesetengah tempat menggunakan nama ‘Guest House’ untuk hostel.. biasanya yang ada private room guna term ni. Term ni mungkin tak sama kegunaanya dari satu negara ke satu negara. Ada tempat yang bila sebut guesthouse, ia merujuk kepada rumah orang yang disewakan biliknya atau B&B; dan ada juga tempat, hostel pun dikategorikan as B&B.
6. Hostel vs Hotel
Kalau anda pernah menginap di hotel, anda boleh faham macamana caranya orang-orang di hotel kan… semua buat hal sendiri je. Tapi di hostel lebih happening. Di lobi pun tak ada masing2 buat kerja masing2, mesti nak tegur-tegur. Common area lebih hidup, macam kat rumah, lain dengan lobi hotel.
Apa pun, inap di hostel pasti lebih menarik dan menyeronokkan untuk seisi keluarga.
Leave a Reply