Mungkin anda dah biasa dengar cerita tentang seorang lelaki tua, lelaki muda dan segenggam garam.
Secara ringkasnya ia tentang masalah yang dihadapi bergantung kepada jiwa kita, besar atau kecil. Jiwa yang kecil menerima masalah sebagai sesuatu yang besar. Jiwa yang besar dengan masalah yang sama, bagi mereka cuma kecil saya.
Umpama segenggam garam yang dilarutkan dalam cawan, terasa amat masinnya; berbanding segenggam garam di dalam air seperigi.
Jadi, bagaimanakah cara untuk memiliki jiwa yang besar?
1. Bersikap mementingkan diri sendiri
Pentingkan diri? Bukankah itu sifat yang tidak elok.
Mementingkan diri sendiri di sini bukanlah bersifat angkuh, sombong, bongkak, merajakan diri… namun ia adalah sifat yang menjurus kepada sifat2 mulia yang lain – mementingkan diri sendiri dalam menjadikan diri kita insan yang lebih baik.
Tak perlu melihat orang keliling dan membuat pelbagai tanggapan “Orang ini begitu” “Orang itu begini”, mungkin dengan ‘harapan’ orang itu dan ini menjadi lebih baik (?).
Sebaliknya pentingkan diri sendiri “Aku harus begitu” “Aku mesti begini” agar kita nanti dapat menjadi insan lebih baik dari diri kita sebelumnnya.
2. Menjadi watak utama
Di dalam filem, pasti ada watak utama. Perhatikan dalam filem kehidupan kita, siapa watak utama? Siapa yang kita sering pandang sebagai ‘orang penting’ atau ‘hero’ tersebut? Itu sepatutnya kita. Ya, kita lah watak utama dalam cereka kehidupan kita. Watak utama atau hero/heroin adalah yang akan menang di akhir cerita. Jadi, kita harus menang dalam cereka kita ini.
3. Jangan perasan
“Dia pandang2 aku tu mesti mengata aku la tu”
Sedangkan orang tersebut tak pandang kita pun >___< dia sedang pandang benda lain di belakang kita.
“Tadi dia cakap ‘orang Islam kena tutup aurat’, nak mengata aku la tu, mentang2 aku pakai baju singkat”
Sedangkan ustazah tu tengah ‘mengajar’ tentang aurat kepada hadirin.
Perasaan perasan ni membuat kita cepat membuat tanggapan terhadap kata2 atau perbuatan orang lain. Dan yang paling tak seronok, kita yang ‘down’ tak tentu pasal. Orang tak kata kat kita pun, kita rasa dia mengata kita. Akhirnya kita pula mengata orang tu teruk2 sebab rasa tak puas hati tadi. Sudahnya, kita sendiri yang stress.Dan of course malu sendiri la bila tahu hakikatnya…
4. “Apa yang lebih teruk akan berlaku?”
Orang mengata kita? Apa yang lebih teruk akan berlaku? Adakah akan buat kita dibuang kerja? Atau perniagaan bangkrap? Atau kita jatuh sakit? Kalau tak ada kesan apa-apa pada kehidupan.. apa nak dirisaukan? Biar je lah orang nak kata apa. Malah lebih bagus lagi kerana mereka sedang ‘mengirim’ pahala buat kita ^^
5. Kembali kepada Yang Maha Esa
Setiap detik dan titik kehidupan adalah dari-Nya. Kembalilah kepada-Nya. Mintalah sebanyaknya dari Dia.
Leave a Reply