Dari Busan kami terbang ke Pulau Jeju dengan menaiki pesawat Asiana Airlinesz. Flight dari Busan ke Jeju cuma 1 jam saja, tapi disebabkan delay berjam-jam, jam 8 malam baru kami tiba di Jeju.
Disebabkan kami bawa budak, dan Jeju tiada pengangkutan yang convenient – tren, maka kami menyewa kereta. Dapat jugala merasa Hyundai Elantra 😀
Malam pertama kami menginap di EJ Hotel (hotel bajet) di Jeju-si. Hotel ni sangat sesuai untuk yang bawa anak-beranak macam kami. Bilik besar dan luas. Katil besar, dan ada tilam extra.
Dinner malam ni di restoran halal Raj Mahal, makanan India. Dekat je dengan hotel. Kari dia sangat sedap! Makan kenyang2 sebelum lepas ni dijangka tak jumpa lauk-pauk halal begini.
Lepas makan malam, jalan-jalan sekejap di sekitar bandar.
Esoknya kami memulakan perjalanan ke Seogwipo. Kebanyakan attractions di Jeju terletak di selatan.
Ada banyak jalan menuju ke Seogwipo, kami pilih jalan tepi pantai. Kalau ikut GPS, dia tak bawa ke jalan pantai tu. Pandai- pandai sendiri. Kami buat direction ke bandar-bandar di tepi laut tu.
Simbol Jeju… Dol haruebangs yang menjaga pulau katanya..
Singgah di pantai. Tak ada orang pun, tapi cantik sangat.
Singgah juga di World Cup Stadium ni.
Hotel kami di Feliz Telcon, di celah- celah bangunan dan lorong kecil di Seogwipo. Kami ambil bilik yang ada 2 katil super single. Bilik agak kecil tapi tiada hal sebab di Jeju ni banyak aktiviti.
Hotel ni walaupun macam lorong tikus tapi lokasi sangat best dan convenience. Sangat dekat dengan Seogwipo Maeil Olle Market dan shopping street.
Jalan-jalan cari buah.
Tedah… Mak bapak shopping, anaknya tidur di bangku je 😐
Di Seogwipo ni tak jumpa kedai makan yang 100% halal (cert halal), lalu kami makan seafood di kedai yang tak menggunakan babi serta haiwan tak disembelih sebagai rencah. Nak interview memang susah, dah tak faham kan. Akhirnya, guna Google translator 🙂
Namun alhamdulillah mereka memahami, kebanyakannya beritahu kalau mereka gunakan bahan yang tak halal. Mungkin kerana di Jeju pun ramai orang Islam, jadi mereka dah biasa.
Orang-orang Pulau Jeju juga peramah walaupun tak dapat difahami. Makcik-makcik Korea sukakan kanak-kanak, selalu tegur dan beri makanan ringan dan gula-gula kepada budak-budak ni… Tapi Mami yang makan, hihi.
Bagi peminat drama Korea mungkin heaven sangat berada di Jeju, banyak tempat peggambaran drama Korea yang dijadikan tourist attractions (ada dalam tourist map lagi). Tapi kami tak tengok cerita Korea… Hehe. Ke mana kami pergi di Jeju nanti cerita dalam entry lepas ni.
Di sini.. Seperti biasanya ke mana-mana kami pergi, kami solat je di mana-mana tempat yang bersih, yang tiada najis. Di Jeju, orang tak hairan sangat kita solat di mana-mana. Di Seoul kami pernah kena halau tika bersolat >_<
Harga Petrol di Korea, seperti tempat2 lain yang tiada subsidi, berubah-ubah setiap hari dan berlainan antara stesen ke stesen lain. Setakat yang kami pergi, harga petrol paling mahal di Jordan, kalau ikut rate duit Malaysia la. Hehe.
4 hari kami di Seowipo, tutup dengan mendaki Gunung Hallasan, sebelum check out Feliz Telcon dan check in Hotel W di Jeju-si. Hotel W berada di sebelah shopping street. Hotel yang sangat best dan luas. Ada 2 katil queen size.
Malam tu kami masuk ke restoran di depan hotel, hajat di hati nak cari jeongbokjuk (bubur abalon), tapi pakcik-pakcik di situ suruh kami ke restoran lain di shopping street sebab mereka ada guna bahan tak halal.
Ada satu lagi restoran halal di Jeju-si selain Raj Mahal, Baghdad Cafe. Ia terletak berdekatan City Hall. Kami park kereta di City Hall, dan jalan kaki ke sana.
Bagdad pun sajikan masakan India.
Entry tentang makanan halal di Jeju, nantilah ye.
Hari ke-6 di Jeju adalah hari terakhir kami di sini. Jeju memang best!!! Check out Jeju untuk ke Seoul pula.
– Posted using BlogPress from my iPhone
Leave a Reply