Tips Anak Makan – Kuasa Pelangi Dalam Makanan

admin Avatar

Dalam adik beradik saya, ada macam2 peel dalam pemakanan. Emak menyusukan kami semasa dalam pantang, dan bila dia dah mula kerja kami diberi susu formula. Maklumlah, masa tu bukan ada sangat kesedaran tentang susu ibu bagi ibu bekerja. Saya masih ingat lagi lepas adik saya yang ke-4 lahir, pagi2 lagi ayah saya keluar cari susu Dumex, sebab susu emak ‘belum ada’. (Yang sebenarnya kolostrum tu ada cuma mungkin mak tak sedari kepentingannya). Tapi adik saya yang kedua langsung tak mahu susu formula. Sanggup dia tunggu mak balik kerja nak menyusu. Sampai ke besar pun dia tak suka minum air manis2.

Adik saya yang no-3 pula, masa kecil2 dulu kalau makan nasi goreng, semua lauk dan sayur diketepikan. Dia makan nasi saja.

Kecil2 dulu kami tak makan sayur, dan paling benci makan bawang.

Tapi sejak belajar Alam dan Manusia, saya mula faham kepentingan makanan seimbang.


Makanan seimbang itu bukan sekadar mengikut piramid makanan semata-mata, tapi mencapai keseimbangan umpama Ying dan Yang. Perasan tak kalau kita sakit, orang tua suruh pantang itu pantang ini. Kita kata “Alah, itu petua orang lama, perubatan moden dah takde”.

Betul, dari sudut pandang farmaseutikal mungkin semua tu tak penting, sebab…kalau sakit kita boleh ambil ubat. Kalau kanser kite chemo. Kalau rosak kita tukar.

Tapi dari sudut pandang nutraseutikal, ia tidak begitu. Tak semua penyakit boleh baik dengan ubat (drug).

Berbalik kepada tajuk, apakah kuasa pelangi dalam makanan?

Macam ni, biasanya bila sebut tentang sayur, kita terbayang warna hijau. Ya, sayur hijau memang bagus, tapi bukan yang terbagus. Paling bagus kalau kita ada PELANGI dalam makanan kita.

MERAH – sayuran/buah merah mengandungi phytokimia yang membantu mengurangkan kesan buruk radikal bebas.


JINGGA – mengandungi karotenoid yang membantu memperbaiki DNA yanh rosak. Ia juga membantu dalam pengelihatan dan fungsi neuron.


HIJAU – sayuran hijau mengandungi mineral dan vitamin B yang tinggi. Kebanyakan sayuran hijau mengandungi phytokimia yanh dipanggil sulphoraphane dan indoles iaitu sejenis bahan anti-kanser.


HIJAU & KUNING – sayur dan buah yang mempunyai kombinasi hijau dan kuning mengandungi lutein dan zeaxhantin yang penting untuk otak.


JINGGA & KUNING – sayur & buah berwarna oren kekuningan tinggi dengan antioksidan vitamin C yang memainkan peranan penting dalam memerangi radikal bebas dan menjaga kesihatan membran sel.


PUTIH & HIJAU – tumbuhan berwarna putih-hijau mengandungi phytokimia yang bertindak sebagai antifungus dan antibakteria.


MERAH, BIRU & UNGU – tumbuhan yang mempunyai kombinasi warna ini sangat tinggi dengan antioksidan yang dipanggil anthocyanins yang memperbaiki peredaran darah dan juga anti-penuaan.


Pelbagaikan makanan anak, galakkan anak makan makanan yang sihat pelbagai warna. Berikan mereka pelangi!

Tagged in :

admin Avatar

7 responses to “Tips Anak Makan – Kuasa Pelangi Dalam Makanan”

  1. zuhaini Avatar

    colorfulnya… 🙂 saya pun suka makan kalau ceria begini!! 🙂

  2. mamaazzim Avatar

    i love rainbow 🙂 anak pun suka juga :p thanks for da info

  3. eliss Avatar

    eliss kalo makan tak der warna hijau rasa nak nanges..hahahahaha

  4. umi Avatar

    bestnya makanan warna warni gini, mesti budak2 pun suka!

  5. mamaNoriz Avatar

    rasanya ibu mengandung kena byk2 mkn sayur time sepanjang bulan mengandung tu supaya anak akan mewarisi minat tu, syukur sbb ank sya takde masalah dlm makan …
    dan tarikan warna tu mmg byk mempengaruhi kan…

  6. zura Avatar
    zura

    betul2….kalau masak sayur mesti nak colorfull…br best nak makan..x ler suram jerk warna…

  7. AdD Avatar

    Payah2… anak2 den ni tau nye mkn sup saje… ayam goreng, and BALL…
    Camno? kalau ada yg color2, dia mmg seronok and excited.. tp seronok nak main…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge