Topik perbincangan tentang ‘mana nak letak anak kala kita nak mandi/masak/buat kerja’ dalam kes yang mana tak ada orang nak tengok-kan dia… Dari dulu sampai sekarang tak habis dan tak jumpa solid solution pun. Kenapa? Sebab semuanya ada pro & cons masing-masing.
Pada pendapat saya, ibu/bapa sepatutnya bersama dengan bayi sepanjang masa.. Hehehe, jangan ikut macam iklan susu yang gantung gambar parents kat baby nangis tu ya. Ini kerana, bayi kecil memerlukam stimulasi, dan alag stimulasi terbaik untuknya adalah ibu bapa dia sendiri.
Jadi ibu janganlah pulak tinggalkan anak sorang-sorang hanya sebab nak main FaceBook..
Namun ada ketikanya ibu kena tinggal juga anak sekejap. Yelah nak kena masak, mandi, ke tandas, mengemas, etc. Walaupun ada ibu yang menggendong bayi sambil memasak, tapi saya tak pernah buat. Bagi saya ruang dapur adalah ‘hazardous area’ untuk bayi kecil. Walaupun dalam kendongan, pelbagai potential hazard boleh berlaku semasa kita memasak. Jadi sebaiknya tempatkan dia di tempat yang lebih selamat?
1. DI ATAS LANTAI (lapik tilam/tikar/toto)
Untuk bayi yang dah boleh merangkak, tak berapa selamat untuk ditinggalkan macam tu saja di lantai tanpa pengawasan. Dia mungkin boleh merangkak dan mengutip atau mencungkil objek-objek yang boleh dimasukkan ke mulut atau mencederannya. Mungkin juga dia boleh memanjat objek yang boleh mendatangkan kecederaan. Jadi kena pastikan ruang tu benar2 ‘babyproof’ agak tak mendatangkan bahaya pada bayi. Maklum saja macam saya ni bukanlah tinggal di banglo 6-7 bilik untuk jadikan satu baby-proof room, biasanya tinggal di ruang tamu. Faham2 lah ruang tamu kita macamana, banyak perkakas.
Yang bagusnya kalau ada yang tolong perhatikan bayi 🙂
Boleh pasangkan CD untuk bayi tonton sementara kita siapkan urusan.
2. DI DALAM WALKER
Walker membolehkan bayi bergerak ke mana-mana dan tidak perlu risau risiko mengutip objek di lantai. Namun perlu hati-hati pada ruangan bertangga atau berpagar, kerana bayi mungkin boleh menolak pagar tangga dengan walkernya.
Sekiranya rumah anda tak ada tangga, boleh gunakan walker. Atau sekarang ada walker yang boleh dipusing bahagian tayarnya supaya tak bergerak. Ia lebih selamat.
Tapi jangan jadikan walker sebagai ‘baby-sitter’, dan jangan masukkan bayi ke dalam walker sebelum dia pandai duduk sendiri.
3- DI DALAM PLAYPEN/BABYCOT
Walaupun sesetengah pendapat mengatakan cara ini umpama ‘mengurung’ anak tapi sebenarnya ia bagus dalam melatih fokus. Bila berada dalam ruangan sempit tu, bayi kita mengalami ‘less distraction’ jadi dia boleh menumpukan perhatian kepada objek yang ada di tangannya.
Beri bayi pegang objek-objek yang boleh men-stimulasi-kannya seperti board book, cloth book, boneka dan sebagainya.
Tapi jangan sampai jadikan objek2 di atas tu menjadi ‘baby-sitter’, terutama kaca TV. Hanya untuk sementara kita selesaikan kerja saja.
Untuk sementara, pada saya tiada masalah menggunakan walker, playpen dan sebagainya, tapi bukan untuk stimulasi (seperti duduk dalam walker 3-4 jam). Ingat, stimulasi terbaik ialah ibu dan bapanya sendiri 🙂
Leave a Reply