The Friends’ Circle. Berkawan Biar Seribu.

admin Avatar

Minggu lepas adalah minggu keluar berhari raya.

Tapi kami tak sangka jem begitu teruk di jalan Sungai Buloh-Shah Alam (ke apa nama dia ye?). Perjalanan 30minit jadi 2 jam. Jadi tak sempat la nak menjelajah ke semua rumahtangga di sebelah sana… Pegi yang wajib2 je, aci? 😀

kak fid

Sewaktu beraya ke rumah Kak Fid. Kenapakah muka sorang2 macam ala2 nak tido taknak tido? Di sini saya berkenalan dengan Kak Yan dan berjumpa Ibu Kauthar sekeluarga. *Gambar ini dipetik dari blog yang tercatat pada gambar tersebut.

ilana

Sewaktu beraya di rumah Fedy. Seronoknya boleh berjumpa kawan2 lama dan baru! *Dipetik dari FB Lana.

Dengan ada teknologi blog ni, sebenarnya hidup bertambah mengasyikkan bila kita boleh menambah kenalan dan rakan taulan. saya ni seorang yang agak introvert dan pemalu (betul, jangan tak percaya). Saya bukan jenis sosial dan tak reti nak berkawan sangat. 😀 Tapi kalau direfer pada personaliti sanguine-phlegmatic tu memang agak meragukan kenyataan tersebut LOL.

Kini friends’ circle saya bertambah lebar sikit. Dulu saya cuma berkawan dengan budak2 sama sekolah saja. Saya tengok mostly budak2 SBP ada close contact kat sekolah lain tapi saya takde. Hatta tak pernah kenal budak sekolah lain, except masa pergi debat PPM kat MOZAC. Tapi takde kontek2 pun. Tapi sekarang saya sudah meluaskan sayap jajahan. wah tak sangka saya yang pemalu ni ada ramai kawan sebenarnya 🙂

Kadang2 bermula dari kawan atas kawan, akhirnya boleh jadi rapat.

Kalau kawan2 yang dulunya belajar overseas, modal saya ialah kawan2 saya yang pernah belajar di KMYS dulu lah. Bermula dengan “Kenal si Anu? Kenal si Polan?”.

Saya suka berkawan tapi kalau orang taknak kawan dengan saya, takpe saya tak kisah pun. Berkawan dan menjaga persahabatan ni, bagi saya amat penting. Walaupun sekarang saya jarang kontek kawan2 rapat, mungkin sebab komitmen keluarga, dan keadaan yang tak macam dulu… tapi sebenarnya memang tetap ingat dan tetap dekat di hati. Tak ada gunanya kita nak sombong2 atau lupa kawan, kita ni bukan sapa2 kan. Lainlah kalau kita dah kaya macam Yap Kwan Seng (siapa dia ye? Saya suka sangat dengan nama dia :P), tak heran lah takde kawna pun.

Saya teringin nak berjumpa kawan2 yang pernah hang out bersama masa E&P dulu. Masa tu kami semua masih bujang2. Sekarang mostly dah berkahwin dan beranak pinak. Mana laa boleh nak hang out lagi kan. Kawan2 KGB pun semua dah berkelana di serata pelosok negara. Cuma tak ada yang pegi join KGB Rusia je lagi.

Kenapa saya tulis ni? Sebab saya rasa blog ni telah menjadikan saya rapat dengan kawan2 saya. Walaupun ada orang kata teknologi sekarang sebenarnya menjauhkan kita dengan silaturrahim.. ye lah, apa2 boleh baca kat blog, kat facebook.. so dah tak ada urge untuk bertemu dan berjumpa.

Entahlah sapa yang cakap tu, tapi saya rasa bila baca perkembangan di blog, facebook, lagi buat kita rasa rindu dan nak jumpa orang tu. Zaman sekarang ni mana leh sama ngan zaman dulu, bang. Dulu2 orang tinggal sekampung, nak pegi rumah kawan2 pun jalan kaki je… sekarang???? Keje je kat satu lokasi tapi rumah kat mana??? Kalo abang duduk Batu Caves, ada rasa2 tak saje2 nak pegi jenguk member kat Semenyih kalau takde apa2 keperluan antara hidup dan mati?  Abang tau tak istilah ‘traffic jem’ dan membuang masa? Bukanla kata tak payah berziarah2, tapi kalau tak ada keperluan penting, contohnya menghadiri jemputan, bukan ke lebih baik login Facebook & tulis je apa2 kat wall ke comment ke.. tu kan lebih menjimatkan masa. Kita ni bukannya banyak masa free pun. Hari2 biasa dah banyak masa habis kat office, hari2 minggu le nak rest, nak bersama family dan sebagainya.

Hari Ahad minggu ni ada baaaanyak jemputan, tapi hm.. ada halangan yang tak dapat dielakkan 🙁 Takpelah, kita jumpe kat blog je nanti 😀

Bila le nak buat gathering lagi ya

admin Avatar

15 responses to “The Friends’ Circle. Berkawan Biar Seribu.”

  1. sya Avatar

    ye, saya sangat setuju…

    blog/facebook merapatkan hubungan saya dengan kawan2 seuniversiti, sesekolah yang sebenarnya dulu tak rapat sangat pun…

    dan, paling saya seronok… tanpa disangka2, blog/fb/forum membuatkan saya mendapat kawan baik yang baru….

    oh, saya sangat suka internet! 😀
    .-= sya´s last blog ..akhirnya, kita berpisah.. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      haha betul2

      lagi senang berinteraksi dengan kawna internet kan

      jimat duit tak payah nak gayut2, kita YM sajaaaa

  2. mama emma® Avatar

    teringat lg masa kes bday ryan.. mak pak akak punya pelik bila akak ckp tu ramai yg mai tu geng2 online akak.. depa kata, ‘nie pesen kawan jazan mana nie? patutnya, kenal face to face, nie kwn internet.. bukannye boleh pcaya pun…’ haha.. aka sengih je…

    parents akak tu xtau, kwn online la yg byk kasi giveaway, mcm adik manes lyna nie.. habaq mai, sapa yg baik hati yg nak kongsi voucher minyak? adek beradik pun belum tentu tau!!! (wah, sempat lg tala kipas full blass!!!)
    .-= mama emma®´s last blog ..– UPDATE PASAL PREGNANCY DULU LAH- =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kipas tak kipas.. hahahahha

      mak2 saya pun skg ni, kalo dgr nama tak familiar (bukan kawan2 sekolah yg besa duk sebut2) mesti tanya “kawan intenet ke?” hehehe

  3. denaihati Avatar

    berkawan biar seribu, berkasih biar satu tetapi kepada Allah mesti yang terutama
    .-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia : Hadiah Tambahan =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kahwin 4 boleh? hehehe.

      oh, laki saya tak boleh ya!

  4. denaihati Avatar

    Saja nak info ada hadiah tambahan untuk contest weblog popular 1Malaysia. Contest akan tamat pada 31/10/09. Jangan lupa check ranking anda di google.com.my (keywords “Weblog popular 1Malaysia) kerana mungkin anda adalah pemenangnya dan juga tambahkan denaihati ke bloglist anda untuk update terkini contest. tq

  5. Nadiah Sidek Avatar

    sama rupanya kita ni ye..pemalu. agak pendiam gk saya ni. seronok berblog…dpt ramai kwn. teringin gk nk jumpa sorg2…ye la..asyik duk baca kisah diorg dlm blog, teruja rsnya nk jumpa. hope 1 hari nnt kita pun blh berjumpa 🙂
    .-= Nadiah Sidek´s last blog ..25 September & 2 Oktober 2009 =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      balik sini kang jemputlah ke rumah ehehehe

  6. Lana Avatar
    Lana

    eh i was there jugak lah kat mozac ppm 1997. ntah2 dok satu dorm 😛

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      haaa yekaaaahhh!

      i tak ingat dah sape yg 1 dorm masa tu.. tapi kami sama dorm dgn budak2 from sarawak… sekolah apa ye, hehe lupa sudahhh.

      i debate BM, you?

      1. Lana Avatar
        Lana

        ou i pun x kenal dan x hengat sape 1 dorm but mine was hujunggg skali yg monyet slalu masuk sampai habis ransack beg2 makanan kitorg 😛 i bukan debate, tapi ada laa 😛 malu den nak cakap.

  7. salzahari Avatar
    salzahari

    uuhh..kecik ati ngan Lyna…sob..sobb…sobb……….

  8. yan Avatar
    yan

    along… tue ar.. sama gak ar pemalu kite..

  9. aidie Avatar
    aidie

    anda pasti anda seorg yg pemalu..hhmmm..i’ve yet to tegur u in person..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge