Testimoni Lebih 10 Tahun Dengan Shaklee

admin Avatar

Alhamdulillah, dengan sambutan hari lahir saya tahun ni bermakna dah tahun ke-16 saya renew keahlian dengan Shaklee. Alhamdulillah selama bersama Shaklee ni macam2 pengalaman yang Allah kurniakan.

Apakah pengalaman indah yang saya dapat dengan Shaklee?

1. Pengalaman Kehamilan Yang Indah

Dari anak pertama hingga anak keempat, syukur alhamdulillah sepanjang tempoh kehamilan saya tidak mengalami masalah2 yang biasa dihadapi ibu hamil. Misalnya cramp, sakit pinggang, edema dan sebagainya.

2. Pengalaman Bersalin dan Berpantang

Shaklee mambantu saya bertenaga untuk proses bersalin dan berpantang. Terutama semasa bersalinkan anak kedua tidak cukup bulan dan berulang-alik dari rumah ke hospital untuk menyusukannya. Alhamdulillah saya tak mengalami sakit-sakit badan, susu pun banyak dan anak saya cepat naik berat badan.

3. Pengalaman Menyusukan

Saya menyusukan dari anak pertama, sehingga sekurang-kurangnya mereka berumur 2 tahun. Walaupun saya bekerja ketika itu. Setiap hari gigih menyediakan susu perahan untuk anak-anak. Alhamdulillah susu perahan tidaklah banyak, tapi cukup untuk mengenyangkan dan mendebabkan anak-anak.

4. Anak-anak Yang Sihat dan Cerdas

Saya dikurniakan Allah seorang anak OKU, alhamdulillah dari kecil hingga sekarang dah remaja, dia lah penceria. Meskipun keadannya berbeza dari orang lain, tapi kalau orang lihat tak perasan pun dia lain. Bukan itu saja mereka ni semuanya bijak berfikir dan berkata-kata. Alhamdulillah.

5. Berhenti Kerja dan Berbisnes Dari Rumah

Saya meninggalkan kerjaya sebagai seorang jurutera dan memutuskan untuk berbisnes sepenuh masa. Rasa sayang juga kerana saya sukakan kerjaya itu, tapi memikirkan anak-anak, saya memutuskan untuk berbisnes dari rumah sepenuh masa sejak tahun 2012. Alhamdulillah, saya dapat menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah setiap hari.

6. Melancong ke lebih 70 buah negara

Selain trip percuma dengan Shaklee, saya suka travel dan kini lebih 70 buah negara sudah kami jejaki. Alhamdulillah, dengan Shaklee kita boleh buat apa saja yang kita suka. Allah mudahkan, biiznillah.

7. Memiliki Rumah dan Kereta Idaman

Salah satu kebahagiaan menurut hadis adalah rumah yang luas dan kenderaan yang selesa. Alhamdulillah dengan bisnes Shaklee saya dapat memiliki sebuah rumah idaman di kejiranan kesukaan saya.

8. Sihat dan Cergas di Usia 40-an

Alhamdulillah, dalam usia memasuki 40an ni, saya memiliki kehidupan yang indah. Syukur pada Allah. Konsisten dengan supplement Shaklee, terutama vitamin asas dan protein.

Anda juga boleh merealisikan mimpi dengan Shaklee. Jom bersama-sama kami dalam bisnes yang hebat ini.

Tagged in :

admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge