,

Tentang Penyusuan dan Anak Susuan

admin Avatar

Terujaaa. Ya, itulah perasannya apabila diamanahkan Allah untuk menjadi ibu susuan kepada anak susuan saya.

Di sini saya nak kongsikan beberapa persoalan tentang anak susuan, yang adakalanya keliru bagi sesetengah pihak.

Hubungan susuan menjadikan seorang anak ibu MAHRAM bagi ibu susuannya, suami kepada ibu susuan, dan anak-anak ibu susuan. Ia TIDAK MELIBATKAN TANGGUNGJAWAB LAIN seperti memberi nafkah, menyekolahkan, menjaga kebajikan, mengasuh, pewarisan harta, wali nikah dan sebagainya. Perkara itu masih di bawah tanggungjawab ibu bapa kandungnya. Namun, keluarga susuan masih boleh mengambil berat tentang kebajikan anak susuannya atas dasar ihsan dan silaturrahim, bukan kewajipan.

Tips mengambil anak susuan/menjadi ibu bapa susuan:-

Persediaan:-

  • Pastikan anda jelas tentang hukum hakam susuan, terutama masalah mahram. Susuan adalah mahram kekal.
  • Kenali latarbelakang keluarga anak susuan adalah lebih baik untuk mengelakkan salah faham/masalah di kemudian hari.
  • Niatkan ikhlas menjadi ibu bapa susuan kerana Allah, bukan sebab nak menunjuk kita hebat di mata orang.

Cadangan Perkara Yang Perlu Ada (sekiranya melibatkan orang luar, bukan keluarga sendiri):-

  • Biodata ibu bapa kepada anak susuan, termasuk anak susuan – termasuk salinan surat beranak, IC, dan sebagainya. –> untuk ditukar
  • Nombor telefon, email, alamat rumah, alamat pejabat, gambar terbaru dan lain2 butir peribadi. –> untuk ditukar
  • Saling memahami akan perhubungan antara anak dan keluarga susuannya.

Tindakan seterusnya:-

  • Saling berhubung seperti ahli keluarga sendiri.
  • Saling kunjung mengunjungi.
  • Sekiranya mustahil, gunakan medium teknologi masakini seperti telefon, email, laman sosial, blog dan sebagainya.
  • Tanamkan dalam diri anak tersebut bahawa dia memiliki keluarga susuan, begitu juga dengan keluarga susuannya.
  • Sekali-sekala, minta izin dari ibu bapanya untuk bersama-sama menghabiskan masa sekeluarga dengan anak susuan itu.

Menjadi ibu bapa susuan merupakan tindakan yang mulia, kerana ia telah menyediakan makanan terbaik kepada seorang bayi yang mana tidak dapat menerimanya dari ibunya sendiri. Namun, terlalu banyak persepsi negatif terhadap isu susuan ini. Antaranya:-

  1. Keizinan suami – Izin suami.. sekalipun jika nak keluar rumah, kalau suami tak izin pun dikira menderhaka. Jadi tak perlu dipersoalkan atau dijadikan isu. Ibu-ibu yang memilih untuk menyusukan anak orang lain pastinya sudah berbincang dengan suami masing-masing.
  2. Bimbang putus hubungan – Nabi SAW dan ibu susuannya tinggal dalam daerah berbeza (nabi di kota, halimah di desa). Masa tu telefon pun belum ada lagi. Zaman sekarang yang nak call orang tak payah pakai telefon pun masih risau tentang putus hubungan… (speechless). Benda ini kan boleh diuruskan. Ia akan putus kalau empunya diri yang memutuskan untuk tidak berhubung. Nampak sangat pincangnya silaturrahim kita kan. Jauh2 sikit, terus putus.
  3. Bimbang jatuh hati sesama saudara susuan – Ini masalah hati… Qabil bin Adam, boleh jatuh hati pada pasangan kembarnya, sedang perintah Allah pada masa tu supaya mengahwini pasangan kembar adiknya, Habil. Nak cakapnya, kalau ada masalah hati macam tu, sesama adik-beradik kandung pun boleh jatuh hati. Sebab itu berbalik kepada perkara no 2 di atas dan praktikkan tindakan-tindakan selepas menjadi keluarga susuan.
  4. Bimbang akhlak ibu susuan – Ibu bapa tersebut berhak untuk memilih siapa ibu susuan terbaik untuk anak mereka. Tidak ada yang akan memaksa. Dijadikan isu, bahawa bukan Islam juga menawarkan susu badan. Tapi kena ingatlah, bukan Islam juga mengamalkan wet-nursing. Dan kita yang Islam ni, tak perlulah memilih yang bukan Islam, melainkan semua ibu Islam taknak jadi ibu susuan. Dalam Islam, kita disarankan berfikir, membuat pertimbangan… bukan main terima saja.
  5. Susu ibu yang bercampur-campur dan ditukar-tukar sesuka hati – Ini adalah fitnah. Tiada ibu Muslim yang suka-suka hati bertukar-tukar susu dengan orang lain. Jangan tengok apa orang Barat buat. Mereka tu susu ibu pun dijadikan ais krim. Kenapa kita nak bandingkan dengan mereka? Orang Barat, tumpang rahim orang pun mereka buat. Nenek jadi ibu tumpang untuk lahirkan cucu dia, biasa saja di sana. Jadi, kita nak kata mengandung & melahirkan anak bukan secara natural (guna kaedah2 tertentu) itu tak betul? Tidak kan? Sama lah macam benda2 mengarut yang orang lain buat. Jangan cacatkan praktik kita hanya kerana ada orang yang melakukannya dengan cara yang tidak betul.
  6. Seperti menjual susu ibu – di dalam Al-Quran ada menyebut tentang upah yang diberi kepada ibu susuan. Tidak ada salahnya ibu susuan menerima upah dari tindakannya.

Persoalan tentang ibu susuan-anak susuan dari segi Islam boleh dibaca dalam Page HM4HB Malaysia https://www.facebook.com/hm4hbmalaysia?sk=app_4949752878

Saya menulis ni tidaklah nak beritahu 1 Malaysia bahawa saya dah buat tindakan yang mulia. Siapalah anda semua untuk menilai saya. Apa lagi nak menilai keikhlasan saya sedangkan saya sendiri pun tak boleh nak mengukurnya 😀

Cuma saya ingin membuka minda tentang isu anak susuan ni. Saya sangat suka dengan pendapat Prof Yusof Qadrawi tentang susu ibu. Dan suami saya sama pendapat dengan beliau.

Memang benar, benda ini kita kena kawal kerana takut disalahguna, tapi ingat.. nak mengawalnya bukan dengan cara menghentam atau cuba ‘membasmi’, kerana amalan ini dibuat dan dialami oleh Rasulullah SAW. Apa yang anda dan saya boleh buat, ialah dengan menjadi sebahagian dari wet-nursers ini, dan menunjukkan cara yang betul serta maklumat yang tepat tentang penyusuan anak susuan.

Mode: Gigih membuat stok kembali untuk anak-anak saya…

Tagged in :

admin Avatar

4 responses to “Tentang Penyusuan dan Anak Susuan”

  1. Ida Avatar
    Ida

    salam,skdr bertanya aje,klu ibu yg ade anak2 susuan dari keluarga berlainan, antara anak2 tersebut pun jd mahram kn?maksud sy ni klu ibu A ade anak susuan dari keluarga B dan keluarga C. jadinye anak susuan antara keluarga B dan keluarga C juga jd mahram kan sebab menyusu dari ibu yg sama..so setiap keluarga tersebut kena la tau juga anak susuan dari keluarga lain2 jika ade kn?bukan sekadar ibu susuan je perlu amik tau ttg anak susuan klu berlaku hal begini kn?btulkn jika sy silap..

    saya juga seorg ibu yg menyusukan cuma tak smpai tahap jd ibu susuan je sbb suami tak mengizinkan.apepun sy kagum dgn bapa2 yg bersikap terbuka dlm hal ibu susuan ni.

  2. mamaNoriz Avatar

    sy faham niat murni Lyna & sgt2 sokong..

    semua ni membuka minda dan menambah ilmu,
    supaya semua membuka mata dan tak salah faham lagi, lebih kurang mcm kes Hudud tu kan…

  3. Wan Avatar
    Wan

    Salam mamaNoriz sy sdg mncari ibu susuan utk ank perempuan sy..sy mmpunyai masalah kekurangan susu dan ank slalu sakit..mohon share jika ade knal sesiapa yg bole mmbantu sy..prefer area kl

  4. syirah Avatar

    artikel yang sangat baik,saya lebih jelas tentang ibu susuan.
    Saya ada menulis pengalaman saya semasa anak pertama yang begitu cetek ilmu berkaitan pennyusuan.
    Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca.

    http://carisetbersalin.blogspot.com/2014/05/dah-memang-keturunan-kita-macam-ni.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge