Minggu pertama kembali bekerja… sungguh mencabar fizikal dan minda. Di pejabat tidaklah apa sangat sebab tak ada kerja pun lagi.. dan tempoh penyesuaian tu tak ambil masa lama kerana kembali ke department asal (sebelum pindah Sarawak dulu), yippee! Cuma the whole seharian tu waduh waduh… memang mencabar jugak.
Pagi-pagi macam biasalah bangun, kena kejut anak-anak sekali. Mujurlah Hafiy dah seronok ke taska. Tak payah kejut dalam keadaan kesian sebab dia sendiri akan bangun bila dengar “Jom, gi school”. Lepas siap2 apa yang patut, seawal 6.45 pagi kami bergerak. Tak boleh lambat sebab nak hantar anak-anak ke taska. Lambat sikit je konfem jem dan konfemlah lambat sampai. Lagipun sampai awal ni bagus, sempat breakfast kat kedai mamak sebelah padang kami parkir kereta.
Petang pula, paling awal jam 6.30 petang sampai rumah, biasanya jam 7malam lah. Ding dong sana sini, budak2 mangantuk. TAPI, walaupun masuk tidur jam 9 atau 10 malam, memang tak boleh nak tinggal, sampaila saya pun tertidur sama dan bangun untuk kerja2 iron baju, kemas barang, kemas beg anak2, etc. pada jam 12, 1, 2 pagi…
Hari pertama bekerja, saya pam di surau. Surau tu kat tingkat 3, nak ke sana kena tukar lif. Time consuming… Lagipun macam malas nak naik-turun dan lalu bawah scanner x-ray tu. Bawak susu lagipun. Walaupun ‘disahkan’ selamat tapi kalau boleh tak mau lah expose2 susu budak2 kat sinar-sinar yang tak sepatutnya kan.
Hari kedua, pam di mini-surau di tingkat atas my office. Macam tak berapa selesa jugak sebab tempat tu kecil je. Kalau time2 orang nak solat, memang haru.
So hari ketiga, solusinya ialah pam saja di tempat sendiri. Di cubile/workstation to be exact…
Mula2 rasa macam tak konfiden juga. Ye lah, tak semua orang berani bertindak secara terlampau, pam susu di cubicle sendiri. Tapi dok fikir ‘alah, bukannya aku buat tiger show pun’ dan ‘ini adalah kerja yang mulia’, buat apa nak malu, kan? In my office tu more than 90% lelaki tapi so far diorang tak pernah tanya apa2. Kalau diorang nak mengumpat ramai2 dan gelakkan kat belakang tu diorang punya pasal la kan.
Alhamdulillah, dipermudahkan. Senang je rupanya. Bertambah senang dengan Medela Freestyle ku! Cuma dengan sehelai shawl yang panjang dan tebal, pam saja dengan senang hati sambil membaca apa yang patut dan menaip apa yang patut. Walaupun bunyi pam tu agak bising tapi tak adalah sampai mengganggu orang sebelah (M1M1 ingat saya tengah ber-Osim kuruskan badan :P).
Saya teringat sorang kawan saya dulu, katanya dia sangat sedih tak dapat pam susu kerana di ofis tak ada tempat nak pam (maka tak dapatlah exclusive/fully BF..). Di surau beliau malu sebab biasa ada cleaner tido kat situ. Saya no komenlah kalau dah malu2 tu kan. Tapi ada 3-4 orang kawan saya pam di tempat sendiri je, dan cuma 2 orang antara kami yang pakai FreeStyle. So, kalau malu2 memang tak ke mana lah kan.
Berkenaan pam susu di pejabat juga, saya pernah terbaca tentang kemusykilan seorang ibu tentang ‘adakah halal kita menggunakan electricity pejabat untuk pam susu‘. Wah, itu memang wake up call juga masa tu, kerana menurut beliau, susu tu kita nak bagi anak, bagaimana pula ya kalau kita pakai elektrik pejabat ke, air port ke, yang sah2 kita tak bayar.
Tabik betul saya dengan ibu itu. Saya agak memang susah nak cari orang warak (menjauhi perkara2 haram & syubhah) macam tu sekarang. Ye lah, kadang2 kita ni bukan je pakai elektrik pejabat untuk pam susu, tapi juga untuk charge handphone, on laptop untuk kegunaan peribadi, malah gunakan komputer pejabat untuk surf laman web peribadi dan buat kerja2 yang ada kaitan dengan kerja pejabat. Saya agak ibu tu mesti seorang pekerja yang sangat jujur dan tak pernah salahguna fasiliti pejabat beliau. Tabik spring! Kalau saya jadi bos, saya harap akan jumpa pekerja macam ni.
Untuk kerja baru ni (kira baru lah, as a mother tak pernah lagi merasa jadi juruterror), perlu prepare banyak benda. Especially stok susu, sebab akan selalu travel. Awal2 dah dapat assignment pergi visit site di Sabah. Boss pun dah hint2 suruh renew lesen pergi ke laut (TIDAKKK!!!!!!).
Saya tak buat stok susu beku sebab sangatlah susah untuk pam di rumah. Cuma ada 4-5 botol je. So dah kerja ni bolehlah buat…
Chai yok! Chai yok!
Oh ye, ofis ada kelab khas utk ibu2 BF. Best!
Leave a Reply